Saturday, 9 May 2009

Glemerkah aku?


Hahahaha... aku terkejut sungguh bila ada orang kata aku gile glemer.. kata aku ramai peminat.. kata aku sibuk dengan peminat-peminat yang sering datang ke blog aku.. lebih suka layan peminat blog ini...

Entah dari mana datang idea gila ini???? Tak pernah pun terlintas di kepala aku nak cari glemer.. sebab setahu akulah.. ramai yang ada blog bukan antara sebab nak glemer kan diri.. kebanyakannya punya blog untuk suka-suka.. untuk kongsi ilmu dan pendapat.. untuk luahkan perasaan.. untuk kongsi resepi dan masakan.. kongsi aktiviti seharian seolah jurnal peribadi.. mungkin ada yang nak cari peminat dan glemer.. tapi aku??? tak perlu semua itu.. nak glemer buat apa?? bukan dapat hadiah atau trofi anugerah pun.. walaupun sememangnya banyak juga award yang aku terima dari kawan-kawan tapi aku tahu mereka ikhlas atas dasar sahabat.. dan aku hargai setiap suatunya..

Blog aku ini tidak ada pengikut yang beratus-ratus seperti orang lain.. hahahaha.. tapi aku juga pasti pembaca senyapnya ramai.. sebab ada sesetengah mereka yang pernah aku jumpa di sini.. sesetengahnya juga suka singgah ke sini sekadar untuk melayan lagu-lagu melayu yang sering berkumandangan di sini.. dan sekali sekala ambil peluang membaca apa yang aku coretkan..

Cuma bila tuduhan demi tuduhan.. datang bertalu-talu.. aku kecewa.. aku sedih sebab datang dari mereka yang selama ini aku anggap rakan.. sahabat.. yang aku kira sudah cukup memahami siapa aku.. yang juga telah aku kenali bukan sebulan dua.. tapi bertahun lamanya..

Apa salah aku ya?? Salah kerana aku punya blog dan sering dikunjungi rakan-rakan dan pembaca senyap?? Salah kerana kadangkala aku menjawab komen-komen mereka yang selalunya cukup gila-gila.. lawak.. selamba.. berkongsi rasa?

Selalunya aku malas nak melayan memikirkan perkara yang remeh temeh begini.. tapi kali ini kesabaran aku sudah sampai penghujungnya... Dulu mungkin aku boleh memaafkan segala kata-katanya.. kini.. aku perlukan masa kerana tuduhan demi tuduhan dia sudah melampaui batasan kesabaran aku..

Ya.. aku glemer.. aku femes.. hahahhaa.. oklah aku mengaku.. so?? puas hati??
Bak kata si tijah 'itulah harga yang perlu dibayar menjadi orang yang femes' (yo jah den cayo cakap ekau)

Tak kisahlah.. aku tak peduli dah.. apa orang nak kata..
Ada kepala.. ada otak.. ada fikiran.. gunakan untuk berfikir secara waras..
Ada hati.. ada perasaan.. gunakan untuk merasa secara rasional..
Ada badan.. ada kaki.. gunakan untuk bergerak dan bertindakbalas secara berhemah
Ada mulut.. Ada jari.. gunakan untuk bercakap dan menaip dengan sebaiknya..
Jangan ikut suka hati jek nak cakap bukan-bukan..

Cukuplah.. Aku tak nak dah dengar semua itu..

Like I said before.. There is no turning back.. That it!!

14 comments:

SRISUFI said...

Salam buat mu kakak

TAHNIAH ada juga orang bagi anugerah glemer tu akak...yang pasti sri suka blog akak...ada lagu..ada pengalaman bak kata Pynn Habib..

INI BLOG GUA, GUA PUNYA SUKA. NAK G

Akak, teruskan je berkongsi cerita...asalkan kita tak menyalahguna blog ini dah. Nak glemer kita bukannya artis yg perlukan publisiti...sekadar berukhuwah.

Blog-blog ni pun macam manusia yang terdiri dari pelbagai variasi dan warna kulit ini sememangnya menjadi rencah dan kudapan pengguna-pengguna internet di dunia. Pilihlah mana satu yang berkenan di hati, tiada salahnya jika kau semua tahu membezakan mana yang benar, dan mana yang palsu, bukan? Kadangkala, pendapat yang disuarakan oleh para blogger kesukaan kita,(macam sri suka komen akak) menjadi ikutan dalam menentukan keputusan dalam sesuatu hal tanpa kita sendiri sedari..

teruskan menulis kakak

Tijah said...

haa..

terbukti la sudah kan? bukan sonang jadi femes ni. sesado jadi bahan org. tapi takpo...kito setanding la mo victoria bekem nampak eh kan? bukan sumo org suko dio tu...

huhuhu...

iina said...

Sri

Yup akak agree.. nak glemer wat pe? bukan ada apa pun.. lagipun untuk semarakkan dunia internet dan saling tahu khabar berita ttg kawan2 apasalahnya.. tapi xsangka ada org boleh fikir yang bukan-bukan pulak.. emm pelik.. sampai ke situ sekali fikiran dia.. but pada akak.. no hal.. just terlintas nak jawab sikit tuduhan tuh.. ;)

Tijah

Yo jah.. nak buek camno kan.. glemer.. tapi ekau lagik glemer.. den tak seglemer ekau.. hehehe.. takpo.. kek glasgow pun dah cukup glemer oklah.. hehehehe.. ;)

Laalaa said...

sabarlah kak, manusia memang tak boleh tengok kita senang.

ibundo said...

ina, ekau laser je orang tu wakaka..

fa10 said...

masa mula2 create blog dulu,kwn sy dah pesan bg address kat org tertenu jer..nnt ade jer soksek2 yg x sedap didengar. kat edinburgh ni 4 org jer yg tau sy ada blog..huhuhu..tp sy suka blog akak tau...jgn jemu berceloteh

lupekanje said...

Sekali dah jadi blogger mmg akan jadi cam artis gamak ehh...walopun bukan ler gamai bona yg datang..
cam acik la...nk togolak bilo ong kato, blogger tersohor...cam la beratuih org masuk baco dan komen.

tk per iina...org nk kta femes ke..tk femes ke...truskan menulis...
'aku menulis bukan kerana nama'!!! hehhe

errr...no komenn... no komen... (ala2 melodi tv3...)

Ibnurashidi said...

Salam ziarah, jemputlah ke blog saya..mahu exchange link?

Silakan..komen juga dialukan.

Cikgooden said...

takde maknenyer glemer glemer kat blog..ha ha ha. havoc ja lebih...
bagi aku blog sekadar mencari kawan disamping menghiburkan diri sendiri

kakpiah said...

lorr..
nih belom jd artis kan?
mmng saket ati kalo nak dipikir2 kan "apa org cakap" pasal kita..
adehh..

tp kak.. aku punya kes skang nih lg menakotkan la..
mula2 menghangenkan aku..
peh tu aku jd seram lak..

caner tu?

*tp aku mmng sker baca & tgk gegambar di blog ko kak!! teroskan berblogging!! *

iina said...

Laalaa

;) thanks dik

Kak Pah

Dia dah terasa laser tuh pun

Fa10

Tulah akak xkisah pun sapa nak jengah ke blog nie.. just jgn ada interpretasi yg bukan2 udah.. lgpun buat blog nie saje2 suka2 lepaskan luahan n kongsi ilmu ;) thanks ya sebab selalu jengah ke sini ;)

Acik

yo cik.. den setuju bonar tuh.. aku menulis bukan kerna nama n glemer n femes.. baik makan cookies famous amous lagik best ;)

Ibnurashidi

Insyallah saya akan singgah.. ok je kalau nak tukar link ;)

Cikgooden

yup agree again.. glemer wat pe? suka2 kan ;)

Piah

mmm.. akak raso ehh ada yg xbtul ngan org yg ngata ko tuhlah piah.. something wrong.. ko hati2 jeklah.. tulah piah lum jadik artis.. kalau jadik ontah lah..

ruzzake said...

sabarlah.. memang blog u ni glemer.. i suka baca.. heheh:0 best! byk gambo2 best.. lawaks pon aado.. i like..soo nape plak ado yg nk jeles kan? you just carry on.. labiu!

iina said...

mummyaqeem

glemer?? hahahaha cam nak tergolek jek dgr.. thanks ya.. ;) tulah jeles tak bertempat.. thanks ya labiu too

Ungku Nor said...

tak kisah la glemer ke tak..janji kita dapat blogging dengan hepinya..hehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin