Tuesday 3 February 2009

Salji mencair

Pagi ini aku melangkah keluar mengharungi rintik-rintik halus hujan.. salji yang semalamnya tebal kini seolah hilang tanpa bekas.. sebelum masuk tidur malam tadi, saat ke dapur menikmati secawan air suam.. masih jelas kelihatan salji putih yang tegar memenuhi pohon dan atap rumah.. namun pagi tadi semuanya hilang.. seolah salji semalam tidak hadir langsung..

Menjengah ke tepi tingkap di CIS.. membuktikan lagi kesan-kesan salji semalam hilang.. seolah ia tidak pernah terjadi lagaknya..



Hanya tompokan-tompokan putih masih kelihatan di atas bukit bukau nun jauh di sana.. Itu sahajalah bukti yang ada.. yang lainnya sudah hilang dibawa air hujan malam tadi



Seolah tidak percaya salji semalam sudah mencair.. Hilang tanpa buktinya.. hanya gambar menjadi kenangan abadi yang tidak akan dilupakan.. dan episod memonteng.. bermain lontar-baling kepal ais.. mengelungsur papan.. memijak dan menginjak-injak salji.. berguling-gulingan.. semalam seolah cepat benar perginya.. Harapan hari ini untuk mengambil gambar susulan terpaksa dilupakan.. kerana salji berbaki yang tinggal terlalu sedikit dan bertompok-tompok..

Semoga akan ada lagi salji hujung minggu ini.. Insyallah.. Walau beribu kali pun salji itu turun.. Walau sejuta kali pun aku nikmati kepingan sejuk itu.. Hati pastinya belum puas mengecapi nikmat itu.. dan pastinya akan aku rindui buat selama-lamanya..

7 comments:

julietchun said...

Salji tu tkt ko baling & kepal dia sbb tu dia cair cpt2 ;D

Cikgooden said...

Aa kan?..dari pic nampak kesan ilang...

Hang bertuah dapaaaaaaat pgg salji...aku?.hmmm.

iina said...

Juliet..

sebab salji ler kena kepal.. pelah ko nie.. tau ler jeles ;)

Cikgooden

Leh gak pe pegang cam pegang ais dlm peti ais tu gak ;) lebih kurg gitu ler ;)

ibundo said...

wah, kojap yo salji kau na. Lum pueh main lai dah lonyap.

julietchun said...

patut ms kepal tuh ko bwk sirap, gula merah,cendol ngan kacang skalik, baru betul ;D

iina said...

Kak Pah

tulah.. tapi dgr2nya akan turun lagik minggu ini.. ;) org sini semua tak suka salji.. kami juga yang sakan main salji ;)

Juliet..

Takde ye aku buat ABC.. dah sejuk2 tu ingat nk minum air panas jek.. tak caya meh dtg sini kalau nk rasa sejuk ke idak ;)

MARIA said...

Sekurang2nya iina dapat juga merasa kejadian alam 4 musim. Pengalaman tu mesti tak dapat dilupakan. Hmmm...pas ni akan sampai 'spring' lak ek...wah lagi ceria, merata2 bunga terserlah, berwarna-warni. Tokma cuma dapat nengok gambo jerlah dalam majallah ker, jalan documentary ker.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin