Sunday, 2 March 2008

Ahad yang sejuk dan panas

Pagi ini aku bangun dengan kepanasan mentari menyinari ruang tamu dan bilik.. sungguh cerah dan panas hari ini.. semalam juga begitu namun hujan dipetangnya.. teringat juga yang pakwe mengajak ku ke blochairn sunday market.. namun apabila melihatkan rumah yang penuh bersepah.. karpet yang penuh dengan unsur-unsur yang kurang sedap mata memandang.. maka ku batalkan niat untuk keluar pagi ini.. apatah lagi mengenangkan tengahari juga aku akan keluar ke rumah kak Rai.. untuk jamuan hari jadi anak kak Naz..

Selesai memasak mee goreng.. dan membersihkan dapur sikit-sikit.. aku mulakan kerja dengan mengemas rumah.. vakum semua karpet yang ada.. maklumlah rumah karpet ye memenuhi setiap ruang rumah kecuali dapur dan bilik air.. mengenangkan bilik yang ada pun 3.. belum termasuk lagi ruang tamu dan dapur.. bila mula menvakum terasalah juga.. tapi sebab dah sememangnya kerja cleaner hari-hari.. setakat nak vakum karpet rumah tu.. alah bisa tegal biasalah.. dahlah karpet dibilik dan ruang hadapan adalah berwarna biru gelap.. segala anasir asing.. memang jelas kelihatan.. bila fikiran mula berserabut begini.. melihat rumah yang bersepah membuatkan aku jadi lebih berserabut.. maka mengemas rumah menjadi satu kemestian.. puas menvakum semua karpet... terutama bilik tidur.. disini kerana kita lebih kerap mandi dengan air panas.. rambut lebih kerap gugur.. dengan itu dalam bilik tidurlah tempat yang perlu divakum dengan lebih teliti.. kerana pasti gumpalan rambut ada dimana-mana.. dan kerana karpet yang berwarna biru gelap.. memang tidak kelihatan sangat gumpalan itu.. tapi bila mula menvakumnya.. siaplah.. pasti melekat dengan banyaknya..

Selesai.. hati dan fikiran yang berserabut.. tenang seketika.. melihatkan rumah yang lebih tersusun dan kemas.. begitulah aktiviti hujung minggu.. peluang untuk mengemas rumah.. vakum pun hanya seminggu sekali sahaja.. jika ada tetamu maka akan lebih kerap lagi..

Tengahari.. hari yang panas tadi menjadi suram semula dengan turunnya hujan yang gerimis.. setelah berjanji dengan kak haizan untuk ke rumah kak rai.. kami pun mula bergerak selepas zohor.. dan sampai ke rumah kak rai lebih kurang pukul 2.30 petang... puas jugalah makan macam-macam.. pulut kuning.. bbq rib.. kek.. nasi minyak.. mee goreng mamak kak rai.. nescafe ais.. sampai tak larat nak makan lagi.. kenyang sungguh alhamdullilah.. biasa bila ada jamuan begini memang kami akan makan betul-betul.. bukan apa mengenangkan orang yang memasaknya.. dahlah semalaman memasak.. lepas tu jika tidak dimakan.. kesian pada tuan rumah.. biasalah.. aku juga sering buat jamuan.. dan memang selalu memasak.. memang akan terasa hati jika makanan yang dimasak.. tidak habis.. apatah lagi jika kita mula memasak sejak awal malam.. lagipun aku pun dah lama tak ke rumah kak rai.. memang ambil peluang ini untuk berjumpa rakan..

Sambil menyenduk lauk.. kak Pah tegur aku... katanya.. anak-anaknya beritahu mengenai kelas bahasa melayu yang aku ajar semalam.. (2 orang anak kak pah adalah student aku) beria-ria mereka memaksa kak pah untuk memujukku untuk terus mengajar mereka.. katanya kelas mereka semalam seronok sekali... aku hanya mampu tersenyum dan ketawa.. memanglah semalam terdengar mereka berkata sesama mereka.. masa 2 jam kelas dirasakan berlalu begitu sekejap sekali.. aku juga terdengar mereka berkata.. hari ini mereka belajar banyak perkara.. dalam sosek-sosek sesama mereka aku sempat juga pasang telinga .. heheheh...

Kak Pah beritahu aku yang akhirnya dia terpaksa menerangkan pada mereka yang aku hanya guru sementara sahaja.. siap beritahu lagi.. yelah cikgu Lina tu pensyarah... mana nak sama dengan guru biasa.. lagi lucu pulak aku mendengarnya namun aku tahu kak pah sudah lama sedia maklum dengan pendirianku awal dahulu.. aku hanya guru backup.. jika guru tetap yang ada.. mempunyai masalah untuk mengajar barulah aku akan datang untuk mengajar mereka.. untuk menjadikannya komitmen utama.. entahlah.. mungkin kemudian aku akan fikirkan.. jika keadaan terdesak.. dan jika sudah tidak ada guru yang dapat mengambil tugas berkenaan secara tetap..

Namun kata-kata itu tadi.. membuatkan aku terfikir.. bukanlah aku rasa bangga diri dengan pujian tadi.. malah aku kata dengan kak pah.. biarlah saya ajar sekali sekala.. kalau selalu nanti boring pulak.. sambil disambut oleh kak pah dengan senyuman.. memanglah seronok mengajar ini.. namun.. kadang aku juga bimbang.. yang seronok itu mungkin tidak lama.. namun mendengar komen begitu bukan asing padaku.. alhamdullilah jika mereka yang menerima ilmu dariku merasakan mereka selesa dan seronok dengan apa yang aku sampaikan.. kerana itulah niatku.. syukur.. sekurangnya aku dapat menyampaikan ilmu.. dan insyallah ilmu itu akan mereka gunakan sebaiknya..

Balik dari rumah kak rai.. hari menjadi suram dan mendung... inginku ajak pakwe ke queen park.. namun kerana cuaca menjadi bertambah sejuk pula.. maka ku batalkan hasrat dan hanya sekadar melepak di rumah.. bagus juga hari untuk merehatkan diri.. esok.. bermula kembali tugasan yang perlu diselesaikan..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin