Friday 6 February 2009

Akhirnya sebahagian misi dipenuhi


Ketika sedang berjalan kaki di Argle St menuju ke CIS pagi semalam.. Aku terima panggilan dari seorang rakan.. Berbual seketika tentang berita rakan-rakan yang bermalam di bangunan 'Student Registry-McCance'. Mereka masih setia berada di bangunan itu.. Rancangannya kami akan turun memberi sokongan untuk 'Rally' pada pukul 11.00 paginya.

Sewaktu selesai mendaki bukit di Montrose St.. dan membelok masuk ke jalan Richmond St.. dari jauh kelihatan kelibat pelajar-pelajar yang sedang berkumpul di hadapan bangunan itu. Salah seorang rakan senegara sedang setia mengibarkan panji-panji bertulisan 'ACTION' dengan penuh semangat. Aku lalu angkat tangan setingginya sambil melambai-lambai ke arahnya.. Seorang jejaka datang dan mengedarkan sekeping risalah bertulisan 'Support the Occupation' dan ku percepatkan langkah menuju ke arah rakan itu.

Berbasah basi,bertegur sapa,bertanya khabar berita.. datang lagi seorang rakan.. borak-borak seketika lagi dan aku mula menurunkan tandatangan pada memorandum yang diedarkan. Tidak lama berbual, aku minta izin untuk naik ke Livingstone Tower untuk meletakkan bag dan barangan yang aku bawa.. dan berjanji untuk turun semula memberi sokongan kepada mereka pada pukul 11.00pagi.

Menghampiri ke 11.15 pagi kami turun ke hadapan bangunan McCance. Ramai telah berada di situ. Ucapan demi ucapan kedengaran dilontarkan oleh individu yang berbeza-beza.

Selesai ucapan.. kami berarak masuk ke bangunan McCance itu.. Laungan dan jeritan 'Viva Palestin' kedengaran dengan kuat dan bersemangat..


Kami pula sibuk bergambar sakan dalam bangunan McCance itu yang penuh berselerak dengan barangan bantal, tilam, duvet, beg-beg, makanan sana sini.. Sememangnya mereka jadikan ruangan kawasan pendaftaran itu sebagai rumah penempatan sementara, tidak ubah seperti tempat tumpangan sementara mangsa-mangsa banjir ;)

Melihatkan mereka yang sungguh bersemangat melaungkan dan menyanyikan lagu-lagu dan kata-kata semangat sedikit sebanyak juga mengusik hati dan sanubari.. Walaupun aku tidak bersama mereka bermalam di situ tapi tetap merasakan betapa mereka benar-benar sanggup untuk berjuang hingga mencapai kata sepakat dan persetujuan dengan pihak universti ;)

Aku dan rakan terpaksa beredar lebih awal kerana ada urusan di CIS tengahari itu. Ketika dalam perjalanan ke bangunan bersebelahan, kami bertembung dengan kumpulan yang selesai bertemu 'Vice Principal'. Seorang gadis dalam kumpulan itu memaklumkan kepada kami tentang keputusan yang diperolehi dari hasil pertemuan itu dimana

i. Menghentikan pesanan air dari Eden Springs serta merta;
ii. Debat dengan pihak BAE Systems akan diadakan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meneruskan usaha untuk menghentikan dana yang diterima dari BAE;
iii. Sebanyak 3 orang pelajar Palestine akan dibiayai pelajaran mereka oleh SU dan bilangan ini akan dikaji semula mengikut kemampuan SU pada masa hadapan;
iv. SU akan menjalinkan hubungan akademik bersama Islamic University of Gaza;
v. Kempen untuk membantu Gaza di SU dibenarkan;
vi. Press statement akan dikeluarkan bagi membidas pihak BBC & Sky.

Mendengar berita yang mengembirakan itu cukup mengujakan.. Kami ucapkan tahniah berkali-kali kpada mereka dan mengucapkan terima kasih atas usaha murni mereka itu

Cerita lanjutan tentang SU Occupation boleh dibaca secara terperinci dari blog akuatik dan beberapa laman web lain


http://tinyurl.com/occupationstrathclyde
http://strathclydeunioccupation.wordpress.com/
http://occupations.org.uk/?p=334
http://pulsemedia.org/2009/02/05/strathclyde-students-win-agreement/

Tahniah pada mereka yang sanggup berjuang dan memberikan sokongan yang tidak terhingganya.. dan Insyallah perjuangan ini diteruskan lagi di masa hadapan ;)

5 comments:

Ungku Nor said...

InsyaAllah, amin..

SRISUFI said...

salam hebat sis


wah...sangat respek u sis.berani kerana benar kan sis.semoga di mana2 pun erti keadilan itu dapat ditegakkan.

hehe..bila g cutinya?excited nih nak join to Paris

ibundo said...

tersentuh hati membaca entry ini. Semuga perjuangan kalian mendapat ganjaran yang sepatutnya.

Faisal said...

kalau buat kat sini buleh kena ISA.. hmmm...

iina said...

Kak Pah

Insyallah.. hanya itu sahaja yang mampu kami buat utk membantu palestin dan mencapai keamanan sejagat ;)

Faisal

Itulah bezanya negara penjajah dan negara yang dijajah.. sini hak bersuara bebas.. pelajar2 yang membuat demontrasi telah dijanjikan tidak akan diapa-apakan.. dan tidak akan diusik.. itu janji pihak universiti.. lagipun kami membuat demontrasi untuk kepentingan universiti dan pelajar sama.. kena ingatlah pelajar international kat sini bayar 3 kali ganda yuran pengajian dari pelajar tempatan.. seorang pelajar international boleh sponsor 2 pelajar local tau.. so kami ada hak apa ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin