Ketika ini saat entri ini ditulis.. adikku sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia.. bertemu dengannya semalam selepas waktu kerja.. mengundang banyak bicara tentang kehidupan di tempat kerja yang sama di Malaysia..
Dulu semasa kami sama-sama bekerja di bawah pengurusan Universiti yang sama tetapi fakulti yang berbeza aku tidak mengenalinya sangat.. tetapi apabila dia hubungiku sebelum tiba ke sini penghujung tahun lepas.. dan barulah aku dapati kami berasal dari daerah yang sama.. tetapi kampung berlainan lantas hubungan itu menjadi rapat.. malah dia sudahku anggap seperti adikku sendiri..
Sementara menunggunya memenuhkan air ke dalam cerek elektrik aku ambil peluang menikmati rangkaian susunan gambar yang memenuhi papan putih di hadapanku..
Ketika enak menikmati secawan nescafe susu hasil bancuhannya (sedap ler ko buat air tu.. nanti leh ler ajak akak lepak lagi lab ko kan) sempat aku ambil gambar 2 mug minuman pagi kami..
Banyak cerita yang kami bualkan.. terutama tentang insan-insan yang kami kenali.. suatu ketika dulu kami di bawah satu fakulti yang sama.. tetapi kami berpecah dan menjadi fakulti yang baru selepas 3 tahun aku bekerja disitu. Masih ramai rakan-rakan yang aku kenali di fakultinya yang merupakan sahabat lama ku.. ramai juga yang kini sudahpun menjalani sabatikal.. rasanya seolah sudah terlalu lama aku bekerja disitu.. nombor pekerjaku dalam lingkungan 300++ sedangkan kini kakitangan yang ada sudah mencapai ribuan..
Teringatkan kata-katanya untuk singgah ke UPSI.. maka aku minta dia sampaikan salam pada sahabat-sahabat yang aku kenali andai berkesempatan berjumpa mereka.. aku percaya pastinya bangunan itu banyak sudah bezanya.. prosedur.. pengajaran.. karenah pelajar.. dan juga karenah staf yang ada.. tetapi yang paling aku suka di situ adalah pemandangan gunung ganang dengan lautan banjaran titiwangsa yang pasti akan aku nikmati setiap hari sama ada dalam perjalanan pergi atau balik.. malah ada beberapa sudut di universiti itu yang pasti tiap kali aku tempuhi laluan itu atau berada disitu.. aku akan ambil masa beberapa saat untuk menikmati pemandangan itu.. kadangkala ketika hatiku resah atau tertekan dengan bebanan kerja.. pemandangan itu sedikit sebanyak dapat menyejukkan hatiku yang gundah gulana.. Malah ketika aku kongsikan sudut-sudut pemandangan itu bersama pelajar.. mereka semua pasti termenung memandangkan aku dan berkata "Yeke puan.. tak pernah perasan pun" dan aku hanya menjawab dengan senyuman sahaja.. Agaknya mesti diorang ingat aku nie jiwang tanpa karat ;)
Semalam sekitar GU masih lagi dipenuhi dengan frost putih.. malah ketika aku melangkah untuk masuk ke pintu bangunan utama.. beberapa pekerja juga sedang sibuk menabur garam di setiap sudut jalan untuk mengelakkan ramai yang tergelincir.. lagipun bila ada garam itu.. laluan menjadi lebih kesat dan memudahkan pejalan kaki untuk bergerak.. apatah lagi minggu ini majlis konvokesyen sedang diadakan..
Pagi ini ketika berjalan ke tempat kerja.. aku terpaksa memastikan melangkah dengan penuh hati-hati.. hujan renyai-renyai yang turun awal pagi tadi menyebabkan banyak jalan yang semalamnya dipenuhi dengan ais yang kini mula mencair.. Bila ais itu pecah dan cair, banyak laluan pejalan kaki menjadi terlalu licin.. Entah berapa kali aku hampir jatuh mengawal imbangan kaki.. tapak kasutku tidak mampu mencengkam tanah dan jalan yang dipijak.. hampir-hampir dan nyaris-nyaris2 terlentang di jalan dengan diselubungi kesejukan pagi yang amat ketara.. Hatta untuk bergerak beberapa tapak pun menjadi sungguh sukar sekali dirasakan.. Namun alhamdullilah bila lewat pagi tadi.. kebanyakan ais sudah mula kering dan pecahan ais itu juga hilang serta melangkah juga lebih mudah..
Buat adikku semoga perjalanan pergi dan balik dalam keadaan selamat dan lancar hendaknya.. Insyallah.. Sayu mengenangkan dia pulang ke tanahair.. bukannya tidak ada orang lain yang balik pun sebelum ini.. tapi kepulangannya kali ini cukup membuatkan hati aku sayu.. mungkin kerana aku tahu yang dia pasti melewati jalanan yang sama yang pernah aku lalui dulu kerana kampung kami berhampiran..
Mungkinkah aku masih rindu? Entahlah secara tiba-tiba terbit rasa rindu yang membara dalam hati.. walaupun sudah 2 kali aku pulang.. namun entah mengapa kerinduan kali ini begitu berlainan sekali..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
4 comments:
salam kakakku ..sis iina..
insyaAllah adik akak akan sampai dengan selamatnya ke tanahair...
semoga akak terus tabah dan sabar mengharungi kehidupan diperantauan...
HAPPINESS keeps u SWEET...
TRIALS makes u STRONG...
SORROW keeps u HUMAN...
FAILURE keeps u HUMBLE...
SUCCESS keeps u GLOWING...
and
ALLAH S.W.T KEEPS U GOING........
salam sayang teramat sayang..
srisufi
aku (dan johnny's alamanda) menantikan kepulangan ko...
aku tungguuuuuuuu.... hehehehhe
lawanya picture yg last tu... very lonely...
Sri..
Thanks dik.. Insyallah.. Salam syg buatmu jua
Tiny
jangan pulak dia udah tukor nama lak.. heheheh walau apa pun namanya aku akan pergi ngan ko.. takde hal ye
KTS..
nasib baik aku xde dlm tu.. idak sure lagi lawa kan kan kan :)
Post a Comment