Tuesday, 14 October 2008

Ilham dan idea dimanakah?

Sudah beberapa hari ini aku seolah-olah tercari-cari dimanakah ilham dan idea ini.. kemana agaknya menghilang?? kemana pula ia bersembunyi.. kadang sukar benar mencarinya.. seolah berselindung disebalik sesuatu yang sukar untuk aku tembusi pandangan yang menghalangnya..

Sebenarnya ramai yang turut merasakan begitu.. perbualan tentang study Phd nie kalau duduk sehari suntuk pun takkan selesai.. semuanya ada masalah dan pencarian masing-masing begitulah aku..

Risau.. keliru.. bosan.. buntu.. semua itu ada dalam fikiran aku.. namun aku tetap berfikiran positif.. aku pasti dapat melaluinya.. pasti dapat meneruskannya.. pasti dapat menyelesaikannya.. cuma aku masih tercari-cari lagi.. kadangkala aku jadi cemburu juga dengan mereka yang seolah telah nampak bayangan pencarian mereka.. kadang aku juga inginkan semua ini selesai.. kadang aku turut bertanya juga.. untuk apa aku lalui semua ini.. namun aku tahu ini pilihan aku.. aku sendiri yang memilih jalan ini.. maka aku perlu bertanggungjawab sepenuhnya..

Semalam aku bertemu dengan Sudattha.. dia baru sahaja selesai viva PhD.. masih aku ingat lagi ketika aku melibatkan diri dengan final data evaluationnya pada awal tahun ini.. rasa baru sahaja ia berlaku.. kini dia sudah pun selesai dengan thesis PhDnya.. malah telah pun selesai viva.. dan katanya dia juga akan ke Australia penghujung tahun ini dengan kerjaya yang baru.. aku cemburu sungguh dengan mereka yang telah selesai ini.. satu demi satu teman sama department menyelesaikan thesis mereka.. aku?? harapanku cukup tinggi supaya aku dapat melaluinya.. namun pertemuan dengan George esok.. harapanku semuanya berjalan dengan baik.. namun masih ada kerisauan dalam hatiku.. cuba juga aku selesaikan mana yang dapat tapi ilham dan idea seolah buntu di situ..

Memang sesuai sangat aku berhenti kerja petang pada minggu ini.. lebih banyak tumpuan dapat aku berikan pada study sebenarnya.. Insyallah.. malah mood untuk bekerja petang pun sudah tidak ada.. ikutkan hati malas dah nak buat semua itu.. namun aku paksa juga diri sambil menghitung hari dan masa.. tak sabar rasanya nak semua ini selesai.. peliklah kan kalau minggu terakhir nak berhenti kita pulun tunjuk rajin pulak.. macam tak kena je kan.. sebab itu aku pulun tunjuk aku malas.. buat kerja pun antara nak dan tak nak je.. banyak lepak je.. buat pun mana yang dapat.. namun yang pasti semuanya bersih.. tidaklah sampai aku tak buat langsung.. dan kotoran tidak dibersihkan.. yang pasti semua aku buat.. tapi tidaklah tip-top bersihnya..

Apa juga aku ada 3 hari lagi di situ.. kadang rasa seperti terasa hati juga.. John pun seolah buat tak tahu je dengan aku.. agaknya sebab aku dah nak berhentikan.. tak taulah pulak kalau hari jumaat tu ada suprise untuk aku.. wahh aku mengharap ke nie?? entah-entah semasa saat terakhir aku melangkah keluar dari bangunan legal house itu takde seorang pun staf di level 1 hari itu... tak mengapalah.. mungkin nanti aku tinggalkan kad selamat tinggal dan pob (seperti kad security) keselamatan yang telah aku pegang selama 1 tahun.. bernombor 14.. yang selama ini aku simpan bersama kunci rumah dan kunci pintu masuk ke CIS.. pasti aku akan terasa kehilangannya..

Apa juga.. mata aku dah mula mengantuk.. rancangannya aku mahu bangun lebih awal sedikit esok hari.. mungkin dapat aku siapkan sedikit laporan untuk aku tunjukkan pada George...

Bila kena saat begini.. terus kenangan semasa menjadi supervisor untuk pelajar undergrad dan master datang sejenak dalam fikiran.. kini aku pula menjadi studentnya.. baru aku rasa perasaannya bagaimana.. namun selalu juga aku fikir.. dulu aku tidak pernah marah-marah student.. setiap pelajar yang datang pasti akan meninggalkan bilik aku dengan laporan atau bab yang telah disemak depan mata aku.. aku jarang sekali meminta pelajar meninggalkan laporan mereka dan aku semak kemudiannya.. aku lebih suka menyemak laporan atau bab yang mereka bawa depan mata mereka.. jika ada yang tidak aku fahami dapat aku tanya secara terus.. walau selama mana pun masa yang diambil aku pasti akan selesaikan pada hari itu juga.. ahh.. kenangan.. kenangan.. kini aku pula yang merasa debaran dan ketensionannya pula..

Ya Allah semoga ilham dan idea ku datang mencurah-curah esok.. mungkin sempat awal pagi nanti aku akan buat solat hajat.. hanya itu sahaja usahaku saat akhir begini..

Ya Allah permudahkanlah.. temuilah aku dengan apa yangku cari selama ini.. tunjukkan ku jalan dalam mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dinanti dan dikaji.. Amin..

10 comments:

Enche' Adykasyah said...

Amin ya Rahman, Amin ya Rahim ya zal jalaliwaliqram..

Kak Long said...

semoga akak berjaya, go go chaiyok!

julietchun said...

Aku pun aminkan doa ko ni,mg sumanye terlaksana seperti yg di rancang.

azza_irah said...

iina..
eternity atau elizabeth...
bgtau harga brapa..camna nak amik nnti..

jLo punya perfume..bape ek..
yg romanticnya..lupa nama apa..

azza_irah said...

iina..
dah send emel..dapat tak..

azza_autumn@yahoo.com

Laalaa said...

kak nak email bleh..
nk komen, yang akak shooping kat kedai Clark factory tak bleh

MiD \(^0 0^)/ said...

amin jugak
aku baca entry jgn mengeluh tu rasa sejuk ati..aku nak mitak izin leh copy paste letak kat blog aku tak..pasni ada problem tak payah nak meroyan2..

iina said...

ady> thanks..

kak long> insyallah.. thanks ye

juliet> amin.. terima kasih doakan aku

azza> nanti survey ekk.. email tu dpt nnti reply k

kucing hitam> akak tak faham soalan ler dik. xboleh shopping ke boleh?? konfius akak

midday> ko copy paste je.. aku dapat email tu dh lama.. terjumpa balik.. insaf n muhasabahh diri aku baca.. terlupa aku pun kdg2 mengeluh juga..

azza_irah said...

k..
tQ..

MARIA said...

Tokma hanya dapat mendoakan kejayaan iina nun dari jauh seberang lautan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin