Tuesday, 12 May 2009

Sama atau berbeza?


Semalam

Dia bermimpi kisah lama. Banyak sungguh kenangan lama datang bertandang dalam mimpi lewat malam itu. Satu persatu kisah lama datang dipertontonkan.. Terbuka satu kisah lama yang sungguh lama.. Sudah lebih 10 tahun ia dilupakan.. Bukan perjalanan kisah itu yang dipertontonkan.. tapi pengakhir kisah itu yang ditayangkan semula.. Sebuah keputusan yang pernah dibuat suatu ketika dulu.. Pilihan antara 2 perkara.. Dia memilih keluarga kerana ia lebih utama.. dan hingga kini dia tidak pernah menyesali akan tindakan itu.. Walaupun ia cukup pahit untuk dilalui.. tapi dia bersyukur.. kerana kisah itu dia menjadi seperti dirinya ketika ini.. Rasa kebal yang wujud antaranya datang dari pengalaman itu.. Dia tahu dia bukan tidak mampu laluinya.. dan dia juga tahu dia boleh hadapi apa sahaja.. kekuatan diri akan terbina melalui masa. Pahit, getir dan sukar.. ia seharusnya diterima dengan dada terbuka

Hari ini

Sekali lagi kisah lama itu menjadi imbasan silam yang bermain di kepala. Pesanan dan kesimpulan masih kekal bergema di fikiran. Mungkin sudah sampai masa untuk hari ini. Pernah terdetik yang ia akan terjadi.. Hanya dia tidak tahu bila dan dimana.. Kini dia yakin.. masa itu rupanya sudah tidak jauh jadinya.. Tak sangka akhirnya ia terjadi seperti mana yang dirasa lewat satu detik dulu.. Dia sudah tidak mampu lagi untuk terus bertahan dan menahan.. Dia juga sudah tidak mampu lagi untuk terus membiarkan dan terbiar.. Dia juga sudah tidak mampu untuk terus simpan dan tersimpan.. Dia juga sudah tidak mampu untuk terus mengawal dan terkawal.. Semua itu sudah tidak mampu lagi dipegang dek akal.. dibelai dek perasaan.. digengam dek jemari kenangan.. Masih sama kah? atau sudah berbezakah? Dua persoalan ini kadangkala singgah minta kepastian.. Menjengah meminta keyakinan.. Menjengok meminta keputusan.. Akhirnya dia nekad dengan apa yang telah dia putuskan.. Tidak ada yang sama lagi.. Semuanya sudah jauh berbeza..

Usia sudah makin menginjak tua.. Badan juga sudah menginjak lesu letihnya (tidak cukup tidur berjaga menelaah ya).. Senyuman juga sudah kurang manisnya.. tapi masih kekal comelnya (jangan cemburu ya).. Mata juga sudah mula ada tanda-tanda rabunnya (masih kuat melihat tanpa kacamata ya).. Rambut yang hitam.. sudah mula nampak sehelai dua ubannya (sehelai dua jek tau).. Kaki sudah terasa berat langkahnya (menggigil sejuk menahan dingin pagi ya).. Tulang pula mula terasa lenguh-lenguh berbisa kadangkala (membanting tenaga seawal pukul 6.30 pagi ya).. Kulit kelihatan sedikit kedut-kedutnya (dek sejuk cuaca ya).. Rambut sudah mula kerap gugur helaiannya (dek mandian air panas saban hari ya).. Kelumumur juga singgah mengada-ngada (ini penyakit biasa dek perubahan cuaca sejuk dan panas di kepala ya).. Tangan sudah mula ada gatal-gatal di kulitnya (dek sensitif pada bahan kimia dan sarung tangan merah getah ya).. kepala sudah mula pening-pening.. (menahan silauan mentari yang terlalu perit dan pedih ya).. Semua itu kini dilalui dengan gagah perkasa.. kerana dia yakin bukan dia sahaja yang melaluinya waktu ini.. dan jika tidak semua orang merasainya... pastinya.. mereka juga akan rasai perkara yang sama.. tidak semalam.. tidak hari ini.. mungkin esok saja..

Esok

Dia tidak tahu apa masa depan buat kita semua.. Ada nanti yang bakal menjadi kaya raya.. berpangkat.. berjawatan.. bergelaran.. mewah.. bahagia.. tenang.. sentosa.. aman.. Adakah nanti dia bakal menyesali andai ketentuan kehidupan nanti berbeza dan berubah waktu itu.. Adakah dia akan menyesali kerana pernah membuang suatu nilai dan meletakkan sempadan pada ketetapan peribadi.. Adakah dia akan menyesali kerana membuat keputusan ini.. Hati seraya berkata.. Biarlah.. Tidak perlu disesali sesuatu yang kita tidak tahu.. Andai ia benar terjadi begitu.. Biarlah.. Takkan mahu menumpang nama dan bahagia atas kejayaan yang terbina yang bukan usaha sendiri..

Walau apa pun ketentuan masa depan.. Setiap kita punya tanggungjawab untuk mencorakkan sendiri masa depan.. Setiap kita juga punya etika untuk berhemah dalam membuat tindakan dan perbuatan.. Setiap kita juga punya amanah untuk dipikul dalam membina kehidupan diri dan keluarga.. Setiap kita juga punya definisi sendiri dalam memberi makna jatidiri kendiri.. Setiap kita juga punya suara untuk mengatakan ya.. boleh.. tidak.. tak nak.. tak mau.. cukuplah.. okay.. no problem.. ok dokie.. chai.. oiu.. dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kemampuan diri.. Yang dia tahu.. sekali dia telah buat keputusan itu.. Hati dia terus tekad..

Bak kata seorang sahabat..

Setiap ‘rasa’ ada ‘tahap’nya dan ada titik nokhtahnya... Cuma bagaimana kita mengawal rasa itu agar tidak sampai ke tahap tepu, itu paling penting.. tapi.. banyak faktor yang boleh membuatkan rasa itu sampai ke tahapnya...

Amarannya;

Manusia punya hati dan perasaan.. jika kau tahu ada rasa marah, orang lain juga begitu.. jika kau ada rasa sayang, org lain pun begitu... tapi jika kau tidak pandai menghormati perhubungan suci yang bernama ‘persahabatan’... HELLLLOOOOO, ada orang lain utk jadi kawan okeh!!!...”
(Aku tersenyum membaca amaran ini. Sungguh gagah berani sahabat aku ini!!! Aku salute pada dia ya amat tinggi..)

Kepala sudah tepu.. Jiwa sudah tepu.. Rasa juga sudah tepu.. Segala ketepuan itu kini sudah amat tepu.. Jika dicampur sebarang bahan pun ia akan tetap kekal tepu begitu..


Al-Hussain bin Mathir Al-Asadi berkata ;
(Dipetik dari buku La-Tahzan-Jangan bersedih)

Bila Allah memudahkan urusan
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang.

Berapa banyak orang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya
berapa pula masa mendatangkan berita gembira
berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa manis
menjadi pahit

Sungguh dunia menipu
orang kaya menjadi fakir
sedang orang fakir dijadikan kaya
setelah melalui kesulitan.

Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainnya menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya.



Tsabit bin Zubair yang bergelar "Ta'abbatha Syarran" berkata:

Seseorang tidak akan gagal
selagi ia serius berusaha.

Segala urusan yang sulit atau yang remeh
dapat ditangani dengan baik.

Orang yang memiliki prinsip
adalah orang yang tidak hanya menerima perintah
namun ia punya orientasi sendiri
dan memiliki visi yang jelas.

Itulah orang pilihan
yang hidup bukan sebagai pecundang.
meski kesempatan telah tertutup baginya
semangat di dalam dada akan tetap terus berkobar.


Seorang penyair juga mengatakan

Meski hari silih berganti
dengan segala kesulitan dan kemudahan
yang ada di dalamnya
namun masih saja ada kesulitan hidup
yang keras dan sulit untuk ditaklukkan
hingga hidup menjadi indah dibuatnya
Namun tetap saja kami jalani segalanya
dengan jiwa yang tenang.

Kami mampu menanggung kehidupan berat
yang sulit terpikulkan
untung saja kami masih memiliki
jiwa yang mampu bersabar
hingga tujuan hidup dapat diwujudkan
meski banyak orang yang tidak berdaya menghadapinya.


