Monday, 3 March 2008

Glasgow Snow kali kedua

Hari ini aku bangun dengan kepingan salji turun dengan lebatnya.. jalan dan bangunan dipenuhi dengan salji..





Ketika pakwe balik dari kerja.. aku diberitahu.. jalan penuh dengan salji yang memutih..


Kedengaran juga kenderaan jentolak dari council yang sibuk berkerja untuk membersihkan dan menolak salji ke tepi jalan bagi memudahkan kenderaan bergerak di jalan utama berhampiran rumahku..

Sebenarnya hari ini aku seperti malas untuk ke uni tapi mengenangkan temu janji dengan George hari ini pukul 11.00 pagi.. maka aku gagahkan juga.. ku telefon kak haizan tanyakan di mana dia?? rupanya dia ada kelas di department.. kelas tutorialnya.. selalu bila salji begini kak haizan pasti excited nak main salji.. bawa anak-anaknya.. semasa turunnya salji yang lepas.. anak-anaknya terlepas peluang kerana menghadiri kelas di sekolah malaysia..

Aku keluar rumah dengan keadaan hujan salji yang sudah reda.. maka aku ambil peluang tersebut untuk ke queen park..
Memandangkan rumah aku sememangnya hampir sangat dengan pintu masuknya maka aku ambil peluang itu tadi untuk mengambil gambar.. apatah lagi teringatkan pesanan seorang rakan.. macam dia tahu-tahu je hari ini salji turun.. minta aku tuliskan namanya di atas salji yang memutih.. teringatkan hasrat sidia.. so aku pun ke queen's park dan ambil gambar dengan namanya ku tulis di atas jalan yang dipenuhi salji.. biar terlaksana hajat dihati..




Rupanya sudah ada bunga-bunga dafodil kuning dan ungu tumbuh penuh di sekitar queen park.. tapi tertutup dipenuhi salji putih.. sempat jugalah mengambil gambar tadi..

Tepat pukul 11.00 tadi aku ke bilik George namun bila ku ketuk pintunya tiada jawapan... tertanya juga.. george lupa ke appointment hari ini.. mungkin juga stranded dalam train.. maklumlah salji turun dengan lebat hari ini.. lalu ku hantar email untuk appointment baru.. itulah gerak hatiku sudah mengatakan appointment hari ini seperti dibatalkan kerana tadi hatiku begitu berat sekali untuk ke uni.. tak mengapalah mungkin ada hikmahnya kan..

Saat ku tulis entri ini.. salji turun semula dengan lebatnya.. tadi semasa dalam perjalanan ke cis department.. hujan salji sudah berhenti.. dan kebanyakan jalan yang awalnya penuh dengan salji.. sudah mula mencair.. tapi kini.. salji turun kembali dengan lebat.. jika ia berterusan.. mungkin petang ini salji akan menjadi lebih tebal... kita tunggu sahaja nanti.. aku kini menunggu kak haizan , kelasnya tamat pada pukul 12.00tghri.. mungkin pulang untuk ambil gambar semula di queen park.. dan makan tengahari.. nanti ku sambung ceritaku di petang hari

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin