Monday, 20 October 2008

Dari Highland ke Lautan 2


Kali ini aku ceritakan pengalaman perjalanan kami..

Laluan yang bertanda merah adalah laluan yang kami ikuti selama 2 hari..

Bermula dari Glasgow kami ke Fort william ke Inverness ke Nairn ke Eligin (dimana kami bermalam) kemudian kami meneruskan perjalanan ke Barnf ke Macduff kemudian ke Fraserburgh.. dan terus ke Aberdeen.. berhenti seketika menikmati pemandangan tepi laut aberdeen.. kami teruskan perjalanan ke Dundee.. berhenti untuk makan tengahari dan terus ke Glasgow kerana perlu mengejar jemputan beraya di 6 buah rumah.. namun hanya sempat kami pergi ke 5 buah rumah sahaja.. semuanya Alhamdullilah dapat kami penuhi.. walaupun sudah hampir lewat malam..

Kami bertolak dari Glasgow ke Fort William mengikut laluan Loch Lomond.. Setiap kali perjalanan ke highland kami rancang, pastinya aku akan pilih laluan ini samaada dalam perjalanan pergi atau balik.. kenapa? sebab pemandangan ketika melalui jalan ini amatlah menakjubkan

Dari Glasgow ke Loch Lomond melalui Tarbet.. ke Ardlui dan tiba ke Crianlarich yang merupakan simpang ke Highland menandakan akan bermulanya mendaki kawasan pergunungan..

Kami berhenti di sebuah simpangan di pergunungan.. ramai turut berhenti di sini mengambil gambar serta menikmati secawan kopi panas dan turut mengambil gambar bersama pakcik yang bermain begpipe.. pemandangan di sini sejauh mata memandang.. Sebenarnya pakwe ada niat kat sini.. dulu kami pernah singgah di sini 5 tahun yang lalu..

Kami teruskan perjalanan kami ke Fort William.. berhenti seketika untuk berehat dan makan tengahari..


Kami sempat juga berjalan di pekan kecilnya.. membeli air minuman buat bekalan tambahan..




Kebanyakan tulisan jalan di sini ditulis dalam bahasa Gaelic.. iaitu bahasa penduduk scotland..

Kami teruskan perjalanan kami ke Inverness.. sekadar melalui dan berhenti seketika.. lagipun aku sudah 4 kali bermalam di sini.. jadinya tidak ada sangat yang hendak kami cari lagi..

Maka kami teruskan perjalanan ke Nairn berhenti menikmati pemandangan tepi laut



Sambil melihat kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhannya..


Kami terus ke Eligin.. memandangkan sudah masuk maghrib.. kami putuskan untuk bermalam di sini

Akan aku sambung perjalanan kami hari kedua kemudian nanti..

7 comments:

Kak Long said...

telan air liur tgk pemandangan cantek....rezeki akak dpt sampai ke sana, nompang seronok ajelah gayanya saye ni

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Aduh! Jealousnya...

Salah satu impian saya yang masih belum tercapai ialah untuk memandu bersendirian mengikut route berkenaan.

Saya mungkin akan singgah berehat lama sedikit di Glencoe di antara Three Sisters peaks - teringat kisah kononnya tiada burung berkicau di situ kerana terlalu sedih dek 'massacre of the highlanders' by the Campbells ratusan tahun dahulu.

Paling jauh saya pernah pergi ialah ke Inverness.Teringat pernah berbuka puasa di depan Safeway di sana.

tq for berkongsi travel story ini.

Cikgooden said...

huih....syok nya.......

TQ post n3 camni....rasa macam dah sampai ke sana. Hajat hati cukup tinggi nak ke sana tapi tak kesampaian...

suka tengok pakcik tiup bagpipe...aku teringin nak cuba tiup. tapi la aku pakai skirt pulak..ha ha ha

iina said...

kak Long> Insyallah mana tau kan ada peluang utk ke sini pulak nanti.. kena ada niat kan

drbubbles> saya dah smpi ke glencoe.. cable car utk ke pergunungan dia jenis open air yang jenis kaki berjuntai yg hanya dihalang dengan sebatang besi.. sesiapa yg inginkan sesuatu yg mencabar boleh cuba naik cable car ini.. memang kawasan gunung ini sunyi.. tapi ramai yang suka ke sini

cikgu> cubalah tiup.. org sini tak panggil skrit.. panggil kilt.. marah diorg kalau sebut skrit tu hehhee.. tapi cikgu kalau pakai kilt nie.. dlm tu xde pakai apa2 dah open air je hehehehe.. berani ke try??

julietchun said...

Byk n3 ko aku tertgl yek,pegi mn aku nih? Adakah aku ikut ko melancong sm?

zura aini said...

waaaa........bestnya, bertuah iina dapat ke sana, saya nak sampai ke sana, kena pecah tabung ayam entah berapa kali ntah, ha, ha...........

Cikgooden said...

hah?. ..tak pakai apa apa?..open air ja?...isk isk..gila mat saleh ni...er.er..mungkin dorang pikir senang kut.....he he he

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin