Monday 27 April 2009

Kaki melangkah mengembara lagi


Aku akan kembali mengembara selama 5 hari..
Kali ini kembara agak panjang harinya berbanding dengan 2 kembara sebelum ini..

Perjalanan kembara ini telah dirancang lebih awal sejak tahun lepas lagi.. dan merupakan perancangan kembara yang pertama sebelum kembara pertama (ke Andalusia) dan kedua (Norway, Sweden & Denmark).

Selepas ini pengembaraan akan diberhentikan buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada kembara perjuangan pengajian yang semakin suntuk dan perlukan lebih tumpuan sepenuhnya.. Insyallah.. (kalau tetiba ada kembara lagi.. heheheh itu antara perancangan yang tidak dapat dielakkan)

Petang tadi aku sudah mula mencetak serba sedikit segala maklumat yang diperlukan hingga kepala otak aku sendiri sudah agak tepu untuk menerima semua maklumat-maklumat yang perlu dijanakan oleh pemproses fikiran..

Apa jua.. doakan perjalanan kembaraku kali ini.. Selamat pergi dan kembalinya.. Insyallah..

Akan aku susuli coretan pengembaraan selepas aku pulang nanti ya.. Kali ini aku tinggalkan notebook Asus ku sepenuhnya di Glasgow.. Mahu menikmati kembara kali ini dengan penuh keseronokan dan kekaguman pada senibina islam zaman Ottomen..

Istanbul.. aku datang menemuimu esok..


Jumpa lagi ya.. Blog ini akan sepi lagi buat sementara waktu..

Dalam pada itu.. Jaga diri.. Jaga kesihatan..

Senyum selalu.. 'Gule-gule (bye-bye)'
..

13 comments:

ibundo said...

nak itut...nak itut...

iina said...

Kak Pah

Jom kak.. jom.. den nak poei tido dulu.. jap gik nak bgn goreng sardin roll.. ngantuks dah..

DUN Behrang 2020 said...

Mak aiii...kembaro yo lah kojo yo...ni yg jeles nih...den pun potang ni nk kembaro gak..kembaro keliling taman...

julietchun said...

Sampaikan salam hamba pada romeo Istanbul,kekeke.

Asmida Ismail said...

holoh...asik kembara je k ina ni. Ni yg den jeles nih. Muat ke masuk sorang lagik dlm beg tuh? Badan i boleh lipat2 tau, kak.

Mak Su said...

selamat berjalan lagi, nanti letak gambar2, boleh maksu lawat secara virtual pula, gule-gule

jgn bnyk sgt mkn gula gula :D

KTS said...

haaaiiiihhhh...

mengembara lagi makcik ni...

bila nak bawak aku plak????? :)

nahmy said...

kembaralah...dlm seribu erti, mencari erti & memberikan erti.

Cikgooden said...

selamat jalan...pasni letak gambor cantik2 tau...





gambor bawah selimut jgn la kao letak...aku rasa len ...ha ha ha

jane said...

mana puan x hapdet2 lagik nih....!!!

iina said...

Dun

Jgn jeles. Silalah kembara sama kembara tasik sg laut. Semua boleh.

Juliet

Aku lupa nk kim salam. Tp ada sorg mmt Istanbul nk dtg keje kat kl bln dpn. Nak kenal ke?

Asmida

Akak xlipat. Gulung jek. Hehe

KTS

Klu bwk ko, aku bwk kembara p blkg umah aku jek.

Maksu

Xmkn gula2 tp mkn Turkish delight jek.

Nahmy

Insyallah. Thanks. Setiap kembara membawa erti.

Cikgooden

Gmbr bwh selimut xde. Bwh bunga tulip ada.

Jane

Nie baru smpi London. Xsmpi 2jam lg. Esok baru blik ke Glasgow. Baru dpt nk check email n blog. Letih tapi best.

iina said...
This comment has been removed by the author.
SRISUFI said...

Sungguh cemburu melanda ni kakak. Akak, lamanya tak dengar khabar? Semestinya akak sihat aje kan..


~kawan saya Dublin akan balik 10 mei kak. Syukur atas bantuan banyak pihak dan doa kalian semua.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin