Sunday, 2 March 2008

Selamat Tinggal Musim Sejuk

Kini musim sejuk.. winter mula meninggalkan kami.. namun sejuk dan hujan saban hari pula yang datang menimpa.. Namun musim bunga sudah mula menunjukkan muka.. bunga-bunga putih kuning dan ungu mula nampak hadir dicelah-celah rumput yang hijau.. seronok.. dan teruja.. Pepohon yang dulunya hitam rantingnya.. tanpa sehelai daun akan mula menampakkan kehijauan.. betapa pantasnya masa berlalu.. kini musim bunga sudah tiba..

Sejak 3 minggu ini aku kerap membeli bunga tulip... sejak hadirnya hari valentine.. pada 14 februari yang lalu.. sehari sebelum hari tersebut.. aku sudah mula membeli bunga tulip dan diletakkan dipasu bunga.. setiap seminggu bunga itu akan ku ganti dengan bunga tulip yang baru.. dari warna pink.. merah kuning.. merah gelap dan kini ungu.. menghiasi ruang tamu.. sampai ditegur orang.. rajin kak ina hias rumah dengan bunga.. emmm.. entahlah kenapa.. tapi mungkin untuk menyambut kehadiran musim bunga tahun ini..

Aku masih belum sempat untuk ke queens park pada musim bunga ini..
Pastinya banyak bunga-bunga yang kini mula mekar dan berkembang.. sayangnya jika ia tidak dirakamkan dengan lensa kamera.. nantilah bila ada kelapangan masa.. akan ku luangkan masa untuk mengambil gambar.. Aku hanya sempat merakamkan semasa musim gugur dan sejuk yang lalu..

Tadi semasa mengemaskini blog ini.. ku letakkan gambar pemandangan yang ku rakamkan semasa ke Inverness tempoh hari.. Dalam melalui gunung ganang.. atau dikenali sebagai highland di sini.. betapa indahnya musim sejuk ketika itu.. dengan salji yang bertompok-tompok nun dipuncaknya.. dan masih juga aku ingat bagaimana.. pemandangan yang sama ku lihat semasa musim gugur yang lalu..

Setiap musim pemandangan berbeza.. mungkin.. aku akan kembali lagi ke sana musim panas akan datang..





Selamat datang musim bunga.. agar ia menceriakan hati.. dan selamat tinggal musim sejuk.. hingga berjumpa lagi.. november nanti..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin