Wednesday, 1 October 2008

Awal Pagi Raya

Aku masih belum tidur lagi.. jam sudah pun menunjukkan pukul 2.20 pagi.. baru sahaja selesai merebus nasi impit dan membersihkan periuk belanga.. inilah penangan malam raya.. Selesai Takbir raya di rumah tadi.. aku mula mengemas apa yang patut .. sempat juga merakamkan takbir raya itu dengan camcorder aku..

Dah bawa ke pagi pun.. mata sudah terlalu mengantuk.. tapi masih ada benda yang perlu disiapkan.. Hajat dihati nak buat kuih raya kalau sempat.. tapi tengoklah.. terlalu mengantuk pulak

Lewat pagi sedikit insyallah aku akan bersolat Hari Raya di Masjid Al-Farouk.. Hari ini hari raya.. Alhamdullilah.. selesai sudah sebulan berpuasa..

Oklah aku perlu tidur.. perlu kejutkan pakwe untuk bekerja.. aku cuti pagi ini.. tapi petang nanti aku masih perlu bekerja lagi.. emmm.. malas pun ada juga nie..

Selamat Hari Raya semua..

Bangun tidur nanti aku perlu telefon Ayah dan Mak di Kampung.. Mohon ampun di pagi raya.. syahdu ye hati mengenangkan mereka yang jauh di mata.. Hati aku rindu dengan kampung halaman.. namun inilah dia beraya dirantau orang.. negara asing.. semoga kita semua tabah menghadapi hari demi hari.. Insyallah

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin