Saturday 10 January 2009

Kesempatan?

Cukuplah kesempatan yang cuba diambil.. cukuplah segala bantuan yang telah diberikan.. kebaikan orang jangan cuba diambil kesempatan..

Jangan kerana melihat seseorang itu kelihatan baik tingkah lakunya.. baik budi bahasanya.. baik peribadinya.. tidak banyak soal bicaranya.. semudah itu juga mengambil kesempatan..

Belajarlah bina kehidupan sendiri.. Belajar membina kematangan diri.. Belajarlah berdikari sendiri.. Tuhan kurniakan tangan kaki badan otak untuk melaksanakan tanggungjawab pada kehidupan diri sendiri.. Jangan pula ambil kesempatan pada kebaikan orang lain..

Melihat peluang dan tindakan ambil kesempatan itu sudah cukup menyakitkan mata.. dan melukakan hati..

"Buat baik berpada-pada.. Buat jahat jangan sekali" itu sahaja pesanku..

Adakalanya ada insan yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.. dilihat insan itu tak kisah.. tak apa.. tak ambil pot.. tak ambil kira.. tak ambil hati.. maka dengan senang hati dan selamba.. boleh memesan itu dan ini.. boleh meminta itu dan ini.. Oh.. senangnya hidup begitu kan.. nak apa sahaja.. Boleh pesan-pesan sahaja begitu begini.. Boleh cakap itu cakap ini..

Aku yang melihatnya pun sesak hati.. Aku yang memandangpun sakit mata.. tak ditegur tak sampai hati.. nak didiamkan juga tak patut.. Sudah disebut juga katanya tak peduli..

Aku tak nafikan ada orang tak kisah dirinya diperlakukan begitu.. biarlah orang ambil kesempatan.. takpelah yang penting niat kita.. emm betul?? Memang aku tak nafikan kebenaran itu.. yang penting niat yang ikhlas.. tapi?? Selama manakah kebaikan kita seharusnya dibiarkan dipergunakan oleh orang lain.. Selama manakah budi baik kita diinjak-injak dan selama manakah kita harus terus berbakti kepada orang begini.. bila susah mencari.. bila senang ditinggalkan pergi.. bila mahu datang.. bila tak mahu buang.. begitu??

Dan jika punya sahabat baik yang dipergunakan begini dan diambil kesempatan adakah anda akan biarkan dia terus hanyut dan dipergunakan? Jika dia pula insan yang paling anda sayang.. baik adik beradik dan keluarga sendiri.. Adakah anda akan biarkan dirinya dipergunakan begitu?? Buat seolah-olah itu bukan urusan anda.. dan buat-buat anda tidak peduli??

Oh.. Aku begitu terasa hati hari ini.. Begitu terasa hati.. Terlalu marah.. Terlalu kecewa.. Terlalu sakit hati.. Mungkin dia tak kisah.. tapi aku kisah.. Kerana aku sayang dia.. Kerana dia insan yang paling aku sayangi.. mereka yang terdiri di kalangan keluarga sendiri dan sahabat baikku sendiri.. Ini bukan 1 kisah... bukan 1 individu... tapi kompilasi banyak kisah.. banyak insiden yang melibatkan semua mereka yang aku ambil berat dan mereka yang aku sayangi..

Aku tak mahu melihat mereka dipergunakan.. dijadikan mangsa.. Jika insan tak berdosa sesama islam di Palestin dibunuh dan diperlakukan dengan kejam kita sudah tak tentu duduk diamnya.. tak bentah menahan kemarahan.. Apatah lagi jika perkara yang hampir sama berlaku pada keluarga sendiri atau sahabat sendiri kan, walaupun bukan melibatkan pertumpahan darah.. tapi melihat mereka dipergunakan. Adakah anda juga akan berdiam diri dan tidak bertindak apa-apa??

Moga hatinya terbuka menerima kebenaran dan teguran ini.. "Buat baik tetap buat baik.. tapi harus berpada-pada... harus tahu tahap mana"

Buat yang mempergunakan.. cukup-cukuplah.. sudah-sudahlah.. hiduplah dengan cara sendiri.. dan jangan menyusahkan orang lain dek mahu miliki kesenangan diri..

Kita boleh membantu.. tapi cukuplah membantu untuk berdikari dan merasa susah diri.. Bukan membantu untuk menyenangkan mereka hingga lupa diri.. Pengalaman itu tidak semuanya senang.. adakalanya susah.. adakalanya pahit.. tapi kenalah lalui juga kerana pengalaman itu adalah guru kehidupan.. Jika tidak manakan tahu mana senang.. mana susah.. mana elok.. mana buruk.. mana baik.. mana jahat.. mana berjayanya.. mana gagalnya

11 comments:

Nazali Noor said...

iina,

Sedih sangat bunyinya ni Iina..Apa yang tak kena? Sapa yang dipergunakan? Kenapa dia merelakan Iina?

Semoga Iina terus tabah ya..

iina said...

Abah

Mereka dan keluarga mereka.. entahlah abah.. melihat orang dipergunakan.. dlm erti kata lain.. ambil kesempatanlah.. suruh buat itu ini.. pesan begitu begini tapi budi baik yg dibuat takde balasan baik pun yg diperolehi.. (bukanlah nak balasan pun.. tapi elok-eloklah sikit budi bahasa tu kan) Sakit hati lagi ada.. dah lama tahanlah abah.. dah banyak insiden.. dah sabar bebyk.. dah pesan bebyk gak tapi camtu gak.. terbakar sat hati nie..

jane said...

salam Puan,

sabar ya....belum diberi nur untuk sedar agaknya si dia itu.

SRISUFI said...

salam sis..

huurrmmm...
:( sangat emosi..

sedih dengan niat si pembantu disalahgunakan olh yg dibantu...
nilah sikap manusia ...sangat mudah lupa diri...bila diberi pertolongan lansung hilang semangat berdikari...nak disuap jer selamanya....hidup takder motivasi diri lansung ... bak spesis pokok parasit menumpang hidup diatas dahan nan rendang...

sri pernah dilakukan sebegini oleh seorang yng bernama 'sahabat'...sgt terluka...bila sahabat mengambil kesempatan atas kelembutan kita....

tersenyum bukan beerti tak kenal erti terluka...

****sri nantikan buah tangan itu...heheheh...seronoknyer sis...part pakej belanja yang bikin excited giler tu....sekali lagi...nak iiikuuuttt....

azza_irah said...

salam iina..
lama azza tak masuk ke sini..
tiap kali baca coretan iina..terasa sgt kadang2 pahit getir iina di rantau org..
belajar utk survive di tempat org yg memerlukan kekuatan dan semangat yg bukan sedikit. mg iina terus tabah dan cekal hati..

Yunus Badawi said...

Salam kenal iina.
Apa kata iina berterus terang dgn kedua2 pihak? Tak semestinya pada pertemuan yg sama.

iina said...

Jane

Maybe.. but bukan tak dipesan.. sudah dipesan.. maybe pada dia takde pe.. but kita yg tgk nie yg sakit mata sat..

Sri..

Yang membantu tu ikhlas.. tapi kdg tak sedar tindakan dia tu perlu ada batasan.. yang kena bantu lak.. naik lemak.. makin byk lak permintaan ye.. itu yg tgk sakit jiwa sat.. kalau org lain akak leh ckp I don't care.. but kena org tu adalah yg rapat dgn akak.. so xleh tidak xkan nak biarkan..

Azza

Inilah cabaran.. kena hadapi.. just kdgkala menulis dpt meredakan rasa hati nie

Yunus

Sudah diterus terangkan bukan sekali dah byk kali.. lgpun bila yg dipergunakan bukan diri sendiri susah kita nak berterus trg.. pokok pangkal diri sendiri sebenarnya.. kena tahulah had mana.. kalau diri sendiri tak benarkan diri dipergunakan.. dan tidak membiarkan tak jadilah begitu kan.. ikut hati mmg nak jumpa jek pihak yg mempergunakan tapi ada hati yg perlu dijaga.

aNIe said...

iina...ada manusia ni...bila rasa ada orang yang baik dan boleh di ambil kesempatan...maka mereka akan mempergunakan peluang itu tanpa rasa bersalah...

iina said...

Kak Anie

Betul tu.. tgk pulak org tu jenis tak kisah.. wah bukan main gik.. lagipun saya nie bukan ye kejam.. tapi berpada-pada ler.. takkan tiap kali kot.. sikit2 ada jek wah22.. lelebih nmpk.. kan ada kaki tangan.. usaha ler sendiri kan

Ungku Nor said...

sekarang punya masa, memang tak mudah nak cari kawan yang ikhlas berkawan dengan kita, kan?

tapi akak tengok sahabat kita tu dah ada improvement sikit dah.
tade la asek2 nak 'bukak meja' macam dulu..hehehe

iina said...

Kak ungku

Betul tu kak.. ikhlas tu subjektif kan ;).. tak buka meja? den jgn takat buka meja.. buka buku pun den tak menang tangan wakakah.. dia bz dah skrg nie ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin