Wednesday, 8 October 2008

Surat buat John

Aku telah nekad untuk menyatakan hasratku yang satu itu.. setelah berfikir dengan habis-habisan.. akhirnya aku putuskan untuk satu keputusan yang muktamad..

Melihat John hari ini agak sibuk.. lepas satu panggilan demi panggilan telefon yang dijawabnya.. akhirnya aku terus menyelesaikan tugasan yang sedia menanti.. apabila aku berpatah balik sejam kemudian, ku lihat dia telah tiada.. dah balik.. aduhaii.. tensen aku.. baru buat skrip apa nak cakap tadi.. siap dah susun ayat apa nak cakap..

Akhirnya aku putuskan aku akan tulis surat panjang lebar untuk John..

Yang nyata aku tegaskan hasratku untuk berhenti kerja.. dengan alasan aku akan pulang ke Malaysia.. biarlah aku nekad kali ini.. sebab hatiku dah mula tidak ada lagi di situ.. dah bosan.. dan mungkin aku perlukan perubahan dan mementingkan perkara yang lebih utama..

Sebelum balik tadi aku tinggalkan surat itu di atas meja John.. apa juga pastinya esok.. akan ada perbincangan hebat tentang isu berhenti ini..

Sudah sampai masa aku untuk berehat.. aku dah tak larat dah.. pening kepala memikirkan banyak perkara.. cukuplah cukup..

Apa pun aku kena selesaikan juga balik ke Malaysia ini seperti mana janjiku pada pakwe.. selepas ini aku takkan balik lagi sehinggalah aku tamat pengajian ku.. Insyallah..

Rasa lega dan lapang hati dan kepala aku seketika.. terasa sedikit bebanan terlepas sedikit demi sedikit..

5 comments:

Nazali Noor said...

Salam Iina..

Apapun tindakan Iina..abah tau yang ianya pasti yang terbaik buat Iina dan pakwe..

Jgn tension2 ya Iina

Enche' Adykasyah said...

Yelah.. kalau dah nekad tu buat aje Kak..
May the force be with you..

julietchun said...

Syabas,ko mmg hebat.Perjuangan belum selesai,teruskan.

badakbiru said...

kadang2 saya juga rasa nak buat benda yang sama pada bos saya. bosan dan muak asyik buat keje sama setiap hari, tapi apakan daya.hanya ini rezki yg ada buat masa ni..redha je la..

iina said...

abah>insyallah.. biasalah abah mood lepas raya tension sat hehehe ;)

ady>kena nekad juga sebab tiket dah beli pun takkan tak nak balik lak kan.. kan.. insyallah.. wahh cam drama starwars je ekk

juliet> memang banyak lagi perjuangan yang belum selesai.. yang nyata perjuanganku utk gi beraya rumah ko coming soon tau

adik> kalau ada peluang lain cubalah.. kadang kalau dipaksa hati dan nurani boleh buat kita sakit jiwa.. dulu akak paksa2 diri juga sampai satu tahap. dah tak tahan dah.. dah time.. so go ahead je maleh lagi nk fikir dah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin