Kita biasa dengar ungkapan ini kan??
Tapi kadangkala ada juga.. makin bertanya.. makin sesat jalannya..
Makin ditanya.. makin pusing-pusing cari jalan.. lama-lama terus sesat barat..
Tapi.. tidak dinafikan juga.. bertanyalah.. kalau tak tahu.. dari terus sesat.. dari terus mencari.. sekurang-kurangnya kita dapat cari penyelesaian atau setidak-tidaknya jawapan untuk sesuatu persoalan itu..
Dulu pernah juga disebut..Kalau sesat.. biasanya susah nak bertanya.. segan.. malu.. ego ;)
Di sini kalau sesat jalan?? Biasanya penyelesaiannya adalah 'satelit navigator' penyelesaiannya.. yang berbagai jenis jenama.. TomTom.. Garmin.. Binatone.. Navman.. Itu pun kadangkala sesat juga sebab pening baca arahan 'navigator'.. Terutama kalau jalan itu berpusing dan banyak simpangnya.. kena pula terlepas simpang dan terpaksa menunggu 'navigator' mengira semula cadangan jalan yang baru..
Sesat begini setidak-tidaknya ada jugalah penyelesaiannya.. dan bertanya itu kadangkala tak perlu pun.. Paling tidak kita bawa buku berpeta.. dan ikut papan tanda jalan.
Tapi kalau sesat dalam kehidupan?? Pilih jalan yang salah?? Buat pilihan yang tak kena dengan haluan yang terpesong akidahnya.. agamanya?? Namun sebenarnya masih belum terlambat kan.. Pintu taubat masih terbuka.. dan setiap manusia berhak berbuat kesilapan.. dan berhak juga memohon keampunan dan keinsafan..
Ketika aku membaca buku La Tahzan ada disebut pada Bab 23. Allah Adalah Satu-Satunya Penolong
Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada TuhanNya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah Subhanu wa Ta'ala.
... cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan ni'mat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Ali-Imran 173-174)
Dan di akhir bab itu disebutkan juga..
Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana. Jadikanlah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta berkurangan, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda berkurang, dan mata pencarian anda menyempit, mnengadulah kepada Tuhanmu seraya mengucapkan "Hasbunallah wa ni'mal wakil"
Apabila anda takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus akan kalimah ini "Hasbunallah wa ni'mal wakil"
Oleh itu.. Malu Bertanya Sesat Jalan.. Bukan sekadar diaplikasikan dalam mencari jalan semasa berjalan atau memandu.. malah turut kita jadikan panduan dalam melayari kehidupan.. Jangan pula bersikap penting diri.. Suka-suka bertanya.. dan pura-pura sesat jalan.. ini pun ada.. kenapa?? sebab ada kepentingan yang diperolehi dari bertanya itu..
Kesimpulannya.. Tak tahu tanya.. Tak pasti tanya.. Tak mengerti tanya.. Tak pandai tanya.. Setiap kita tak sempurna.. Tiada yang sempurna melainkan Allah s.w.t sahaja
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
13 comments:
salam sis
ngeee..
masih bersaljikah di sana?
sesat?
banyaknya sesat sekarang.
cemana pun 'kembali ke pangkal jalan'
definisi sgt murni juka dihalusi.
=)
Salji dah takde kecuali di pergunungan masih ada saki baki.. betul balik ke pangkal jalan.. tapi ada juga yang taknak balik.. ;)
ada orang sesat jalan tapi dia suka pulak sebab jalan yang kat pangkal ni menyusahkan dia. jalan yang sesat tu jugak yang ditujunya. Muga Allah bukakan hati untuk kembali ke pangkal.
Akak kalau nak cari jalan ni malas nak tanya asben. "Jalan lurus, pastu masuk kiri. jumpa simpang masuk kiri lagi". Mulut cakap kiri tapi tangan menggaya ke kanan. Lagi le betambah konpius akak ni.
Kak Pah
Betul tuh kak.. ada yang masih selesa dipangkal yang sesat tuh.. byk yg saya tengok.. yelah nikmat dunia lebih mengembirakan ;)
bab tunjuk jln itu mmg ler kak.. samolah kita.. tension jek tanya kdg2 kan.. selalu den suh jek dia drive kek depan.. paksa.. dulu bila masuk kl sesat.. jam2 tuh juga den call pakwe.. guide jln.. maklumlah diakan pemandu tegar ;)
Iina...orang yang malu untuk bertanya akan selalu sesat dalam kehidupan...sebab kita ini serba kekurangan...biar bagaimana pandai pun kita...masih ada yang lebih pandai dari kita...
Dato penah cakap kat akak bila kami sesat barat tak jumpa tempat dituju,
"takpe je sesat, at least kita tau jalan ni kuar mana, jalan tu kuar mana.."
apa2pun dalam idop ni kena positif, kan?
salam Iina, dah sihat dah?
akak batuk je yg masih ngengada dok manje2 kat tekak nih..hehe
aku tak sempurna...pinjam kata2 KTS,hehe. Aku tak reti tgk signboard, kompius. Ptt kena ke kiri aku ke kanan, psttt: pinjam navigator ko jap nak chokit,hahahha.
Salam, saya pun sudah baca buku tu separuh, tak abis-abis lagi sebab selalu je tertidur. Banyak panduan yang perolehi terutama bila mengenangkan diri yang serba kekurangan ini. Apa pun setiap masalah, dugaan atau kesesatan itu ada ubatnya cuma kadangkala kita yang leka sangat dengan dunia ni tak nampak jalan pulang. Saya tak terkecuali berhadapan perkara yang sama. Sebab itu Rasulullah sendiri pernah bersabda yang iman manusia ini seperti sehelai bulu ayam, terkena hembusan nafas pun ia boleh berganjak. Demikianlah lemahnya iman manusia, termasuk sayalah tu. Apa pun sama-samalah kita berdoa Allah tetapkan hati kita supaya sentiasa tetap hanya padaNYA dan cepat2 tersedar dan mahu memperbaiki bila melakukan kesilapan. Bak kata sahabat saya there is always a room for improvement. Ye tak :D
stujus, malu bertanya sesat jalan, utk tak bertambah sesat, tanya kepada yang ahli :)
Kak Anie
Betul tu kak.. walaupun kita rasa kita nie dah cukup pandai sebenarnya ada org lain yg lebih tahu dari kita.
Kak ungku
Betul tuh kak.. jln masuk n kuwa.. tapi kalau kena tmpt yg kita tak pernah pergi.. lain cerita kak.. kenalak kat luar negeri nie yg bangunan lebih kurg sama jek.. sini mana ada bangunan bercat..
musim kot kak.. saya demam dh ok cuma batuk n selemo jek ada gik
Juliet
aku ye UK ye coverage.. alah takat p chokit.. kata org KL wakakakah
Kak long
Yup.. setiap manusia ada kelebihan dan kelemahannya.. cuma bagaimana kita seimbgkan benda2 tu dlm hidup ;)
Mak Su
Betul tanya pada yang ahli ;)
kak tumpang tanya..
saya nk gi HARRODS.. nak naik bas mini nombor baper?
hehehehe..
dah sihat ke kak?
saya sesema tak ilang2 lg nih..
kt opis dok dlm ekon.. tesumbat lobang idong..
uhuhuhuhu
ko sesat ke??
aku tanya sbb aku tak pasti :P
Piah
Akak p naik underground tau. Xmain ler naik bas.
Ko sumbat yo ngan tisu pastu buat2 lupa wakakah.
KTS
Sesat biasa. Peh nie aku nk sesat p Paris lak.
Post a Comment