Pada zaman dahulu ada seorang raja yang pada suatu ketika meletakkan sebongkah batu besar di tengah-tangah sebatang jalan. Kemudian raja itu bersembunyi untuk melihat apakah ada orang yang mahu mengalihkan batu besar yang menghalang sebahagian jalan itu.
Beberapa saudagar terkaya dan bangsawan kerajaan raja itu, ketika melalui jalan itu dan berhadapan dengan batu besar lantas membelokkan langkah, agar dapat melalui jalan itu.
Ramai juga merungut dan dengan lantang mengecam raja kerana tidak prihatin dengan rakyat dengan memastikan jalan yg dilalui itu sempurna tanpa halangan sebegitu. Tetapi tak seorangpun berbuat sesuatu untuk menyingkirkan atau mengalihkan batu besar itu.
Kemudian kelihatan seorang petani, membawa sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketika langkahnya terhambat sesampainya di jalan itu, dia meletakkan bebanannya lalu berusaha menggolekkan batu besar itu ke tepi jalan. Dengan susah payah, akhirnya dia dapat mengalihkan batu itu.
Ketika petani itu hendak mengangkat semula sayur-sayuran dan buah-buahan bawaannya tadi, dilihatnya ada sebuah dompet terletak di bawah batu besar tadi. Dompet itu berisi wang emas yang banyak serta sepucuk surat dari raja yang menyatakan bahawa wang emas itu diperuntukkan bagi orang yang mengalihkan batu besar itu dari tengah jalan.
Pengajaran yang diperolehi:
Dengan kejadian itu si petani mengerti dan menerima suatu pengajaran yang takkan pernah difahami oleh ramai orang: "Setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan".
Selain daripada itu kebanyakan orang suka komen sesuatu tanpa bertindak. Ramai orang juga sering memberi saranan dan cadangan. Cadangan itu kadang-kadang amat bernas dan baik.
Walaupun sebaik mana sesuatu cadangan, atau sehebat mana sesuatu komen. Apabila dia tidak bertindak maka sebenarnya tidak ada apa-apa makna malah tidak menyelesaikan masalah itu. Orang sering mengatakan orang lain tidak betul tanpa apa-apa alternatif atau tindakan dari dirinya. Usahanya yang kecil sebenarnya boleh mengubah keadaan dan selalunya akan memberikan keuntungan kepada dirinya sendiri.
Kesimpulan lain :
'Lainkali nampak batu tengah jalan rajin-rajin ler alihkan.. mana tau dapat duit ke.. emas ke.. coklat ke.. obat ke (untuk aku yang tak sihat dan malas makan obat nie hehehehe) dan yang sewaktu dengannya ;)'
Kalau nampak salji turun tergolek-golek.. pun jangan lepaskan peluang main salji supaya leh sama-sama rasa sejuk panas demam cam aku nie kan kan kan
Ini bukan pesanan aku tau.. ada ler yang pesan tah sapa tah.. hehehe
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
16 comments:
Aku akan cuba alihkan batu-batu kat bukit antarabangsa tuh, mana tau ada emas atau berlian seketul dua,hahaha. Pada fiarasat aku demam ko akan kebah sebaik saja ko di bawa sopping oleh pakwe mu,dak gitu? :D
ha haa..betul betul..
nikmatilah peluang depan mata selagi diberi peluang..ahakss
huiiihhh... klu alihkan batu elok2 skit... sbb ular suka duk bawah batu... takutttttttt.....
ambil 2 biji paracetemol. genggam. pejam mata. baca bismillah, selawat & ayat 80 surah as-syua'raa. tarik nafas & telan. lps tu tarik nafas dlm2 perlahan2 melalui hidung & hembus kluar melalui mulut perlahan2 (sampai habis nafas keluar) 3X...insyaAllah.
Juliet
hehehehe satu cadangan yang aku sokong 300% nanti dpt pe2 ko share ngan aku tau.. 30-70 pun xpe..
Dia nak bwk aku p shopping?? heheheh cam tak caye jek.. aku xde mood nak shopping ler.. sejuk gilos skrg nie.. bdn lak on off camnie btul2 aku xsanggup dah.. tapi kalau ko temankan aku shopping p pasar mlm ke.. 1-utama ke heheheh anytime jek
Kak ungku
betul betul betull.. hehhe ambik peluang.. mana tau lepeh nie jadik mama rich lak.. ;)
KTS
ada ular ke? mimpi ke betul2? kalau mimpi tu sah2 bukan aku ye mimpikan.. ehh tetiba sebut ular sawa besar nie.. ada mimpi pe2 ke hehhehe..
Nahmy
Alhamdullilah.. terima kasih dengan petua selawat dan surah tu.. Insyallah saya praktik kan thanks again
Okeh,ko siap,sat lagi aku dtg. Alamak, lupa la, org p.mlm coti raya, lenkali lah.
salam...
pahala menanti kita yang mengalihkan halangan di perjalanan biarpun hanya seketul batu...hadis tapi x ingat dah sapa nyer hadis...
Juliet
ehh raya dah abis ler takkan pasar malam cuti lagik.. aku nak order yong tau fu leh??
Jane
Betul tu.. apa juga perbuatan baik pasti ada balasan baik untuknya.. :)
iina,
sejuk lawannya panas,
ni mesti kes main salji ni.
makan ubat ekkk atau takut makan ubat? he, he.....
kat mana batu tu hah?..nak pi alih la..mana tau ada duit agi...skang ni tgh sengkek ni..ha ha ha.
demam tak baik lagi?..uihh..lama demam glasgow nak baik no?...tak sama demam mesia....senang lega.
very interesting posting le Ina... Aku suka quote hang, "setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan". Aku lebih suka, bila hang tambah, orang suka komen, tanpa action. Aku sokong 200%.
Thanks Ina...moga kita dapat pengiktibaran..
Kak zany
betul tu.. tapi sini panas pun belum tentu dapat lawan sejuk lagi heheheh.. memanglah panas sekejap.. tapi keluar rumah je siaplah mengigil2
Bukan takut makan ubat.. just memang dari dulu tak suka bergantung dengan ubat-ubatan ;)
Cikgooden
Batu kat mana? hehehehe cari ler memana cikgu mana tau dapat banyak duit kalau rajin ler..
Biasa sini ambil masa sikit nak baik sebab perubahan cuaca pastu mana de klinik cam kat mesia.. leh p anytime.. semua appointment.. kalau nak cepat p ler hospital itu pun tggu ler berjam2 baru dapat jumpa doktor
Mashi
Gitulah ramai yang suka komen tapi tak ambil tindakan.. aku pun camtu gak kdg2.. buat peringatan utk diri sendiri :)
mm..ur posting make me open my mind to face the challanges and obstacle i am facing right now...thanks akak..!!
Badak biru
Dik.. Insyallah.. buat ingatan diri sendiri kan :) setiap dugaan itu ada hikmahnya..
aku simpan peringatan ni.. hehehhe... tapi bab main salji tuh.. kehkehkeh... aku taknak ler.. sbb aku PENAKUT UBAT.. warghkahkahkah...
Post a Comment