Friday 12 December 2008

Tidur ke Masak dulu? Which one?

Perut aku alhamdullilah sudah kenyang.. menikmati juadah hari lahir di rumah sahabat awal malam tadi.. Ingin juga teruskan melepak dan berborak.. tetapi mengenangkan daging kambing yang sedang menanti di rumah.. aku paksa diri balik jugalah..

Dalam perjalanan balik ke rumah hujan turun renyai-renyai.. dan angin juga bertiup agak kencang.. mata mula mengantuk.. mata pula tidak mampu dibuka sepenuhnya kerana tiupan angin bersama hujan tadi menghalang penglihatanku... rasa seolah aku berjalan sambil melelapkan mata.. tapi kaki tetap melangkah perlahan..

Sampai di rumah tengok sekeliling banyak pulak kerja yang perlu dibuat.. adeihh malas sungguh.. nak basuh baju.. nak vakum kapet keliling bilik.. ruang tamu.. dapur... tulah cari lagi rumah besar-besar bila kena vakum.. adeihh.. leh senget pinggang den.. Tengok pula daging kambing yang telah di potong-potong lewat petang tadi.. mood nak memasak terhenti seketika.. mata pula terasa mengantuk.. dan hati mula berbelah bagi..

Rasa macam nak masak esok pagi jek.. saat pakwe pergi kerja awal pagi nanti boleh aku tumpang masa itu untuk masak.. tapi risau juga andai terlewat bangun.. nanti tak sempat nak bungkus pula sebelum ke program penghayatan aidiladha tu..

Nak masak dulu?? adeihhh takde mood pulak.. masak kalau time takde mood.. kalau aku ler.. sure masakan tak sedap.. ini aku cukup percaya.. kalau mood masak tu alah kadar jek.. rasa pun jadi ala kadar jelah.. tak boleh lah kalau ala kadar.. daging aqiqah tu.. niat suci orang untuk mengadakan jamuan dan sudah tentunya menjadi tanggungjawab aku..

Apa pun aku kena vakum kapet umah.. sudah seminggu tidak dibersihkan.. aku cukup rimas dan pening kepala kalau mula nampak habuk-habuk melekat banyak.. maklumlah kapet warna biru gelap nie.. memang jelas sangat habuk-habuk yang melekat kalau tidak dibersihkan..

Oklah aku nak p vakum umah malam-malam buta nie.. mana tau dah exercise tu.. mood nak masak datang pulak kan.. dan terus hilang rasa mengantuk aku hehehehe.. strategik.. inilah akibatnya asyik makan jek sejak dari isnin (raya) marin..

3 comments:

Abahnajwa said...

Salam Iina..

Tadi baru balik rumah abang Jundi..jumpa sorang kawan abang Jundi dari Glasgow yang nak ke Manchester me'renew' passport esok. Dia kata kenal sangat dengan Iina..Nama hubby dia Dr Amir dan kakak tu nama dia Dr..apa yek? Zah ke? Anak 5 orang naik estima silver.

Dari gaya sembang tadik cam jadik pulak nak ke Glasgow dalam dekat2 new year kot..Offer dok rumah Iina boleh lagi ker? hahahah

iina said...

Salam Abah

Kenal Dr wan amir tu.. wife dia kak liza..

Nak datang ke Glasgow ke? bila tu hehehe.. nanti bgtau ler plan k.. sebab ada juga kekawan yang ngajak jejalan gak tapi tak decide lagik sebab kena tengok pakwe ye cuti camna lak.. insyallah takat nak tumpang rumah tu ok je.. no prob yelah abah ;)

Kaktiny said...

nak pi gak.. nak ikut abah najwa pi tido umah iina.. waaa waaa waaa...

mak kumpul duit sehari lima hengget ler dari hari ni... new year tahun satu lagi nanti nuuun nak pi sana lah.. heheh (cita2.. tak hengat..) kehkehkeh

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin