Monday 11 May 2009

Membeli keajaiban


Satu kisah buat renungan..

Sally baru berumur sebelas tahun ketika dia mendengar ibu dan ayahnya sedang berbincang mengenai adik lelakinya, Georgi. Ia sedang menderita sakit yang parah dan mereka telah melakukan semua yang terdaya oleh mereka untuk menyelamatkan adiknya. Hanya pembedahan yang sangat mahal satu-satunya harapan untuk menyelamatkan Georgi.

Tapi mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk membiayai pembedahan itu. Sally mendengar ayahnya berbisik, "Hanya keajaiban yang sahaja yang mampu membantu kita sekarang."

Sally kembali ke tempat tidur dan mengambil bekas tabungan dari tempat persembunyiannya. Lalu dikeluarkan semua isi tabung tersebut dan ditaburkan ke lantai lantas dia menghitungnya secara perlahan, tiga kali. Jumlahnya harus benar-benar tepat.

Dengan membawa wang tersebut, Sally menyelinap keluar dan pergi ke kedai ubat di sudut jalan. Ia menunggu dengan sabar hingga tuan kedai itu tidak sibuk. Namun dia terlalu sibuk dengan orang lain dan langsung tidak mempedulikannya.

Sally berusaha menarik perhatiannya dengan menggoyang-goyangkan kakinya, tapi gagal. Akhirnya dia mengambil wang siling dan melemparkannya ke kaca tingkap. Berhasil!

"Apa yang kamu perlukan?" tanya lelaki tersebut dengan suara marah. "Saya sedang bercakap dengan pelanggan saya."

"Tapi, saya ingin berbicara dengan pakcik mengenai adik saya" Sally menjawab dengan nada yang sama. "Dia sakit... dan saya ingin membeli keajaiban."

"Boleh kamu ulang sekali lagi?," tanya lelaki itu lagi.

"Ayah saya mengatakan hanya keajaiban sahaja yang dapat menyelamatkan adik saya sekarang... jadi berapakah harga keajaiban itu ?"

"Kami tidak menjual keajaiban. Saya tidak dapat menolong."

"Begini, saya mempunyai wang untuk membelinya. Katakan saja berapa harganya." kata Sally.

Secara tiba-tiba, masuklah seorang jejaka berpakaian kemas yang terdengar perbualan itu dan terus bertanya, "Keajaiban jenis apa yang diperlukan oleh adikmu?"

"Saya tidak tahu," jawab Sally.

Air mata mulai menetes di pipinya. "Saya hanya tahu dia sakit dan ayah mengatakan bahawa dia perlu dibedah. Tapi kedua orang tua saya tidak mampu membayarnya... tapi saya ada sedikit wang."

"Berapa wang yang kamu ada ?" tanya jejaka itu lagi.

"Satu dollar dan sebelas sen," jawab Sally dengan bangga. "Dan itulah jumlah wang yang saya ada di dunia ini."

"Wah, kebetulan sekali," kata jejaka itu sambil tersenyum.

"Satu dollar dan sebelas sen... harga yang tepat untuk membeli keajaiban yang dapat menolong adikmu".

Dia mengambil wang tersebut dan kemudian memegang tangan Sally sambil berkata: "Bawalah saya kepada adikmu. Saya ingin bertemu dengannya dan juga orang tuamu."

Jejaka itu adalah Dr. Carlton Armstrong, seorang ahli bedah terkenal. Pembedahan dilakukannya tanpa sebarang kos pembiayaan. Pembedahan itu berjaya dan Georgi akan dapat pulang ke rumah dalam masa terdekat. Kedua orang tuanya berasa amat bersyukur kerana mendapatkan keajaiban sebegitu.

"Pembedahan itu," bisik ibunya, "adalah satu keajaiban. Saya tidak dapat membayangkan berapakah harganya".

Sally tersenyum. Dia amat pasti berapakah harga keajaiban tersebut, satu dollar dan sebelas sen... ditambah dengan keyakinan.

Keajaiban.. Ya semua orang pastinya mahukan keajaiban berlaku dalam hidup mereka.. sudah tentu sesuatu yang ajaib itu adalah menyeronokkan.. dan tidak kurangnya ada juga yang menyedihkan.. Namun selalunya keajaiban sering dikaitkan dengan keseronokan atau keinginan yang mahu dimakbulkan ketika itu juga.. keinginan yang indah-indah.. yang mampu menjadikan kita bahgia (walau hanya seketika?)

Kesimpulan kisah tadi?? Tafsirlah sendiri.. kadangkala kebaikan datang dalam bentuk yang tidak kita sangkakan.. kadang keburukan yang kita sangka memporak perandakan dan cukup membebankan itu, kadangkala merupakan satu kebaikan besar dimasa akan datang..


Things happen for a reason..

Now I'm starting to understand.. Why those things happen.. I'm glad that it happen ;)

Goodbye.. Adios


10 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Yakinlah...setiap kejadian itu ada hikmahnya...dan itulah yg dinamakan keajaiban!

SRISUFI said...

Salam kakak...sri akan datang utk baca kisah ni sekali lagi

Tijah said...

ok. dlm purse aku ada rm6.70 skrg. agak2 dapat tak tefal sebijik kalu aku pegi jusco skrg nih?

yaa...yakin tijah! yakinnnn...

iina said...

Dun

betul tuh.. setiap yang terjadi ada hikmah dan ajaibnya ;)

Sri

No prob sis ;)

Tijah

wahh sungguh ajaib.. miracle.. cehh.. pesal tefal yo.. pyrex, vision, royal albert ko tak nak sekali? ahaks

Mak Su said...

keajaiban kasih sayang adalah sangat luas.

iina said...

Maksu

Ya keajaiban kasih sayang cinta seluas alam ciptaan tuhan.. terutama cinta kita pada tuhan yang maha kuasa ;)

Ungku Nor said...

betul tu Na,
hatta seekor nyamuk itu dicipta oleh YaRabb pun kerana ia punyai tugasnya yang tersendiri di atas dunia ni.

iina said...

Kak ungku

betul tuh kak.. semua benda bernyawa ada tujuan ia di ciptakan ;)

lupekanje said...

keajaiban itu anugerah Tuhan yang diharapkan setiap insan utk menjadi penyelesaian kepada segala kesulitan.

iina said...

Acik

yo cik.. den setuju yo.. setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin