Saturday, 29 March 2008

Ayam Masak Kicap



Sejak balik kerja petang semalam.. selesai solat asar aku pun mula mengoreng ayam.. tak lama sejam selepas itu Jas pun turun tolong aku masak kuah kicap.. mula guna 3 periuk yang berlainan.. tiba-tiba teringatkan periuk besar yang pakwe beli bulan lepas.. apa lagi.. acara merasmikan periuk tu ler.. senang sekali masak je dalam periuk tu.. senang sikit..

Alhamdullilah dalam pukul 10.00 malam ayam masak kicap sudah pun siap dimasak.. bak kata pakwe.. alah masak kicap.. senang sangat.. eksen betul pakwe.. mentang-mentang bukan dia yang masak.. senang ler cakap.. hehehe

Pagi ni awal lagi dah panaskan lauk sambil masukkan kentang dan bawang potong.. alhamdullilah siap semuanya..

Tadi kami mula bungkus lauk.. tapi belum ikat lagi sebab masih awal lagi.. takut basi je.. sebab nak makan pun tenghari.. lagipun tunggu Izani dan Aishah datang ambil lauk tu.. so dalam pukul 9.30 nantilah mula mengikat lauk.. dan terus ke masjid al-farouk..




Lauk ayam masak kicap yang telah dibungkus.. tinggal ikat dan bawa ke Masjid

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin