Friday 3 October 2008

Raya hari 3 yang sejuk

Akhirnya.. selesai satu urusan yang asyik ditanyakan oleh pakwe sejak awal minggu ini.. naik rimas kadangkala bila dia asyik mengingatkan aku.. kadang-kadang mau naik angin juga.. bukan apa.. yelah sejak awal minggu ini agak sibuk dengan persiapan raya.. Hari pertama dan kedua raya pula sibuk ke sana sini memenuhi undangan jemputan.. dan sekali lagi semalam ketika berjalan kaki balik ke rumah.. soalan yang sama ditanya lagi.. sampai aku terpaksa keluarkan kata-kata

"Abang.. jangan tanya-tanya lagik ok.. taulah orang nak buat.. settle lah benda tu nanti"

Adeihh.. tau ler tak sabar nak balik.. kot ye pun janganlah asyik tanya je.. lagipun kali ini aku kurang mood untuk balik.. entahlah aku pun tidak tahu mengapa.. tapi bila asyik digasak dengan soalan yang sama setiap hari "Dah book ke belum nie??" naik begang pun ada.. sabar jelah hati.. nyaris juga berkata "apakata abg je balik sorang.. boleh" mau tensen je pakwe nanti..

Hari ini aku pun sejak pukul 10.30pagi dah tunggu depan travel agent.. tak buka lagi rupanya.. pukul 11.00pg baru buka.. terpaksalah berpatah balik ke rumah.. dan sekali lagi aku melangkah ke situ semula.. book apa yang patut.. dan petang ini juga terus aku dapat print outnya..

Lepas nie aku nak tunjuk kat pakwe.. penat menjawab semua soalan.. selagi tak selesai tu.. selagi itulah ditanya.. kalau dia yang buatkan ok juga. nie semua awek dia juga yang kena.. emmm sabar jelah..

Hari juga sudah semakin sejuk.. berjalan keluar pun aku dah mula mengigil.. sejak semalam suara dah mula serak dan sakit tekak.. mungkin juga disebabkan tidak cukup tidur.. dan tidak cukup rehat.. mungkin juga sebab terlalu asyik menikmati juadah raya dari satu rumah ke satu rumah.. esok dan lusa penuh dengan undangan dari pagi ke malam.. bagaimanalah untuk mengisi perut ini..

Hari ke 3 ini aku tidak kemana-mana hanya di rumah berehat kerana mula merasakan seolah badan nak mula demam.. mungkin juga cuaca yang begitu sejuk juga menjadi puncanya.. Hujung minggu yang penuh dengan undangan dan permintaan yang harus dipenuhi.. Insyallah

3 comments:

badakbiru said...

selamat hari raya kak..tak balik raya kat malaysia ke?

zura aini said...

selamat hari raya iina, jangan sedey2, tension-tension, jap lagi dah sampai kat malaysia, he, he....

Cikgooden said...

wah!...bila nak balik mesia.(er..er.. aku tanya ni.jgn marah aku pulak..he he he..)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin