Thursday 5 February 2009

Salji kembali lagi

Bumi Glasgow sekali lagi ditimpa salji sejak petang semalam..

Saat menjejakkan kaki menuruni bas 66 petang semalam, aku lihat merata-rata ada warna putih itu.. separuh kaki lima pejalan kaki beku berais dan dipenuhi salji.. aku terpaksa berjalan dengan amat berhati-hati.. kasut sukan yang aku pakai mempunyai tapak yang tidak mencengkam ke tanah.. kali ini aku hampir-hampir mahu menanggalkan kasut kerana selangkah bergerak badanku tersondong ke depan.. sudahlah laluan pejalan kaki itu lebih tinggi dari jalan raya.. dan tidak begitu rata.. mahu sahaja aku merangkak semalam.. kalau terjelepuk jatuh memang mencari nahas dan tidak mustahil aku bakal patah tangan atau kaki kerana kedudukannya dari jalan memang agak tinggi dan merbahaya..

Bila sahaja kaki dapat menjejak ke jalan raya, hati aku sungguh gembira.. terasa terselamat dari menjadi mangsa keadaan (Masih terbayang-bayang cara si tijah gojes itu jatuh kek dopen sekolah marin.. takmoh de jadi gitu.. maso jalan jengkit2 tuh terbyg2 cara ko jatuh tau Jah)

Pagi ini selepas waktu kerja aku sempatlah merakamkan gambar-gambar ini ;)

8 comments:

Tijah said...

kalu aku jatuh kat snow tu terus pura2 duduk sambel buat snowman. kaverline....

julietchun said...

Aku pun takleh nak bygkan camner kalo ko jth tergolek, harus tak bangun 3ari 3 mlm. Berhati2, kalo takat jth takpe, kalo pth tgn camner ko nak berblog,takkan pakai kaki kot ;D

ceri masam said...

london collapsed sekejap sebab salji

glasgow?
smooth je yer

ibundo said...

dapat tengok gambar pun jadik ar.

iina said...

Tijah

Biasa ko kan Jah mmg terer cover line.

Juliet

Ko nie suka2 lak doakan aku xbgn ekk amboi2..tau ler ko akan rindu aku kan kan..

OL

London mmg teruk ari tu.. Kalau dm town xteruk salji sebab glasgow nie kawasan berlembah.. so salji kurg menebal sikit kecuali keluar dr kwasan town. Tp bas, train n flight dr glasgow semuanya cancel. hiway jam byk kena tutup.. xcident jgn ckplah.. ;)

Kak Pah

Jadilah kan kak ;)

Anonymous said...

aduh...
bestnya..bilalah nak main seleji nih...

Faisal said...

Tingin aku nak main salji, main ais kepal kat dalam freezer peti ais tu tak best la.. isk..

kirim ais salji barang setupperware due bleh..

iina said...

Idza

Mehlah dtg sini leh main saljie pe ;)

faisal

ko nak aku tapau kan?? nan ado lah tu.. sampai mesia krg dah jadik air.. baik xyah aku letak dlm tupperware peh tu ambik gmbr send kat ko jelah.. htr gak tu kan kan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin