Sunday, 17 May 2009

Bila tiada suara berkata..


Bila tiada suara berkata..
seketika dunia sunyi sepi
seketika hilang nada bunyi
seketika timbul teka teki
seketika prasangka hadir bagai dijanji
seketika hati ingin mengerti
seketika kepala juga mencari-cari
apa sebenarnya dibenak diri

Bila tiada suara berkata
masih ada alunan nada kata
masih ada melodi jiwa
masih ada irama bergema
masih ada goyangan kaki tangannya
cuma suara mahu berhenti rehat seketika

Bila tiada suara berkata
aku tahu kau ingin tahu
apa rasaku dan rasamu
adakah ini atau itu
adakah begini atau begitu
adakah ke sana atau ke situ
namun yang hadir hanya satu
sebuah kalimah bisu

Bila tiada suara berkata
jangan mudah menabur rasa
jangan mudah mengutip prasangka
jangan mudah menyapu bicara
jangan mudah mengusap derita
jangan mudah menyentuh ceria
kerana semua itu kadangkalanya
tidak seperti terlihat dek mata
terdetik di jiwa

Bila tiada suara berkata
lebih baik ditutup bicara
lebih baik disimpan segala
lebih baik dipendam sementara
lebih baik dipeluk seeratnya
lebih baik digenggam sekuatnya
lebih baik didiamkan keluhannya
lebih baik dihalang semangatnya

Bila tiada suara berkata
ku pandang angin lalu
ku pandang langit membiru
ku pandang daunan lesu
ku pandang segarnya hembusan bayu
ku pandang jari jemari kebas kaku
jejak itu masih baru
kesan tapak masih basah dek salju
bila tiada suara berkata sendu


15 comments:

Cikgooden said...

diam lebih baik dari bersuara jika bersuara hanya menyakitkan hati...


er..er..aku berfalsafah jugak ker?..

ha ha ha...aduiiiii..(boring)

KTS said...

bila tutup mata,
bila tiada suara,
bila khusyuk membaca,

mmg aku tak berkata-kata..


shhhhhh... DIAM :D

iina said...

Cikgooden

heheheh.. takpe asalkan falsafah bukan falsampah ;)

KTS

ko membaca?? yeke?? bukan tadik aku dgr ko gelak sakan berdekah2.. muskil aku ;)

lupekanje said...

'Bila tiada suara berkata
jangan mudah menabur rasa
jangan mudah mengutip prasangka
jangan mudah menyapu bicara
jangan mudah mengusap derita
jangan mudah menyentuh ceria
kerana semua itu kadangkalanya
tidak seperti terlihat dek mata
terdetik di jiwa.'

.......??? sungguh...kan..kah...
aku komfius....
dan aku tidak blh menutup bicara begitu sahaja......
kerana aku perlu tahu kenapa
biler tiada suara berkata...

ibundo said...

Kalau kakpah sakit tokak, memang tak ado suaro nak cakap. Kok cakap pun bunyi itik angso yo hik..hik..

Ina, baco entry ni memang tak do suaro. Mungkin maso orang tu monulih intonasi yang digunokan lain. Bilo kito baco, kito pakai intonasi lain. Kadang-kadang nada yang bobezo monjadikan maksud yang bobezo gak.

Keep on berbloging walaupun tanpa suara.

Unknown said...

slm...saya mintak maaf ,,,xdan nak buat rumusan pasal komen2 mengenai hari ibu tu...lagi pun saya dah nk habis praktikal nie,,maklum lah sibuk ckit time cmnie...,,,,insyaAllah skit masa lg saya akan buat rumusan mengenai isu itu...tq

julietchun said...

tem tido aku rasa aku tak bersuara, tapi ramai yg cakap aku bersuara, entahlah.

DUN Behrang 2020 said...

Bila suara tiada berkata? Ish...dengkur tu pun kira 'ada kata' gak wooo!

faqir said...

bile nafas berbicara..setiap saat terhenti..setiap helaan menjadi sepi..dan sepi

Ungku Nor said...

okeh la..lopeh ni akak baco dendiam yo..huhuhu

iina said...

acik

ada masa diam itu lebih baik..dari sakitkan hati dan disakiti

Kak Pah

Den pun hampir2 takde suara.. selemo kak.. betul kak baca blog nie takde intonasi suara.. so ayat yang ditulis boleh bernada berbeza bagi setiap orang.. agak2 ada ke rang nak buat blog lotak video.. ado gak suara ;)

Anak pendang

take yur time ;)

Juliet

Hahahah.. nanti aku suruh anak buah ko rekod suara acik dia masa tidur

Dun

betul tuh.. aku rasa dia ngigau dahsyat ahaks

faqir

;) ye sepi.. tapi ada makna tersendiri

Kak ungku

ee.. kak selamo nie kak baco kekuat yo.. wahh.. ptut den rekod nie hehehe

kakpiah said...

sok2 aku jadi penyanyi..
aku nk rakam la puisi nih..

ko jgn kedekot lak ngan aku nanti kak..

ahaks!

iina said...

Piah

Hahahaha... bila tuh piah?? ko nak masuk malaysian idol ke AF.. takpe masa tuh akak tak kedekut pun.. ko jgn lupa bye royalti udah

faqir said...

bahagia itu sepi...cinta itu sepi..menyendiri itu sepi..sepi dan sendiri..aku benci

iina said...

Faqir

Dik ko nie cam kecewa yo.. ekau putus cinto ko?? bahagia cinta sendiri benci sepi.. semua itu rasa yang boleh dicampur-campur.. cinta itu bahgia.. sendiri itu bahgia.. sepi kdangkala juga bahgia.. benci juga bahgia.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin