Wednesday, 24 December 2008

Cuti bermula



Akhirnya cuti bermula hari ini.. masa untuk 'berpoye-poye '

Pagi tadi aku keluar dari tempat kerja agak lewat hampir ke pukul 9,45 pagi.. Selesai menjalankan tugas dalam lingkungan pukul 9.00 pagi aku turun ke 'cleaner kitchen' yang terletak di tingkat bawah sekali kiranya tingkat bawah tanahlah.. Ramai sungguh makcik-makcik cleaner yang ada.. tua-tua kebanyakannya.. aku tak tahu nak kata apa.. hanya sekadar 'Merry x'mas & Happy new year'. Sebenarnya aku malas nak join sangat namun kenang takkan tak tunjuk muka langsung.. aku paksalah diri.. nasib baik tidak ada minuman wine dan champagne yang ada hanyalah 2 botol beer yang telah dibuka..

Aku duduk mendengar perbualan mereka.. boring sebenarnya.. dalam pada itu aku pun ambil kesempatan makan roti yang disapu butter dan juga air teh tanpa gula.. lagi menyebabkan aku tidak selesa berada di situ.. tapi mengenangkan ini sambutan mereka yang besar.. takkan aku tak nak tunjuk muka dan buat tak tahu pulak.. dalam pada itu rakan-rakan sekerja yang sama bangunan denganku langsung tak nampak muka.. Camella, Lorraine dan Tommy.. rasa hatiku kemungkinan besar mereka melepak di tempat lain..

Hampir ke pukul 9.15 aku mula membersihkan cawan yang berisi air teh yang hanya diminum separuh sahaja.. basuh tangan sebersihnya.. dan aku mula mengucapkan selamat tinggal kepada semua yang sedang berbual dengan rancak.. dan otak aku pun mula berfikir mana pulak 3 orang rakanku tadi.. nie mesti di tingkat 4 nie.. lalu aku panjangkan kaki ke situ..

Rupanya mereka melepak di tingkat 4.. si Lorraine bergaya habis.. dan camella pun sama.. Tommy pulak sibuk di dapur membersihkan bekas minuman dan makanan semalam.. Aku ambil peluang borak sekejap dengan mereka sambil minum air lemonade dan makan kacang serta crisps.. sempat jugalah aku ajak mereka bergambar sama ;)

Lagi 5 minit ke pukul 9.30 aku minta izin untuk beredar kerana waktu kerja hampir selesai.. Aku ucapkan selamat tinggal kepada mereka bertiga dan semoga berjumpa dengan mereka semula tahun depan nanti..

Menaiki bas 44 aku turun di tengah-tengah bandar.. berjalan sepanjang sauchiehall street.. hinggalah ke Argle street.. melihat dan memandang deretan kedai yang ada.. memang ramai manusia yang berpusu-pusu membeli belah saat-saat akhir tapi masih tidak terlalu ramai ku kira..

Balik ke rumah.. aku terlihat sekeping cek yang ditulis atas namaku.. terpaksa juga aku bank-in hari ini juga memandangkan bank akan dibuka semula 4 hari lagi.. selesai makan tengahari.. berehat sebentar aku panjangkan kaki semula ke bandar.. urusan di bank selesai tak sampai pun 5 minit.. sambil itu sekali lagi aku melewati deretan kedai yang ada.. kali ini manusia memang terlalu ramai.. sesak.. di 'super drug' barisan beratur pun terlalu panjang.. menjengah ke 'savers' pun sama juga.. masuk ke Debenham.. aduhhh ramai sungguh manusia membeli belah di ruangan 'perfume', di ruang jam tangan lebih ramai manusia.. hari ini ada 30% potongan.. semalam tidak ada.. wahh.. teruja.. mungkinkah nanti 'boxing day' akan ada diskaun yang lebih tinggi?? aku nak tunggu saat-saat akhir sebelum aku putuskan nak beli.. masih lagi tercari-cari dan survey harga yang berpatutan..

Hampir kebanyakan kedai tutup pukul 4.00 petang.. lebih awal dari hari biasa.. kebanyakan di tulis dipintu masuk.. ditutup awal untuk persediaan 'boxing day' wahh.. teruja sekali lagi.. sediakan duit sahajalah.. hari untuk menghabiskan duit.. dan masa nie shopping memang heaven gila.. shopping di malaysia pun tak seseronok bershopping di sini.. melihatkan harga.. wahh.. memang diskaun habis-habisan..

Akhirnya aku putuskan balik ke rumah.. dah penat seharian di bandar.. masa untuk berehat.. dan melepak di rumah pula...Sempat jugalah aku kemas rumah dan bilik.. dan susun semula semua perfume yang aku dah beli sejak tahun lepas..

Terkejut sebab banyak sungguh koleksi aku.. adeihhh.. mau terkejut korang semua tengok kan.. bila tengok tu.. aku mula fikir.. ada ke agak-agaknya yang aku nak bagi orang??? heheheheh.. aku tau korang semua dah mula nak cop-cop kan.. sila-sila ler.. tapi belum tentu lagik aku nak bagi.. ;)

Esok??? sudah ada beberapa rancangan untuk berjalan-jalan.. Insyallah.. nanti aku update ceritanya ;)

4 comments:

badakbiru said...

wah3x....byk tu koleksi perfume..dh bley buka gerai jual kat uptown or down town kat KL dah tu..hehe

KTS said...

dari jauh aku dah bau wangi2an itu...

hehehehe... aku tak kisah yg mana pun... aku tak memilih... aku tau ko ikhlas nak bagi aku :P

chinta said...

sama hobi plak kita yek...btw, selalu p beli kat boots,perfume shop, debenhams or ada tmpt lain yg murah? jenners sale perfume boleh thn jgak.

iina said...

BB

Dik.. hehehehe takde keinginan lagik nak jadi peniaga tegar dik ;)

KTS

dah aku tau ko salah sorang yang nak.. nnti aku renung2kan fikir2kan ;)

Chinta

sini memang heaven beli perfume sebab ada 2 3 kedai yang murah2.. perfume shop antara salah satu yang selalu gak akak singgah beli.. tapi sini pun ada Tj Hughes dan watt brothers yang mmg jual lagik murah dr tmpt yg ko sebut2 tu.. musim nie savers pun jual perfume murah.. kalau rajin jengah ke semichem pun leh dapat yg murah.. akak dah puas survey.. hehehe :)

kalau ko singgah glasgow.. pergilah tj hughes di argle street.. dan watt brothers di sauchiehall st.. bersebelahan dengan mother care

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin