Hari ini bermula balik segala-galanya.. Hari sudah kembali sejuk.. suara aku pun serak dan garau dek penangan sakit tekak dan selsema.. batuk mula sekali sekala datang.. badan pun terasa lesu dan penat.. penangan beraya dan perubahan cuaca juga memain peranan.. apatah lagi kini heater di rumah sudah mula beroperasi hampir sepenuh masa.. menyebabkan simptom sakit tekak mula datang semula..
Cuaca pagi sudah terlalu sejuk.. aku sudah mula meninggalkan jaket nipis dan kembali memakai jaket tebal dan berbulu.. namun masih berjaya juga rasa sejuk itu menembusi ruangan yang terbuka.. entah berapa orang mula menegurku bila melihatkan ku mula memakai mafla kain tutup leher.. yang pasti soalan pertama yang ditanya.. "sejuk sungguh pagi ini".. aku terpaksa mula kembali memakai mafla itu apatah lagi suara yang sudah serak dan batuk mula berbunyi..
Pagi ini ketika ke tempat kerja aku baru tersedar pas bas aku sudah tamat tempohnya pada hari sabtu yang lepas.. aduhh.. kerana sibuk beraya menyebabkan aku tak perasan langsung.. balik kerja terpaksalah aku berpatah balik semula ke rumah dan mengambil pas bas untuk seminggu sahaja.. lagipun aku ada masa 2 minggu lebih sahaja sebelum balik.. mengambil pas bas untuk 4 minggu pastinya amat merugikan.. yang lebih mengejutkan jejaka pakistan di kedai dimana aku sering mengambil pas bas itu pun bertanya
"Sister.. you don't take 4 week pass bus anymore?"
Lantas aku jawab "well I have to go somewhere else in 2 weeks times" ku jawab dengan senyuman dan suara yang serak..
Perasan pulak mamat tu aku ambik pas bas seminggu je.. yelah kalau ambil 4 minggu buat rugi je kan..
Hari ini juga aku dapat tahu Suthanya membentangkan presentation studynya.. aku terima email dari group RD.. malangnya aku tidak ke CIS.. terpaksa mengemas rumah.. banyak juga benda-benda yang perlu dikemaskan dan disusun.. itupun masih ada yang masih perlu dikemas lagi..
Esok aku perlu selesaikan banyak perkara yang asyik bertangguh sejak cuti raya minggu lepas.. Kena rajin semula nie..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
8 comments:
balik jugak ke...lagi awal pulak tu huhuhu...berapa lama balik ni?
3 mggu je.. pakwe suruh aku balik.. tak boleh tidak.. ikut aku maleh je nak balik.. alah ko balik lgik lama dari aku pe
Ada orang dah mimpi dok mkn lemang & rendang made in Mesia tu.
selamat hari raya, akak nak balik bile???
juliet> lemang n rendang kat sini pun ada ;).. cuma aku teringat rendang yang ko buat.. so bila openhouse nie?? aku nk dtg
Kak long> akak balik hujung bulan nie.. kenduri kwin adik ipar akak..
Aku tak wat open house,sapa2 nak dtg aku terima ;D Aku kj dr pg sampi mlm Na, bkn mcm ko,kj 2-3jam bleh beli henpon canggih,isk..isk.
salam iina..
slamat ari raya..
skrg musim sejuk ke kat sana..
nnti azza amik kad tu ekk..
juliet> patut kalau keje dr pg smpi mlm lg byk duit ko. Nnti aku serbu umah ko k
Azza> dah sejuk skrg nie. Xtahan dh
Post a Comment