Thursday 6 March 2008

Demam Pilihanraya

Sudah seminggu ini aku terima pelbagai email berkenaan dengan pilihanraya yang akan berlangsung pada hari sabtu ini.. macam-macam jenis email yang diterima.. kebanyakan mengutuk dan mengungkit tindakan kerajaan yang ada sekarang ini.. dengan pelbagai cerita.. propaganda dan isu..

Aku hanya sekadar membaca sahaja.. dan nampaknya kali ini kebangkitan kaum tentang pemimpin yang seharusnya dipilih mula nampak ketara.. katanya mereka mahukan yang terbaik dan sudah mula bosan dengan kepimpinan yang ada.. tapi peliknya.. hanya sesetengah parti sahaja yang nampak ketara menghantar pelbagai email ini.. mengungkit perkara-perkara yang lepas..

Aku bukanlah menyokong pembangkang dan mengatakan kepimpinan yang ada tidak betul.. malah aku juga tidak mengatakan kepimpinan yang ada juga betul.. ada sesetengah pemimpin.. baik dari pembangkang atau kerajaan adalah pemimpin yang baik.. dan juga ada yang sebaliknya.. siapa yang aku akan pilih.. undi adalah rahsiakan.. tapi dalam demam pilihanraya ini aku mula risau juga.. walau siapa yang dipilih nanti.. harapnya ia adalah keputusan yang terbaik yang dibuat oleh rakyat Malaysia..

Tunaikan tanggungjawab kita kepada negara.. kerana Malaysia adalah negara kita.. kita mencari rezeki.. dan berpeluang hidup dengan aman.. dan bagi aku juga berpeluang untuk sambung belajar di luar negara kerana ada biasiswa yang diberikan oleh kerajaan.. negara kita tanggungjawab kita.. bangsa kita.. dan kehendak kita..

Selamat mengundi.. dan menunaikan tanggungjawab kepada negara.. insyallah

3 comments:

Anonymous said...

ko ngundi kat mana?hehehe... ada kwn aku dok kat filipina, p undi kat embassy. esok x sure lg mcm mana. may b p undi, may b dak. hehehe..... karang x bertanggungjwb pulak kan. aku dh daftar undi kat sec 6 ni aje. mmg x perlu blk kg pun. BTW, aku ada tinggaikan offline msg YM kat YM id ko. Nnt check la. Ko jgn terkejut baca dah la.

iina said...

Undi pos jelah.. tapi aku maybe tak undi pun sebab borang undi limited.. boleh undi kat embassy london.. tapi jauh sangat.. sekarang ini setiap isnin aku kena jumpa supervisor aku.. so weekend takleh nak gerak mana-mana.. aku dah baca ym ko.. nanti kita story weekend nie..

Anonymous said...

Selamat mengundi

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin