Sambungan kembara ke Istanbul.. ;)
Hari ke empat kami.. selesai sarapan pagi.. kami mula bergerak untuk masuk ke 'Hagia Sophia' atau juga dikenali sebagai Aya Sophia. Merupakan sebuah gereja zaman byzantine dan telah diubahsuai kepada masjid pada pemerintahan sultan mahmet 1 dan semasa pemerintahan Kamal Atartuk ia telah diwartakan sebagai muzium.
Layan jelah gambar ya.. Maleh dah nak story heheheh ;)
Hagia Sophia dari jauh
Pintu Masuk ke Hagia Sophia/Aya Sophia (sama jek.. satu dalam english.. lagik satu dalam turkish)
Senibina islam dan kristian silih berganti
Kelihatan jelas tanda salit dipadamkan dan diganti dengan lakaran
Masih terdapat beberapa sudut Hagia Sophia ini terdapat gambar-gambar bercirikan kristian
Antara photo pameran di situ
Menuju ke deretan kapal 'turyol' untuk mengelilingi selat bophorus, bayar 9 lira sahaja. Masa hampir 2 jam perjalanan
layan diri lihat lautan, air, bot, bangunan, kapal dan terik matahari.. Tiba-tiba jek terasa panas.. semua dah mengelat.. Maklumlah dah lama sangat duduk tempat sejuk ;)
Memang seronok melihat pemandangan luas terbentang
Singgah untuk solat Zohor & Asar di masjid berhampiran Spice Bazaar
Antara gerai-gerai yang ada di sini.. Nak apa?? semua ada.. tinggal cari dan pandai-pandailah tawar menawar
Kami singgah di grand bazaar untuk membeli barangan cenderamata untuk dibawa pulang.. Masa ni borong tak ingat dunia sekejap.. Pashmina.. tudung.. uihh usah dikira berapa yang dibeli.. siap ada yang kirim gik ;)
Semua kedai di grand bazzar ini tutup pada pukul 7 petang, kebetulan kami masih berada dalam bazaar itu hingga lewat pukul 7.. masa itu tawar pun diorang bagi jek harga yang kami minta sebab diorg dah nak tutup kedai.. tapi letih menawar.. penat ooo.. siap bertekak sekejap gak ler.. tak nak bagi harga yang diminta. blah terus.. tau-tau jek terus kena pujuk dan bagi harga tu terus.. hehehehe.. strategik..
Apa juga jika hendak membeli cenderamata yang murah.. eloklah ke kawasan Sirkeci kerana di sana anda boleh dapat dengan harga yang lebih murah.. cuma kadangkala rekabentuknya mungkin agak terhad sedikit.. tapi berganda murah daripada di Grand bazaar.. sebab kebanyakan penjualnya sudah maklum bahawa pelancong pastinya ramai berkunjung ke sana dan awal-awal lagi mereka dah letak harga yang tinggi..
Pashmina yang awalnya diletak harga 20 lira.. tawar boleh dapat 10 lira jek.. ada yang letak 35 lira.. terus dapat 15 lira.. itu pun setelah bergerak ke kedai lain.. barulah dapat harga tuh.. tensen betul.. penat nak bercakap dan bertegas nak harga tuh juga.. Yang pasti.. lampu meja kami dapat harga yang agak murah.. hampir 30% murah dari harga asal.. itu pun semasa pembantu itu membalut lampu itu entah berapa kali dia mengomel kecil katanya kami dapat dengan harga yang amat murah.. cukup-cukup je kos buatan.. hahahah.. ada kami kisah.. yang penting dapat dengan harga yang kami minta.. oklah.. sebab kedai lain puas tawar harga tuh.. susah betul nak dapat ;)
Kembara hari ke empat selesai dengan acara membeli belah.. dan esoknya kami akan bertolak pulang ke Glasgow dan perancangan paginya kami akan ke grand bazaar semula untuk membeli barangan yang tak sempat di beli petang sebelumnya.
Akan aku sambung cerita kembara hari kelima nanti ya..

9 comments:
Cantik lah. kpah nak morengek mo atuk ni ajak poi. wakaka..
Kalau nak tawar monawar ni memang cam tu. Kito tawar gilo-gilo peh tu buek-buek tak nak kalau dio tak bagi. gerenti dapek punyo. Just bayangkan hargo sobona e barang tu kan? kalau tak untung takkan dio bagi hargo yang kito mintak tu.
mmg icam nak p je!!
kira ko hebat gak dlm tawar menawar ni.Ko ade hembus2 skit kat penjual tu ke,hehehe.
bestnyerr jalan jalanss turki tewww..
Entah bila lah nak merase...
Tapi sekurang-kurangnya, cerita kengkawan boleh jugak mengubat rasa 'teringin' tu...
Kak Pah
Yo botul tuh kak.. yg best maso den kek 1 kedai nie.. ada beg nie ahh.. eloklah kalau nak bg omak bawak isi kain telekung p masjid..mula2 dia letak 25.. peh tuh den wat xtau yo.. dio lotak lak 20.. peh tuh den wat xtau jek.. sebab masa tuh tgh tggu member tgh pilih beg.. pastu dia turun 15.. aikk cam magik yo.. peh tuh mulalah den tawar menawar.. mintak 12 dia xbg.. peh tuh den beli 3.. dpt 35.. lbih kurang 11lira lebih yo.. ahahahha.. lawak jelah..
Joe
Pergi jelah takyah dah fikir2 ;)
Juliet
hehehehe ada gak aku hembus2.. tapi so far semua harga yg aku mintak dapat jugalah ;)
yg insaf
mmg best ;) poket pun best gak ;)
Cikgu ein
;) semua bermula dengan keinginan.. pastu mana tahu keinginaan jadi kenyataan dengan usaha lebih sedikit ;)
bangunan lama lama kat sana mmg dorang pelihara betuii no?...kita pun kena ambil usaha macam tu gak la.....
sejarah tak pernah tipukan..
Salam my sis yang selalu best..
akak..teruskan mengisi ruang ini dengan pengalaman akak....sangat bermanfaat buat sri kak...(menulis). Terima kasih buat kakak...terima kasih kerana sentiasa ada bersama sri.
semoga sihat ye kakak
cikgooden
sejarah tak pernah tipu.. tapi ada juga yang memalsukan sejarah dan tidak belajar dari sejarah.. kembara ini pun cara kita muhasabah diri juga ;)
Sri
Sahabat yang baik akan sentiasa ada di sisi.. dan sentiasa menjaga hati.. insyallah.. dan semoga sri juga sentiasa sihat dan kekal tabah kuat ya
Post a Comment