Friday, 10 October 2008

Jumaat dah..

Tengahari aku dan Suthanya ke city centre.. dia bercadang untuk membeli hadiah untuk ayahnya.. semalam juga dia pergi bershopping sakan.. sempat jugalah dia tunjukkan hadiah jam tangan yang dibelinya untuk kedua-dua adik lelakinya..

Kami singgah-menyinggah banyak kedai juga.. sebenarnya aku merancang untuk mencari souvenier dari Glasgow.. nama je duduk Glasgow tapi nak cari key chain ke fridge magnet ke cukup susah untuk yang bertulisan glasgow.. akhirnya aku jumpa di kedai 1 pound.. itu pun puas aku dan suthanya membelek-belek satu demi satu longgokan fridge magnet yang ada.. kebanyakan bertulisan Edinburgh atau Scotland.. boring je.. dah ler duduk Glasgow.. fridge magnet tulisan Edinburgh pulak yang banyak..

Suthanya pun sibuk untuk memilih dan mencari perfume yang sesuai.. kebanyakan kedai sudah mula menjual gift set perfume.. aku pun mula membelek-belek mana yang sesuai.. tak beli pun sekadar mengagak mana yang mungkin aku perlu beli utk diberi sebagai hadiah..

Ke tempat kerja dengan rasa mengantuk yang amat sangat.. ketika aku sampai ke Legal House dah lambat 20 minit.. tapi biasalah maintain buat selamba je.. tak kisah datang lewat pun asalkan balik lewat.. dalam sibuk bersihkan apa yang patut.. aku teringat yang aku perlu maklumkan dengan Spectrum tentang notis berhenti kerja aku pada jumaat minggu depan..

"Hello Spectrum"

"Hiya.. I'm Haslina from Legal House"

"Hiya Haslina"

"I would like to inform you that I will leave the job end of next week"

"I think that we already been inform about that Haslina"

Aku terkejut sat.. nie mesti John bagitau nie

"Oh.. okay then.. It's just that I need to go back home because some family matter"

"Is it Malaysia your home country then"

"Yes it is"

"Your last day will be next friday right"

"Yes that right"

"Okay I'll asked charlie to call you back about this matter"

"Oh.. okay then.. thank you "

"Your welcome.. bye"

"Bye"

Aku memandang sejenak iphone aku sambil laju berfikir.. rupanya John telah memberitahu mereka berkenaan notis berhenti kerja ini.. tak mengapalah yang penting mereka dah tahu tentang perkara tersebut..

Aku lega.. dan rasa lapang dada dan fikiran.. selesai satu masalah.. jangan pula nanti mereka pujuk aku balik kerja dah.. rasa dah tak larat lagi sebenarnya.. cukuplah setahun aku di situ.. masa untuk membuat perubahan.. dan masa untuk merehatkan kembali badan aku yang sudah terlalu letih.. sebenarnya aku paksa diri untuk bekerja untuk mendapat sedikit duit lebih untuk tambang balik ke Malaysia.. ramai yang berkata aku banyak duit boleh balik ke Malaysia 2 kali.. Alhamdullilah juga bila mereka kata aku banyak duit.. doa tu kan.. :) namun untuk memperolehi duit itu tidak semudah dengan melihat dan berkata-kata.. nie badan yang menangung penat letih hingga aku demam 2 minggu cukup mencabar emosi dan semangat aku sebenarnya.. sebab itulah.. aku paksa diri juga untuk teruskan bekerja.. hinggalah saat akhir aku balik ke Malaysia.. akhirnya aku putuskan dah sampai masa untuk berhenti.. selepas ini lebih banyak masa lagi untuk perkara yang lebih penting..

Namun dalam diam aku turut merasa sayu dan berat hati juga.. banyak kenangan aku di situ.. aku sudah anggap legal House level 1 itu seperti tempat lepak ku petang hari.. mana sudut yang aku tidak tahu.. mana kawasan yang tidak aku bersihkan.. sesiapa pun yang bakal mengantikan aku.. pasti akan merasa seperti mana yang aku rasa pula.. sebenarnya scottish prosecution college itu.. atau juga dikenali sebagai training division untk Crown Office and Procurator Fiscal Service (COPFS) baru sahaja ditubuhkan dalam tempoh setahun.. aku masih ingat lagi semasa aku baru bekerja di situ.. dalam tempoh sebulan bangunan itu telah dirasmikan oleh Lord Provost.. bermakna ketika aku mula bekerja kebanyakan staf disitu juga baru sahaja memulakan tugas di situ juga.. kiranya aku turut dianggap sebagai sebahagian daripada staf di situ..

Namun seperti aku kata tadi.. aku perlu teruskan hidup.. dan perlukan perubahan.. sudah sampai masanya.. aku tidak pasti masa depan.. jika masih ditakdirkan untuk berada di situ semula.. mungkin juga aku akan ada lagi di situ.. jika tidak.. Jumaat depan merupakan hari terakhir aku di situ.. bak kata John pada aku tadi..

"Well haslina.. if you have to go home.. then that is the best things that you should do"

"Family is more important than anything else"

Aku hanya sekadar menganggukkan kepala aku..

Sebenarnya aku beri alasan tentang keluarga.. dan memaklumkan aku harus balik ke Malaysia.. sengaja aku jadikan sebab keluarga sebagai alasan untuk aku berhenti kerja.. aku malas nak berdolak dalih lagik.. Alhamdullilah nampaknya semuanya akan selesai pada minggu depan..

Aku ada 5 hari sahaja lagi untuk bekerja di bangunan Legal House itu.. ramai juga bertanyakan untuk mengantikan aku di situ.. bukan aku taknak promote sesiapa.. cuma untuk bekerja di situ memerlukan mereka yang mempunyai disclosure scotland.. data peribadi perlu disemak dan disahkan tidak mempunyai sebagai rekod jenayah di mana-mana di seluruh dunia.. ada sesetengah tempat apabila kita mula bekerja masih boleh diterima walaupun status semakan itu masih didalam proses.. tetapi tidak untuk bekerja di bangunan legal house.. rekod itu perlu disahkan dan disemak terlebih dahulu..barulah dibenarkan untuk bekerja di situ..

Aku ada 2 hari untuk bercuti tetapi kemungkinan besar akan dipenuhi dengan undangan beraya dan open house lagi..

Yang pasti aku perlu pergi shopping lagi nie.. coklat kena beli lagi.. aku dah kira-kira bilangan kotak coklat yang perlu aku beli.. adeihhh cam banyak je.. muat ke ekk beg aku tu nanti nie?? Muat-muatkan lah jelah kan kan ;)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin