Sunday, 3 May 2009

Selamat Tinggal Istanbul

Alhamdullilah.. Syukur kepada Allah s.w.t

Perjalanan kembara selama 6 hari.. (5 hari di Istanbul dan semalam di London Luton) berjalan dengan lancar, selamat dan mudah.. Terasa sekejap sahaja masa berlalu.. dan seketika aku terlupa dengan semua perkara di Glasgow.. Kembara ini sungguh mengasyikkan.. dan hanya makanan sahaja yang membuatkan kami agak kurang selesa

Kembara ini punya makna yang sukar untuk diungkapkan.. Melihatkan bandar Istanbul yang padat dengan bilangan penduduk seramai 11 juta itu sudah cukup menyesakkan pandangan buat seketika.. bunyi hon kereta yang bertalu-talu tanpa henti.. merupakan perkara biasa di sana.. bingit sebentar rasanya telinga untuk membiasakan diri dengan situasi yang cukup hingar bigar..
Selama 4 hari itu juga kami makan sarapan dengan roti keras, tomato, timun, cheese dan salami(hanya pada hari pertama sahaja).. Paksa jugalah diri untuk menerima makanan yang keras itu.. dan merata-merata jugalah.. kedai-kedai kebab.. di sana sini.. dan kami mula kebulur dengan nasi masuk hari kedua.. kerana perut sudah tidak boleh tahan lagi dengan roti keras yang disajikan..



Apa juga.. tetap seronok kerana kedudukan kawasan Sultanahmet dan Sirkeci yang berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah..

Di sini juga hampir setiap jalan ada masjid yang beratus tahun usianya.. Bila sahaja masuknya waktu solat.. pastinya akan kedengaran laungan azan yang bertalu-talu datangnya dari semua masjid yang berhampiran.. bayangkan hampir setiap jalan ada masjid.. baik yang besar atau yang kecil.. mudah sungguh untuk menunaikan solat.. hanya tempat wuduk untuk wanita yang tidak ada.. terpaksa kami mengambil wuduk di tandas berhampiran..

Namun yang pasti senibina masjid itu cukup indah.. sejenak mata terpukau melihatkan indahnya ukiran ayat-ayat Al-Quran..

Ribuan bunga-bunga tulip juga kelihatan di merata jalan di bandar Istanbul.. malah ditepi-tepi jalan kecil juga ada bunga-bunga ini.. Bak kata seorang rakan.. kalah Amsterdam yang terkenal dengan Festival Bunga Tulip di keukenhof garden.. Di Amsterdam bunga-bunga tulip ini hanya kelihatan banyak di taman itu.. tapi di Istanbul.. bunga tulip boleh dilihat di mana-mana sekitar bandarnya..
Insyallah akan aku coretkan serba sedikit setiap tempat yang kami lawati..

Aku mahu berehat..

Selamat bekerja esok hari untuk warga Malaysia.. dan aku masih bercuti lagi esok.. 'bank holiday'

'Gule-Gule'

9 comments:

Tijah said...

istanbul je ke? tak singgah isketambola? hikhik

iina said...

Tijah

Ado.. den tgk kek jauh yo.. ado kek atas bukit .. berbentuk cendawan tuh.. ado.. nape?? ekau nk makan isi ketam ko??

faqir said...

..teringat aku pada kisah perempuan tua dan tulip..uhuhhu sedihnya

julietchun said...

tulip tu macam plastik jer

fa10 said...

sy suka gmbr budak2 posing kat tepi tulip tu..nnt nak suruh anak sy posing cam gitu la..tp kat edinburgh x byk tulip la

ibundo said...

akak ado gak borangan nak gi istanbul. tapi borangan yo lah. ntah bilo sampai agak e.

iina said...

Faqir

kisah apa tuh?

Juliet

Apa lak plastik.. bunga betul ler

fa10

;) diorg yang sakan berlari2 kat taman tuh.. siap kena paksa posing lagik

Kak Pah

Bukan kek mesia ado org yg buek traveling poei istanbul ko?? raso2 e ado byk kan.. mana tau kak sok2 ado peluang poei yolah kak jln2 ;)

kakpiah said...

kak..
adeh..
aku kan..
adehh..
bestnyer ko kak...
bila la aku buleh jejak kaki ke negara2 org ni yer kak?
tingin sesangat..
tapi cam mostahil sesangat..
uhuks!

aNIe said...

iina..cantik2 bunga tulip tu ye...terasa sejuk mata memandang warna2 bunga tulip yang cantik2 tu

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin