Wednesday 22 October 2008

Ku tinggalkan Glasgow buat sementara

Aku sedang menunggu masa untuk turun ke bus stop menunggu bas untuk ke tempat kerja sebentar lagi.. selalunya aku akan ambil masa beberapa minit ini untuk update blog atau moderate komen yang ditinggalkan..

Aku ambil kesempatan ini untuk menulis entry terakhir sebelum aku berangkat balik ke Malaysia.. Flight ke Dubai akan bertolak pada pukul 2.15 petang nanti.. namun seawal pukul 11++ pagi aku akan ke Airport.. dan selesai waktu kerja nanti aku pastinya akan sibuk mengemas rumah.. kemas beg.. siap-siap apa yang patut dan takkan dapat nak update blog pada waktu itu..

Aku tidak pasti jika aku ada kesempatan untuk update blog semasa balik ke Malaysia nanti.. dengan capaian Internet yang tidak ada baik di kampung aku dan kampung pakwe.. memungkinkan aku mungkin tidak berpeluang.. 2 minggu blog ini akan aku tinggalkan sepi.. tapi mana tau kot aku rajin dan dapat mengelat akan aku update jika berkesempatan..

Apa jua doakan perjalanan pergi dan balik ku kali ini selamat dan lancar semuanya..

Aku ku jejaki balik bumi Malaysia kembali.. akan ku tinggalkan bumi Glasgow buat sementara waktu.. Rindu pada dua negara ini tidak dapat aku nyatakan.. aku gembira untuk balik berjumpa mak dan ayah.. tapi masa yang sama aku juga rindu dengan tanggungjawab dan cuaca sejuk Glasgow yang bakal ditinggalkan..

Semasa kembali ke sini nanti.. masa juga telah berubah lewat satu jam bermula sabtu ini.. harus juga aku set semua jam di rumah sebelum aku balik.. dan Minggu raya juga akan berakhir pada minggu depan di sini.. aktiviti sambutan hari raya peringkat Glasgow juga akan diadakan dan kali ini aku tidak dapat meraikan bersama rakan-rakan..

Yang seronok.. aku dapat meraikan minggu terakhir hari raya di Malaysia.. kesibukan menguruskan kenduri kendara.. dengan jet lag yang entah dapat aku tanggung tidak aku ketahui.. Namun itulah pengorbanan yang harus aku lalui..

Selamat tinggal semua.. Aku tinggalkan blog ini sepi buat sementara.. dan Insyallah dengan keizinan Allah s.w.t, aku akan kembali mengisi ruang-ruang ini dengan cerita ceriti apa juga nanti..

May Allah bless my journey back home.. eventhou I still have up and down feeling about what going on and things that I have to do here and there.. I know that I should enjoy life and the moments that Allah given me.. and chances to visit home once more again.. Insyallah..

Goodbye Glsgow for a while and wait for me Malaysia.. I'm on my way home ;)

3 comments:

Nazali Noor said...

Iina,

Selamat pulang ya Iina..Teragak sangat hati ni nak pulang tapi apakan daya..

Semoga perjalanan Iina dan Pakwe dipermudahkan. Kami di bumi UK ni akan sentiasa merindui celoteh Iina dalam persaya maya ini..

jaga diri baik2 dan jangan nakal2..

iina said...

abah

Thanks. Mngkin nnti peluang utk abah pula insyallah Dow seorg musafir nie. Dh check in tgh relak tggu nk ke boarding gate je.

Ada masa n peluang kita jmpa cuti Xmas nnti.

Brahim Nyior said...

Saya doakan perjalanan sdr berdua selamat. Insya-Allah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin