Sunday, 19 October 2008

Dari Highland ke Lautan..


Kami berjalan sejak semalam.. bermula dari Glasgow mengelilingi kawasan pantai sekitar Scotland..

Sudah lama kami teringin berjalan menyusuri pantai-pantai scotland.. walaupun tidak semuanya.. namun kami rasa seronok kerana mampu menyusuri kenangan lama dulu..


Banyak tempat yang kami singgah punya kenangan masa lalu.. kali ini kami menyusuri dari tasik ke lembah ke pergunungan dan akhirnya ke lautan..


Musim gugur kali ini sungguh indah.. banyak pemandangan yang memukau pandangan mata.. namun masih ada beberapa tempat lagi yang masih belum kami jejaki.. beberapa pulau berhampiran akan kami pergi.. terutama beberapa pulau yang pernah kami lewati dulu..

Hingga ada yang seolah tidak percaya kami pergi jua.. walaupun rancangan awalnya beberapa keluarga telah diajak bersama.. namun pada kami itu tidak menjadi masalah langsung.. perjalanan tetap kami teruskan.. walaupun hanya berdua..

Bila lagi kan nak berdating berdua.. masa inilah.. menikmati dan menyusuri lewat kenangan lama.. buatkan kami teringat laluan yang pernah kami lewati dulu..

3 comments:

azza_irah said...

iina..
cantiknya pemandangan..
bila la azza leh nikmati n hirup uadar disana..nampak nyaman n tenang je..

Enche' Adykasyah said...

Seronoknya dah 'bebas'...

iina said...

azza> mmg cantik pemandangannya.. tak puas mata melihat

ady> belum bebas lagik dik.. byk koje akak tak siap lagik nie.. adeihh

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin