Tuesday 10 February 2009

Tag si Jane Labu

Amboi-amboi korang ekk.. mentang2 ler aku nie jenis tak suka berhutang.. korang dengan senang hati yelah.. bagi tag ekkk... takpe.. takpe.. peh nie aku lak tag korang ye ;)

1. What were you doing 5 years ago?

2004.. Masa nie dah 2 tahun balik dari Edinburgh.. Masa nie speaking melayu dah terorist dah.. idak ler seperti masa mula2 balik dulu nak cakap bahasa melayu yang formal adeihhhh... sakit kepala fikir perkataannya.. sepatah cakap.. kena tanya student 'dalam malay apa ekk..' Puas ingat ler tahun 2004 ini apa kisahnya.. Rasanya tahun ini tak banyak yang menariknya.. tapi tahun 2005 lebih banyak suka duka yang berlaku.. Yang pahit.. ini sentiasa aku kenang dalam hidup.. dan aku malas nak sebut di sini.. biarlah rakan-rakan rapat yang mengetahui kisah ini.. Pada aku peristiwa itu mengajar aku erti kawan, sahabat dan teman.. tapi tidak akan aku lupa... cukuplah.. email itu juga aku masih simpan.. cetakannya juga masih ada.. Namun aku sentiasa percaya.. Allah itu adil.. Buat baik dibalas baik.. Buat jahat?? tetap dibalas jugakan.. bukan aku.. mungkin mereka.. mungkin orang lain.. mungkin sesiapa sahaja

Pada penghujung tahun yang sama.. Aku bersyukur.. hikmah atas kejadian itu.. Tahun itu aku terima 'Anugerah Khidmat Cemerlang' dan menerima cek sebanyak 'RM1000' Zaman ini sudah tidak ada lagi gaji menegak melintang seperti tahun-tahun sebelumnya.. setakat hadiah 'RM1000' sahaja.. tapi bukan duit yang dikejar.. tapi sijil perhargaan yang masih elok disimpan.. ;) Masih teringat lagi menaiki anak tangga menerima anugerah itu ;) dan Insyallah akan ada lagi di masa-masa akan datang jika berpeluang ;)

Tahun 2006 aku diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di UK, setelah pada mulanya khabarnya gagal untuk mendapat 'Hadiah melanjutkan pelajaran SLAI' selepas sesi temuduga dengan Timbalan Naib Canselor Akademik yang kini merupakan Dato VC 'Prof Dato' Dr Aminah Ayob'. Masih aku ingat temuduga yang penuh cabaran itu.. aku dicabar untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.. setelah senarai negara Canada, UK dan UK di tolak mentah-mentah.. namun rezeki ku.. ketika mengunjungi pejabat sumber manusia suatu petang untuk menghantar borang .. Aku dikejar oleh 'pegawai' yang menguruskan skim latihan SLAI dengan memaklumkan padaku.. Namaku tersenarai dalam mereka yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran.. Berjalan kaki balik semula ke Fakulti.. hati dan fikiran aku seolah tidak percaya akan perkhabaran itu.. dan paling utama hasrat asalku untuk terus menjejakkan kaki ke UK Alhamdullilah berjaya sekali lagi.. selepas 5 tahun aku kembali ke Malaysia dari Edinburgh.. kontrak pengajian dengan JPA dulu turut selesai pada tahun yang sama (bermakna jika aku selesai study Phd ini.. kontrak lama tidak diambil kira) Banyak sangat peristiwa suka duka.. cabarannya..

2.What were the 5 things on your to do list today

Dah nak malam nie.. dalam beberapa jam nak tidur dah.. so aku buat list untuk esok jelah

1. Bangun awal 5.00pagi, tunggu bas 5.55pagi dan masuk kerja pukul 6.30pagi.

2. Selesai kerja ke CIS, harus singgah di Gregg atau Sainsbury mencari sarapan pagi

3. Menyiapkan laporan temubual 'Spider & LearnOnline'

4. Menghantar email kepada beberapa individu berkaitan beberapa perkara.. lawatan Dato VC UPSI ke UK, harus maklumkan tentang penangguhan lawatan berkenaan kepada pejabat 'international'.

5. Mungkin ke Gym.. dah lama sungguh aku cuti.. jika tidak.. mencari sesuatu di bandar tengahari esok atau waktu pulang dari CIS.



3. What were the 5 snacks that you enjoy

1. Walkers crisp 'cheese and onion' - ini fav aku.. kat mesia takkan jumpa yang sesedap ini..
2. Sushi Fish Tesco 1GBP
3. Coklat susu Lindt - feel like in heaven bila makan coklat ini
4. Twisties.. I miss this one.. kat sini memang takde jual
5. Cherry - my fav fruit..

4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire

1. Perkara pertama selesaikan hutang-hutang yang ada.. beli segala yang hajat dihati.. belanja diri sendiri dan keluarga sepuas-puasnya ;)

2. Hantar mak ayah.. sedara mara untuk umrah haji.. berulang kali.. bantu mereka yang perlu..

3. Sponsor semua anak-anak saudara sepupu untuk better education.. oversea.. in malaysia.. where ever as long they want to learn and study.

4. Buat sekolah untuk anak-anak yatim.. dengan kemudahan penuh komputer, wireless, setiap pelajar dapat handphone free.. setiap pelajar ada notebook free.. internet connection wireless thru out the school.. semua teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan terkini.. combination of good teaching and latest technology.. Apply my knowledge of using technology in improve learning and enhancing knowledge. Tidak ketinggalan juga keseimbangan dalam penerapan nilai-nilai agamanya. Sound like almost perfect kan.. but not impossible kan ;)

5. Sponsor penyelidikan berasaskan teknologi dalam pendidikan dalam segala bidang.. tujuan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dalam pelajarannya.. dengan wujudnya sekolah berkenaan.. penyelidikan dapat dilaksanakan di sekolah ini dan segala penemuan terkini akan dimanafaat oleh pelajar-pelajar berkenaan. Sekarang ini terlalu sukar mencari sekolah yang memberi jalan dalam menjalankan penyelidikan yang berlatar belakangkan pendidikan.. dan seandainya wujud sekolah atas dasar sebegitu.. ini antara impian aku dan rakan-rakan aku.. if we can have this kind of school.. I love teaching and this what I want to do all my life ;)

5. What are the 5 jobs that you've had

1. Cikgu sandaran sekolah rendah- selepas SPM
2. Cikgu Matrikulasi
3. Pensyarah peringkat sijil dan diploma - kerja no 2 dan 3 ini semasa aku mengajar di Kolej Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan, selama 2 tahun.. setahun di kajang dan setahun di Shah Alam
4. Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris- Aku berkerja di UPSI sejak tahun 2000 (masa mula kerja.. bangunan canselori belum dirasmikan lagi,, masih ditar jalannya.. bangunan itu baru sangat siapnya) dan aku kakitangan ke 350 yang kini sudah mencecah ribuan dah skrg nie dan kini sudah 9 tahun aku bersama UPSI.. UPSI bergelar universiti pada tahun 1997.. bermakna selepas 3 tahun ia menjadi universiti daripada Institut Perguruan Sultan idris.. aku masuk sebagai kakitangan akademiknya ;)
5. Tutor di University of Strathclyde mengajar IT kepada pelajar-pelajar undergraduate
dan Terkini (turun pangkat.. tapi aku masih kerja di universiti tau.. universiti oversea lagik) Tukang cuci di University of Glasgow.. dan bekas tukang cuci di Legal house (training officer) selama setahun.

6. Who are the 5 person you wanna tag

Ini masa untuk balas dendam hehehehe

1. Asmida
2. Mummy Aqeem
3. Sri Sufi
4. Queen Aneez
5. Eiyda

Silalah menjawab tag yee..

6 comments:

Asmida Ismail said...

Nanti as jawab ye k ina. skrg ni over the moon lagi.

Min said...

sy pening dgn tag..~lalala~ singgah

julietchun said...

pehhh! byk sungguh keje yg penah ko buat, terkesima aku jap.

iina said...

Asmida

Dah turun ke bumi krg jwb ekk ;)

Min

Pening? nak panadol ke ;)

Juliet

Banyak? keje aku tu semua sama jek.. ngajar gak bkn keje lelain.. tmpt ngajar dia jek yg lain ;)

eiyda said...

iina..
ada satu soalan tu eiyda dah penah jawab..eiyda skip ye..tp don't worry eiyda akan jawab juga yg lain2 tu walaupun lambat..;)

iina said...

eiyda

ok jek ;) kalau ada msa lapang jawab lah.. tak free ok jek ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin