Wednesday 4 February 2009

Info Terkini 'March for Gaza'

Selesai solat isyak tadi.. aku terima pesanan ringkas dari sahabat yang kini bermalam di bangunan McCance. Mereka berempat bermalam di situ malam ini. Aku balas dengan ucapan tahniah buat mereka kerana sanggup berjuang untuk kepentingan sejagat ;)

Menyemak di kotak 'inbox' terlihat sebuah email tentang maklumat terkini demontrasi berkenaan.. Aku kongsikan di sini buat renungan semua (Mohon izin wahai sahabatku.. moga dikau tidak kisah aku kongsikan maklumat ini ya)

Salam semua,

Untuk makluman semua, kumpulan demo akan terus berada di McCance Building sehingga esok pagi. Mereka merupakan kumpulan ke 20 (untuk keseluruhan Britain) yang melakukan 'occupation' iaitu terus mendiami tempat berkenaan sehingga segala permintaan dipenuhi.

Kami telah menghantar delegasi untuk menemui Principal. Kumpulan pertama (5 orang) kembali dengan janji2 oleh pihak atasan yang tidak memuaskan hati pejuang. Pihak Universiti lebih menjurus kepada aspek kepentingan universiti. Cuma 2 scholarship sahaja akan diberikan kepada pelajar2 di Palestine, kontrak dengan Eden Springs dan BAE cuma akan disemak dalam masa 1 bulan. Kami kemudiannya menghantar kumpulan kedua (5 orang) tetapi mereka hanya mampu berbincang dengan Secretary (Peter). Keputusannya, kami sekali lagi agak kecewa kerana tuntutan menamatkan kontrak dengan Eden Springs tidak dapat dilakukan dengan kadar segera. Janji pihak atasan... tindakan hanya akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu. Pejuang2 menyatakan bahawa mereka yang berada di Gaza sentiasa tersiksa kini dan bukan dalam masa 2 minggu lagi. Tuntutan telah dimajukan sejak 3 bulan lepas dan tiada apa2 langkah drastik yang dilakukan oleh pihak atasan. Scholarship dan kontrak dengan BAE akan dikaji. Again we were not satisfied.

Kami dilindungi oleh NGOs & pelbagai pihak. Malaysian cuma 5 orang (seorang dah belot, I lah tu... isteri solehah ) dan yang tinggal kini adalah Atikah, Harny, Syifa & Adilah. Pihak universiti dan polis tidak dibenarkan mengapa2kan mereka yang berada di dalam bangunan berkenaan. That is what they call 'Democracy'. Sehingga I balik tadi, President of Stop War Coalition (Scotland), BBC dan ramai lagi pihak2 yang memperjuangkan hak2 kemanusiaan di Palestine mengadakan lawatan dan menyatakan sokongan kepada semua yang berada di dalam bangunan.

Frankly speaking, this is my first experience. Mula2 takut juga kalau2 kena tangkap dengan polis or security (bayangan demonstrasi di Malaysia sentiasa menghantui fikiran). Rupa2nya security guard pun sokong kita. Polis? Tak boleh sentuh pelajar. Pejuang2 ni ada link yang cukup kuat dengan peguam, pertubuhan hak asasi manusia, pelajar2 dari seluruh universiti di Britain dll. Rasa sungguh kagum dengan mereka yang mengenepikan perbezaan kaum, bangsa dan agama demi memperjuangkan hak2 warga Palestine & other human right. Kami menerima sms dari pelbagai pihak menyatakan sokongan. Ada pihak2 tertentu yang menghantar makanan halal dan minuman untuk kami di dalam bangunan. Sehinggakan kami merasakan agak simpati pada mereka yang berada di luar bangunan.

So friends, apa yang termampu kita di luar lakukan sekarang? Tepuk dada, tanya selera. Buatlah apa yang termampu agar saudara mara kita di Palestine akan dibebaskan dari cengkaman rejim zionis. Just to inform you... Muslim hanyalah 1/3 dari yang hadir (53 orang semuanya yang berada dalam bangunan).

Doakanlah juga mereka yang berada di dalam McCance Building akan terus kuat dan tabah memperjuangkan tuntutan mereka.

Apa tuntutan mereka (I'm not good with translation):
i. Kontrak SU dengan Eden Springs (Israel wholly owned company) ditamatkan;
ii. Dana yang diperuntukkan kepada Engineering Deparment adalah dari BAE (massive arms company) yang menjual peralatan perang kepada Israel. Mereka mahukan SU mencari dana lain dan menyingkirkan BAE dari SU;
iii. Lembaga SU mengeluarkan kenyataan membidas tindakan Israel mengebom Gaza;
iv. Bayar dan bantu (dalam bentuk biasiswa) kepada 50 orang warga Palestine untuk belajar di SU;
v. Membantu Islamic University of Gaza dalam bentuk kerjasama (twinning programme) ataupun penghantaran bantuan kewangan;
vi Membidas BBC yang tidak menyiarkan rayuan DEC untuk Gaza, hebahkan di SU tentang rayuan yang dibuat dan mengadakan 'fundraising day' di kampus SU
vii. Menentang tenaga akademik Israel yang mengadakan penyelidikan ketenteraan di SU.

Gambar2 berkaitan akan saya upload kat Facebook nanti. O.K then, apa2 perkembangan terkini akan saya bawakan kemudian.

Take care, smile always...

Freedom for Palestine & Aid for Gaza :)

Maal Salamah


Insyallah Allah bersama mereka malam ini dan semoga semua hasrat murni itu mendapat keredhaannya.. Buat mereka yang berempat rakyat Malaysia yang bermalam di sana.. Semoga kalian semua kuat dan cekal hendaknya..

Selamat Berjuang sahabat-sahabatku.. Kami di luar ini sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.. Insyallah

Masa untuk beradu.. Semoga kalian juga mampu melelapkan mata dengan selesa malam ini..

Esok pada pukul 11.00pagi akan diadakan rally di hadapan bangunan McCance.. Marilah kita bersama-sama menyuarakan 'Freedom for Palestin and Aid for Gaza'. Insyallah

2 comments:

ibundo said...

selamat berjuang kepada mereka. kpah iringkan dengan doa.

julietchun said...

Dari bumi Malaysia,kami semua mendoakan yg terbaik buat saudara2 kita yg sanggup berjuang utk Palestine.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin