BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh dunia.. juga buat semua bakal-bakal guru.. bekas-bekas guru.. dan yang masih bergelar guru.. pensyarah.. tenaga pengajar..
Juga buat semua sahabat yang bergelar guru
di Sekolah Malaysia Glasgow..
Semoga semua usaha murni kita mendapat keredhaannya..
Buat semua sahabat di tanahair yang mengajar dan mendidik bakal-bakal guru..
Terutama di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi UPSI..
Tak lupa juga buat semua anak didik yang kini berada di merata pelusuk negara..
Selamat berbakti mendidik anak bangsa..
Selamat Hari Guru buat kalian semua..
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

5 comments:
selamat hari guru!!
hadiah aku dah sampai ke belum??
.
.
.
.
.
.
hah? belum??
errr... lupa...
ko tak bagi alamat.. camana nak anta :D
selamat hari guru pada ina. Gurulah kepala kepada semua profession.
KTS
hadiah?? ko cakap jek.. belum tentu sampai kalau bg alamat pun
Kak Pah
Selamat hari guru juga untuk kak pah.. betul tuh kak.. guru sentiasa kita kenang sampai bila-bila
selamat hari guru utk iina.
moga panjang umuq dan boleh berjumpa lagi..
ceh!..macam majlis perpisahan la pulak..
ha ha ha...
Cikgooden
Selamat hari guru.. hehehehe insyallah.. jika panjang umur.. dan diizinkan pertemuan ;)
Post a Comment