Emerson dalam makalah On Self reliance menuliskan: (Masih petikan dari La-Tahzan)

" Akan sampai waktunya nanti ketika ilmu pengetahuan manusia sampai pada sebuah keyakinan bahawa kedengkian itu adalah sebuah kebodohan, dan bertaqlid adalah bunuh diri. Dan, seseorang harus menerima dirinya sendiri dalam keadaan apa pun, kerana itu adalah nasibnya. Walaupun alam semesta ini penuh dengan hal-hal yang baik namun seseorang baru dapat menghasilkan satu biji atom pun setelah menanam dan mengolah tanah yang telah diberikan kepadanya. Kekuatan yang ada dalam dirinya adalah sesuatu yang baru dalam alam ini. Dan tidak ada yang tahu seberapa besar kemampuannya, sehinggakan dirinya sendiri, hingga ia mencuba.

Selamat tinggal semalam.. Selamat tinggal hari ini.. Selamat datang esok.. Harapannya mentari akan terus bersinar berseri seperti mana tengahari tadi.. Indah.. Cuma angin sejuk sahaja masih kekal bertiup tanpa mahu berlalu pergi walau apa juga musim yang mendatang silih berganti.

Biarlah angin sejuk itu terus datang ibarat halangan.. Untuk dia kuat gagah menahan dan bergerak mengharungi kederasan tiupan.. Supaya nanti badannya akan mampu bergerak menempohi kehidupan.. Merasai kedinginan itu umpama amaran dan peringatan.. Cabaran itu perlu kerana disitulah kita membina ketabahan jiwa.. kekuatan diri.. kecekalan hati..

Dan, apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka memenuhi(segala perintah)ku dan hendaklah mereka beriman kepadaku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (Al-Baqarah:186)

11 comments:

kakpiah said...

tak sesia aku baca entri nih sebelom suboh kak...
ala2 tazkirah pagi gitu :D
banyak benarnya apa yg akak tulis..

tetiba aku rasa semua maknosia melalui kisah yg sama dgn 'pelakon' yg berbeza jer...
mmng dunia nih penipu..
:D

iina said...

Piah

Tazkirah utk diri sendiri.. bguslah kalau ko dah insaf wakakakah.. oklah akak nak tido.. ngantuk sudah.. ;)

joegrimjow said...

napa xsinggah kat cepil?
hehe

DUN Behrang 2020 said...

Cukup bermakna setiap bait ayat, dan cukup tersemat setiap baris nasihat...sama atau berbeza hanyalah cebisan rasa...

julietchun said...

lama aku tak jengok ko, aku rinduuuuuuuuuuuuu. Azimat utk aku meniti hari depan dgn lebih kental, terima kasih kawan.

iina said...

Joe

singgah cepil? sheffield ke? kim salam ngan rusdi tau?

Dun

Thanks sebab sudi membaca coretan saya. ;)

Juliet

Weii mana ko pergi ahh.. lama sungguh ko menghilangkan diri.. cuti2 mesia ke apa?? ke ko kena sindrom siput sedut yang lembab cam KTS.. kim salam sama dia ok ;)

aNIe said...

Satu entry yang berguna untuk direnungkan dan dijadikan tazkirah diri....

ibundo said...

Satu peringatan untuk semua. Tak pasal-pasal lah akak teringat apa nak masak besok pagi, wakaka... potong steam betul.

iina said...

Kak Anie

Insyallah kak.. tq ;)

Kak Pah

lah apo lak kono ngono lak ngan sarapan sok pagi.. alah kak goreng bihun yolah.. nnti bg kek den sepinggan ok ;)

Ungku Nor said...

amaran dari sahabat tu buat akak teringat kat dia..

di mana 'hati' dia sekarang ye? akak tau la dia duduk kat mana tapi kalau semua sms yang dihantar tak berjawab..hmm..bagaikan memberi signal untuk tidak diganggu.
akak tak kisah..cuma rasa kehilangan jugak la tak banyak sikit..kan?

iina said...

kak ungku

Alhamdullilah dia masih sihat walafiat ;) cumo bz yo nak siapkan study saat2 akhir nie.. mmg dia bz gilos.. nanti ado lah tuh.. lopeh semuo tuh siap krg ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin