Wednesday 4 February 2009

Bermalam di McCance?

Hampir pukul 6.10minit kami tiba di bangunan McCance itu. Tidak ramai yang ada di situ.. namun masih ada beberapa orang pelajar yang masih setia berpiket di hadapan bangunan itu.

Kami berdiri memandang mereka dan sekali sekala mencelah mendengar perbualan mereka. Tidak lama dua orang pelajar lelaki membawa kotak berisi barangan untuk memasang gazebo. Mereka mula memasang tiang dan kaki gazebo itu di tempat letak kereta.. dengar-dengarnya mereka akan terus menunggu hingga semua yang berada di dalam bangunan itu keluar dengan mendapat persetujuan bersama berkenaan beberapa perkara di dalam memorandum tadi.

Tidak lama itu juga terdengar laungan meminta derma untuk mengumpul duit membeli makanan untuk mereka yang berada di dalam bangunan itu sejak pukul 2 petang tadi. Kami dermakan sebanyak yang termampu.. kerana mereka yang ada di situ bukan orang lain melainkan rakan-rakan kami sendiri.. Kami turut meminta mereka membelikan makanan halal atau vegetarian buat mereka yang muslim.

Dalam 15 minit setelah berdiri di situ.. seorang rakan kami yang berpiket di dalam bangunan itu keluar.. Sempatlah kami tanyakan tentang perkembangan terkini.. tidak banyak yang dipersetujui.. dan tidak ada kepastian yang diperolehi.. hanya alasan mengatakan.. mereka akan melihat perkara itu dengan lebih lanjut.. biasalah satu alasan yang terlalu umum buat penyedap hati.. dan ini jugalah yang membangkitkan rasa ketidak puasan hati mereka.. Sempat jugalah kami berbual dengan wakil dari 'Stop The War Coalition Scotland' tentang beberapa isu yang berkaitan dengan memorandum yang diminta..

Menurut seorang rakan melalui perbualan telefon tadi.. mereka mahu minta sekurang-kurangnya 2 perkara dilaksanakan iaitu
1. Menghentikan kontrak menggunakan air 'Eden Spring' yang merupakan syarikat penuh milik Israel yang kini berleluasa diletakkan di semua fakulti dan jabatan di universiti. (Kan banyak lagi syarikat air lain di UK ini.. dan Scotland pun punya air mineral jenama sendiri)

2. Bersetuju untuk membiayai pengajian beberapa rakyat palestin dalam melanjutkan pelajaran di Universiti.

Nampaknya perbincangan mereka belum mendapat kata putus.. Memandangkan ketika berdiri di situ salji masih turun dengan lebatnya.. dan rakanku pula perlu balik ke rumah kerana urusan keluarga.. kami memutuskan untuk beredar lebih awal.. namun sempat juga aku katakan pada rakan kami yang keluar sebentar tadi 'All the best k'

Sampai di rumah selesai makan malam.. aku hantar lagi pesanan ringkas pada rakan itu

"Nanti dah kuwa bagitau ler perkembangan terkini ye ;)"

40 minit selepas itu

"Salam, nampak gaya kami tido sini. ;-D"

Aku yang membaca pesanan itu terkejut seketika.. Biar betul mereka ini.. Bersemangat dan bersungguh sepenuh hati.. Aku kagum sekali dengan mereka, lantas dengan segera aku balas pesanan itu

"Ok. Cayalah korg. Aku respek tul. You go gals. Kim salam kat yang lain. Pengalaman tuh"

Aku cuba hubungi dia sekali lagi.. Gagal untuk dihubungi mungkin sedang sibuk membuat panggilan ke sana sini agaknya.. Apa juga.. Semoga misi kami dan mereka berjaya ;)

5 comments:

fa10 said...

salam ina...nice blog

iina said...

Thanks ;)

chinta said...

bangga la ngan SU. kat sini takde mcm tu pon...setakat food fayre charity jek..

kakpiah said...

uikkss.. terharu baca..
semoga berjaya...

iina said...

Chinta

Mmg SU punya pergerakan pelajar aktif giler.. dan mmg ramai pelajar malaysia yang join demo n piket nie.. beri sokongan penuh ;)

Kak Piah..

Kat sini lebih open ttg kebebasan bersuara.. dan mereka mmg bersungguh2 demontrasi dan berpiket hmpir setiap minggu ada aktiviti ye ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin