Thursday, 4 December 2008

Gemerlapan di dataran George Square

Petang aku gagahkan diri jua ke gym.. mengenangkan sudah 2 hari aku cuti dari bersenam.. dan juga janjiku dengan si Mol.. aku kuatkan azam dan tekad.. keluar rumah dalam sejuk-sejuk malam.. selepas solat maghrib.. apa lagi aku siap-siap berpakaian senam.. dan hayun langkah ke bus stop untuk ke universiti.. walaupun ketika itu kepala aku cam separuh sedar separuh tidur..

Sebenarnya seronok ke gym nie.. apatah lagi sudah beberapa kali ke sana.. nak berjalan ke sport centre tu memang bercinta al-maklum ler sejuk giler sekarang nie.. tapi kalau dah masuk je gym tu.. senang-senang je berpeluh.. lari 16 minit tanpa henti pun selamba je.. aku pun tak sangka yang aku boleh berlari non-stop..2 minit pertama jalan.. 16 minit lari.. dn 2 minit terakhir berjalan balik untuk warming down.. maximum larian 20 minit jek kat mesin tu.. peh tu aku akan mula round cuba segala alatan exercise yang lain.. apatah lagi seronok bila bersama kawan.. dan kami pun ada instructor persendirian.. dengan rela hati mengajar kami semua teknik yang berguna.. siap monitor tu.. siap kira 1-15 lagi.. pastu sound.. 'ok 2 set lagi' itu yang kami makin bersemangat.. sampai budak-budak mat saleh tu tengok kami pun pandang 2 3 kali gak.. tak kira ler yang penting ada semangat nak bergym dan bersenam..

Sudahlah cerita pasal pergi gym hehehehe.. balik dari sport centre aku ajak si Mol singgah di dataran George Square.. sengaja aku nak ambil gambar malam hari.. apatah lagi sekarang ini setiap malam ada je konsert kat dataran tu.. untuk memeriahkan acara ice skating kat situ.. aku pun ambil peluang ler ambil gambar ;)

Ini gambar-gambar yang aku ambil malam tadi



































Hampir ke pukul 9.00 malam kami sampai ke rumah.. lama juga kami di gym petang tadi hampir ke pukul 8 malam baru kami keluar dari gym.. bersemangat sungguh kami bersenam hari ini.. dan bertambah semangat masa melepak sekejap di dataran George Square tadi.. Winterfest Glasgow 2008

8 comments:

Kaktiny said...

aku ni pi gym culas-culas gaks.. adoilar.. nama je ada gym kt opis nih.. jadi white elephant dah.. huhuhu..

bestnyer lepak malam2 bermandi cahaya.. best nyer bestnyer...

julietchun said...

Tak nampak pun muka ko Naa. Ooooo, aku tau ko tgh main ice skating kot:D

KTS said...

wahhh... skang ni tgh mood krismas la kan... seronok tgk gambar2 tu... aku plak yg rasa kebas idung

Ungku Nor said...

cantiknya tempat orang..

tapi pappa rich jugak tetap di hati..lalalala ;p

iina said...

Tiny

heheh aku pun ada time ye malas gak nak p.. tapi sebab ada kwn yg rajin ajak.. so ku gagahi jua.. mmg nak p tu liat. tapi dah sampai tu semangat tau..

Best? uihhh ko tak tau ke aku dah sejuk kejung kat situ muahahah

Juliet

aku ice skating dalam mimpi jek dan aku tgk org ice skating.. nak join.. 10 tahun pun belum tentu aku cuba.. tak sanggup aku asyik jatuh je.. heheheh

KTS

aikk sejuk dah dtg mesia ke? soklan pura2 tanya heheheh.. bagus22 lain kali kalau aku sejuk aku transfer kat ko rasa banyak2 leh ;)

Kak ungku

papa rich?? wahhhhhhhhh saje ler nak den jeles tu.. takpo.. nanti den carik lak mama rich kek sini.. mano tau ado lak ;)

Enche' Adykasyah said...

Kak Iina.. Kalau ada chatbox lagi sedap melayan sembang kat sini.. Apa kata Kak Iina tambah chatbox.. Sodap sikit...
(Sekadar cadangan..)

julietchun said...

Kalo jatuh bangun lerrrr :D

iina said...

ady..

satu cadangan yang bijak.. suatu ketika dulu memang pernah ada.. tapi di'disable'kan kerana diserang oleh individu tidak bertanggungjawab.. sejak tu maleh dah nak ada chatbox.. Insyallah ko tunggu akak terbuka hati nak letak balik..

juliet

aku tak sanggup nak cemari bontut ku yg ayu itu dengan kesejukan lantai ais.. lebih baik aku sembunyikan di sebalik jaket tebal aku.. lagipun aku tak minat ler.. ko paksa ler camna.. no feeling babe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin