Friday, 3 October 2008

Bungkusan & Suasana Raya

Semalam lagi aku sudah terima bungkusan kuih raya dari PerantauKitchen yang ditempah dari Birmingham.. Mulanya terasa sedih juga kerana aku langsung tidak ada sekeping pun kuih raya tahun ini.. namun di pagi raya.. selesai sahaja solat raya.. balik ke rumah aku lihat ada kad dari royal mail meminta aku mengambil bungkusan..

Seronok jugalah akhirnya di pagi raya ada jugalah kuih raya.. dan malam raya tu jugalah lebih separuh dari kuih raya itu selesai dimakan.. siap promote dengan kawan-kawan.. malah ada yang pesan tinggalkan 2 keping kuih tat.. akhirnya yang tinggalkan pesan tu.. dapatlah makan kuih raya dengan sepuas hatinya..



Hari ini aku dapat bungkusan dari Malaysia..

Penuh dengan kerepek-kerepek dan kuih raya yang mak kirim.. bersama baju melayu dan kain pelekat untuk pakwe.. dan kain batik untuk aku.. yang tak leh tahan.. dodol yang diimport khas.. pakwe sampai pesan.. sorok sikit kuih raya tu karang abis.. abis biorlah kan.. memang untuk dimakan pun..



Kuih raya yang dah penuh meja.. mehlah datang rumah raya ye..

Solat Raya di Masjid Al-Farouk.. Aku hampir menitiskan airmata semasa solat raakat pertama solat raya.. sedih dan sayu beraya di rantau orang kali ini.. Yang tidak boleh lupa bersungguh betul imam tu bagi khutbah raya..

Sejak semalam beraya hinggalah ke hari ini.. sempat ke 7 buah rumah semalam.. ditambah lagi dengan rakan yang datang mengunjung ke rumah.. hari ini sambung lagi 7 buah rumah.. perut sudah tidak larat untuk diisi.. esok belum ada lagi jemputan.. tapi hujung minggu nie sabtu dan ahad sudah penuh dengan undangan beraya.. mana nak isi perut nie..

Esok hari terakhir bekerja pagi.. tak sabar.. nak cuti.. minggu depan mula balik segala-galanya.. aduhh malasnya.. Namun bak kata kawan aku.. bukan selalu dapat begini.. hari raya je.. beraya ke rumah orang sampai lewat malam.. siap ada yang sound..

"Wei.. cepat balik sebelum pukul 12.00 malam.. nanti ada yang jadi katak.. kereta semua bertukar jadi labu.. kuih muih semua tukar dah.."

Itu suruh balik ler tu sebab dah lewat sangat dan perut pun sudah terlalu kenyang untuk diisi dan mata juga sudah terlalu mengantuk..

Ada sapa-sapa nak jemput open house ke??

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin