Thursday 9 October 2008

Mood Shopping.. Jgn jeles ;)


Pagi ini turun sahaja dari bas 44 di hadapan Odeon lama di Renfield street.. aku berjalan kaki ke sainsbury untuk mencari makanan untuk sarapan pagi.. sekadar fruit and salad dalam bekas yang paling kecil dengan harga 1.49p.. itulah kadangkala menjadi sarapan dan lunch aku .. tambah lagi aku pasti akan beli 2 roll cheese and onion.. buat santapan tambahan.. Selesai membayar harga barangan.. berjalan kaki dari sainsbury ke CIS rasakan seolah begitu jauh sekali.. kaki dah mula sengal dan sakit.. aku tahu kasut yang dipakai sudah perlu ditukar.. sajalah tu cari alasan nak beli kasut baru kot.. tambah pula dah mula sejuk sekarang ini.. perlu cari kasut yang bertapak supaya tidak mudah tergelincir apabila hari hujan..



Ketika menuruni bukit di Montrose street menuju ke Livingstone Tower.. aku terdengar di belakangku ada slang-slang seperti suara anak melayu.. dari gaya tutur bahasanya aku kuat merasakan ianya datang dari jejaka melayu.. kedengaran perkataan berkenaan biasiswa dari MARA.. dan mengaitkannya dengan beberapa orang kawan turut disebut.. tambah lagi ada sebutan.. anak orang kaya disebut dengan lebih jelas.. uihh.. ini apa isu nie??.. makin lama makin dekat suara perbualan itu.. aku pulak hanya pasang telinga.. malas pulak nak toleh ke belakang.. dan aku terus berjalan dengan selamba dan relaks.. apatah lagi perut sudah mula terasa lapar.. bilalah nak sampai ke tingkat 11 nie.. perut dah menyanyi-nyanyi minta diisi..

Tidak lama 2 jejaka muda melintasi aku.. adik yang pertama berjalan tanpa sedikit pun menoleh padaku.. manakala adik kedua berjalan saing aku.. lantas aku tegur mereka..

"nak kemana?" tanyaku..

"ehh.. lah akak.. ingat orang arab tadi" kata sorang adik tu..

aku?? haii sabo jelah kan.. aku tanya lagi

"Student master ke undergrad nie?"

"Kami student undergrad"

"Mara sponsor ke?" tanyaku lagi

"Taklah kami dari biasiswa KPT" aku hanya menganggukkan kepala..

Mereka juga menuju ke livingstone tower.. rupanya ingin ke tingkat 1 untuk mendaftar kelas bahasa inggeris.. lantas mereka pula tanya aku..

"Akak study apa?"

"Akak buat Phd dik.."

"Nie nak pergi kelas ke?" banyak pulak soal budak-budak nie..

"Taklah akak nak ke bilik akak"

Sampai sahaja tingkat 1 mereka pun keluar dari lif berkenaan.. ketika pintu lif tu hampir tertutup.. terdengar jelas seorang adik itu berkata

"Uih.. akak tu buat Phd.. ada bilik sendiri lah"

Aku?? ehh diorang nie.. pelik pulak?? Sabo jelah.. Aku tersenyum menahan gelak sehinggalah sampai ke tingkat 11..

Beberapa langkah untuk sampai ke bilik.. aku dapat call dari adik aku sorang nie..

"Akak.. kat mana?"

"Akak dah sampai department.. tengah nak masuk bilik.. nape??"

"Alah nak minta akak temankan p Debenham.. akak kan teror bab shopping nie" sabo jelah adik aku nie..

"Ko nak beli apa nie?"

"Hadiah kawin kawan saya ler.. nak tengok barang apa nak beli sebab dia bagi gift card dari debenham"

"Oklah.. nanti sampai call akak k"

Mentang-mentang universiti dekat dengan city centre.. anytime je leh ajak pergi shopping ekk.. Aku pulak baru nak isi perut.. aku lepak sat.. buka pc.. check email.. makan sekeping cheese and onion roll.. minum susu coklat.. makan pasta and tuna.. terus turun ke tingkat bawah menuju ke debenham.. sabo jelah adik aku nie.. time tengah semangat nie.. ada pulak permintaan.. ceh saja nak cari alasan ler tu kan..

Puas merayau cari hadiah kawin tu.. dapatlah hadiah tu.. siap debenham hantar terus ke rumah kawan adik aku tu.. bagus juga idea nie.. sebab pengantin tu dah siap-siap buat list barangan yang dia dah pilih sebagai hadiah.. so senang kalau kita nak pilih mana yang kita suka.. dan dapat juga mengelakkan kawan-kawan dia membeli barangan yang sama .. yang perlu dibuat hanya perlu bayar.. bawa ke kaunter.. dan minta debenham buat delivery terus ke rumah pengantin tu.. Kat mesia takde lagi rasanya service camnie..

Aku ajak adik aku tu pergi tesco untuk beli nasi goreng.. egg fried rice.. punyalah tak sedap.. nasib baru 99p je.. so oklah dengan harganya.. baik aku beli sushi tadi.. lagi puas hati.. lepas tu aku terus singgah kedai kasut.. apa lagi memang plan nak beli kasut terus.. yang dicari brand nike.. wah dahsyat.. kat mesia pun beli kasut sukan brand bata je.. kat sini ngada-ngada lak nak brand nike.. itu pun aku siap gelak-gelak tengok made in mana.. Thailand & Vietnam.. lantak ler janji leh pakai.. boleh aku order kat suthanya 10 pasang kasut nike nie.. kalau dia balik Thailand..

Akhirnya beli jugalah.. sebab perlukan kasut yang elok sikit sebab banyak berjalan.. dan senang untuk bergerak masa kerja.. aku dah sakit kaki sejak 2 hari ini.. lagi pulak aku dah mula berstokin tebal.. kasut yang ada tidak sesuai dengan stokin tebal itu.. nak pakai stokin nipis tak sesuai sebab suhu sudah semakin sejuk.. aku bayar harga kasut tu 27.99pd dengan selamba je.. ada yang lagi mahal.. ceh-ceh.. tapi nasib baik aku tak berkenan dengan designnya..

Selesai sesi beli kasut.. terus balik CIS.. hari ini rasa lengang pulak.. Suthanya tengahari lagi sudah keluar.. Mas pun takde.. hanya aku dan Richard sahaja di bilik.. layan ler buat kerja sendiri dengan mood yang ada takde..

Terus ke tempat kerja.. aku nampak John.. tapi seperti semalam dia sibuk bergayut di telefon.. nak tegur malas pulak.. yang pasti surat aku semalam telah diterimanya.. aku pun buatlah kerja seperti biasa dengan separuh hati.. dah terbayang-bayang dah seronoknya berhenti kerja.. kadang terfikir juga... masa tak kerja nak kerja.. dah kerja nak berhenti pulak.. adeihh.. nak wat camno kan.. ddah sampai time.. John balik awal pulak.. tak dapat aku nak menjelaskan duduk perkara pasal surat tu.. takpelah esok masih ada lagi Insyallah

Selesai kerja.. (pesal panjang pulak cerita aku ari nie ekk.. sabo ekk.. sabo.. teruskan membaca dengan tenang dan relak.. aku paksa korang semua baca juga cerita aku nie.. ) apa lagi sesi pergi shopping.. selalunya hari khamis adalah hari yang paling aku suka.. sebab kebanyakan kedai akan tutup hingga ke pukul 8 malam.. masa inilah aku akan pergi merewang di city centre.. apatah lagi teringatkan beberapa barangan yang masih belum aku beli untuk bawa balik.. terutama coklat!! aduhh.. banyak nak kena beli..

Aku pun mula singgah dari satu kedai ke satu kedai.. dari kedai Clark factory outlet .. aku ambik beg 1.. ke Primark pulak beli stokin pink dan sarung tangan.. ke woolworth pulak beli coklat cadbury.. murah pulak 454g baru 2pd.. aku beli terus 5 kotak.. itu pun congak-congak macam tak cukup je lagi.. nak balik masa kenduri kawin kan.. sure ramai anak buah dan anak sepupu datang.. takkan nak bagi 2 kotak coklat je... mana cukup.. anak-anak buah aku lagik.. aduh.. lepas tu melangkah ke debenham semula.. akhirnya aku ke perfume shop.. aku memang takleh tengok kalau perfume tu murah.. sure tergoda.. itu pun dah mula membeli satu untuk aku.. dan 1 lagi aku belum putuskan sapa nak bagi.. adik ipar aku atau bakal biras aku.. atau adik perempuan aku.. nanti aku kira-kira semula.. itu belum lagi ke Boots untuk beli krim tangan sebab kulit aku dah mula gatal-gatal semula... mula je musim sejuk mulalah.. sensitif pulak kulit aku sekarang nie

Akhirnya setelah merasakan aku bakal patah bahu heheheh sebab bawak 5 kotak coklat yang hampir 2.5kg.. aku pun akhirnya putuskan masa untuk balik rumah.. dapat pulak sms dari pakwe suruh aku goreng paru malam nie.. adeihh.. balik kena masak ke.. buat-buat tanya lak kan.. kan..

Aku letak jelah gambar barang yang aku beli.. jangan jeles ekk.. kalau nak jeles pun silakan.. sila ler sila.. bersila terus pun boleh ;)



Coklat Cadbury Rose yang 5 kotak.. tak cukup nie..



Perfume.. sapa aku nak bagi nie ekk..



Semua barang yang aku beli..

10 comments:

azza_irah said...

iina..
jeless lee..
perfome tu murah eh sana...
kirimmm...

iina said...

azza.. murah tu kalau ada offer.. yang eternity moment CK 100ml tu baru 19.99pd.. kalau convert dalam RM120-130 kot.. yang elizabeth arden provocative 30ml (dgn lotion sekali 100ml) tu 9.99pd je.. dlm RM60-65.. sebenarnya kalau ada offer mmg murah giler pulak tu skrg nie tengah ada sale nk x'mas.. semua kedai dah mula jual perfume.. giler tengok tadi.. azza nk brand apa? nnti leh tgk2 kan..

julietchun said...

Perfume tak bertuan? Tak nak ckp ape2 lah :D Ko ni tak abih2 sopping, deepavali plak ke? Xmas lambat lagikk.

iina said...

juliet..

tuannya ada cuba belum diputuskan siapa.. nape ko nak jadi tuan dia ke.. weii sini walaupun blum xmas.. diorg dah jual brg2 utk xmas.. siap kira minggu lagik tau 11 weeks before xmas.. melambak2 dah coklat perfume baju.. kek. puding dijual utk xmas.. sini diorg lagik dahsyat.. sejak awal tahun lgik dah kumpul duit utk beli brg utk x'mas akhir tahun ..

shopping ler sebab aku kan nak balik nie takkan lenggang je .. aku tau ko jeles ;)

azza_irah said...

waaa...murahh...
elizabeth arden tuh wangi takk..

nak la iina...meh emel nnti azza emel iina...

Kaktiny said...

aku tahu cam mustahil.. tapi tak kira.. aku tak kira.. nak gakk..
nak gak..

Jemput Datang Beraya Rumah kaktiny pada 18.10.08 yer..

huhuhuuhuu... walaupun aku tahu harapan cam tipis jer.. hhuuhuhuhu

rindu kat ko weh..

Cikgooden said...

mula nak berenti baca dah..panjang beno n3 hang. sekali kena paksa tak jadi ha ha ha..upah aku baca habis ada ke?..mai la skit 'sebenia'...kata nak balik mesia kan.. ha ha ha (dgn muka tak malu)...John sihat?..

Enche' Adykasyah said...

Digital camera murah tak kat sana..? Last time ke UK.. Rasanya ada murah sikit barang electronik dia..

Tolong la survey..

julietchun said...

Tiap2 taun kena beli brg2 baru ke? Aku cpt bankrup la kalo dok sana ye,kensel Na, kompom kensel nih.

iina said...

azza> email sama ngan id kat blog nie @yahoo.com

provocative tu not bad bau dia.. kalau nak bgtau ler.. ada gak yang lain..

tiny> adeihh pesal ko buat awal.. aku 23hb tu dah sampai mesia ler.. tapi weekend tu aku tak leh p mana-mana pun sebab hantar adik ipar aku nikah.. ada masa nnti aku call ko bak meh aku no tepon ko.. nnti aku tepon ko masa smpi kat mesia

cikgu> hehehe terima kasih sebab setia baca sampai habis.. hadiah?? kena bagi ke?? apa nk bagi ekk.. scan gmbr coklat bg kat cikgu boleh ke ehehehe ;)

ady> akak tadi survey gak kedai camera.. but kena bgtau specifik brand apa nak sebab mmg ada sale skrg nie.. ko p kat website nie http://www.jessops.com/ ada price dia.. salah satu dari kedai lah.. kedai2 lain akak kena survey lain pulak

juliet> sini sebab xmas adalah celebration yg paling besar so mereka memang beraya sakan habis-habisan.. tukar baru ye kot.. kat sini aku tgk org hari2 p shopping.. penuh je city centre.. lagipun kalau gaji ko 2k atau 3 k dengan harga barang yg dlm £100 tu dah dpt macam2.. memang seronok ler beli.. kat mesia jgn harap ler.. aku ye gaji keje cleaner kalau convert dah nak sama dgn gaji aku kat mesia.. lgik aku buat 2 keje.. skrg aku dah nk berhenti keje ptg.. so income pun potong half je dah nie..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin