Thursday, 20 November 2008

Mencari keikhlasan

Sudah dua hari ini secara tidak langsung aku turut memikirkan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh seorang sahabat.. walaupun dalam diam secara sedar tak sedarnya.. aku perasan ada sedikit perubahan yang berlaku.. dari cara ayat yang disusun.. dari tulisannya.. aku fahami sedikit sebanyak apa yang terjadi..

Aku telah menjangkakan.. dan sebenarnya memang merasakan.. dia ada masalah.. cuma biasalah kadangkala bila kita ada sesuatu persoalan atau kesusahan yang menimpa akal, fikiran dan perasaan jarang sekali kita luahkan secara lepas bebas tanpa batasan.. pastinya ia terluah secara sedikit demi sedikit..

Aku faham benar.. memang agak sukar mencari keikhlasan dalam sebuah persahabatan.. ramai orang bersahabat.. berkawan.. berteman.. berkasih.. namun mencari keikhlasan yang sebenar dalam erti persahabatan itu kadangkala disukar ditemui

Ya niat asal pastinya bermula dengan keikhlasan.. tapi kadangkala bila kita mulai mengenali sahabat.. kadang muncul pula rasa-rasa yang lain.. ditambah pula dengan sogokan atau tunjuk ajar dari sahabat lain yang mampu mengubah pandangan kita terhadap seseorang itu..

Aku sendiri akui, aku agak sukar mendekati seseorang kerana sifatku yang lebih suka berdiam diri.. tapi selalunya bila sampainya.. kadang aku pula yang sukar untuk berhenti bercakap.. kadang aku pula yang terlebih mesra.. tapi mesraku pada yang aku telah kenali.. bukan hentam keromo sewenang-wenangnya..

Memang mudah berkata "Saya Ikhlas, benar-benar ikhlas.." tapi melaksanakan kata-kata itu tidak semudah melafazkannya.. Apatah lagi bila kata-kata itu diucapkan tatkala tengah mabuk bercinta.. hatta semua yang lain ditolak tepi kononnya.. harta benda semua bukan ukuran diungkapkan..

Emmm.. mendengar kata-kata ini mengingatkan aku pada kata-kata emak tentang seseorang yang pernah melafazkannya di hadapan mak.. bak kata mak.. bila kata-kata itu dilafazkan.. dia juga tahu menilai sama ada ia ikhlas atau tidak dari nada percakapan dan tindak tanduk perbuatannya..

Sememangnya.. jika sekadar melafazkan..tanpa ada rasa ikhlas yang benar-benar dalam diri.. pastinya keikhlasan itu tidak akan menyerlah.. aku percaya itu.. cukup percaya.. sebab itulah.. dalam menyampaikan kuliah-kuliahku lewat masa lalu.. keikhlasan itulah yang sering aku jadikan asas kepada setiap ilmu yang aku sampaikan.. dan secara aku tidak sedar.. mereka sendiri mampu menghargai keikhlasanku tanpa perlu diminta-minta..

Sabarlah sahabat.. yang penting niat kita yang ikhlas.. aku juga masih belajar tentang kehidupan.. tentang persahabatan.. tentang erti kasih sayang dan cinta.. tentang keikhlasan.. tentang erti menjadi manusia di bumi Allah ini..



Hadapi hari-hari dengan senyuman.. Ingin aku ulangi kata-kataku pada sahabat ku itu

Senyumlah selalu walaupun hati kita menangis.. tapi percayalah bila kita tersenyum, sedikit sebanyak senyuman itu pasti berbunga juga di hati..

10 comments:

Ungku Nor said...

yang penting, kita berkawan bukan sebab material yang diberikan.

sebab tu suma tak kekal.
ikhlas jugak yang tinggal dalam hati..hehehe

Enche' Adykasyah said...

"Hadapi hari-hari dengan senyuman.. Ingin aku ulangi kata-kataku pada sahabat ku itu"

Macam tajuk lagu kumpulan Dewa19 aje...

Kaktiny said...

aku senyum membaca entri ko hari ini...

dan.. aku cilok lagi menda2 yang ko post nih.. aku print and lekat kat dinding opis aku tunjuk kat ko yek.. kihkihkih..

luv u.. muaaahhhh...

julietchun said...

"Ikhlas", satu perkataan yg mudah diungkap tapi sukar untuk di laksanakan sepenuhnya ya. Dlm bersahabat ni mcm2 dugaan yg harus kita lalui,kita buat baik di kata nak menunjuk. Sabar dan tawakkal saja. Pssst! Na, Diego Maradona ade kat Glasgow kan, kim slm kat dia.:D

iina said...

Kak ungku

betul tu aye.. aye.. tapi kdg2 yang material tu yg lebih dilihat

ady..

yeke.. camtu akak leh jadi penulis lirik lagu2 diorg lah ekk.. lagu apa ye? kena cari nie hehhee

Tiny..

tampal.. buat2 cam umah sendiri tampal penuh dinding hehhehe.. aku mmg buat kat rumah sendiri bg ada art sikit.. nak melukis aku asyik takde mood je.. bila time nk mewarna je aku jd malas.. lebih baik aku edit guna photosop pastu aku print senang heheheh

juliet..

tulah. tapi kalau aku buat baik kat ko.. aku ikhlas tau heheheh (walaupun sebenonya aku ada niat nak suh ko belanje aku.. aku ckp terus terang nie takde sorok2 kan)..

ahah maradona ada kat sini.. kecoh sat ler pasal dia dtg sini.. tapi aku tak sempat jumpa dia ler.. I bz ler and no komen.. ewah22 cam aku lak yg glamour hehhehe

badakbiru said...

mmm..org itu seperti saya..mencari keikhlasan dalam persahabatan,kdg2 hairan knp sukar mncari true friend in this world..friend that know me and accept me who am I..
note: blog adalah tmpt utk luahkan segala rasa dihati dikala lisan tak dpt diterima lg..:)

Nazali Noor said...

Iina..

Tulah Iina..kadang2 persahabatan yang dibina sekian lama senang sahaja musnah dalam sekelip mata disebabkan onar yang sekecil hama...Sedih kan?

p.s- jumpa esok ya...:-)

iina said...

badakbiru..

dik.. memang blog ruang utk kita menulis apa yg ada dlm hati kita.. tapi kdg2 disalah erti n mungkin org yg baca tu tak faham.. ragam manusia dik macam2.. tapi insyallah.. kita akan jumpa juga dengan sahabat yang sejati

abahnajwa..

tulah abah.. sebab kdg2 kita lebih melihat keburukan yg sedikit tu dari kebaikan yang banyak..

kita berentap sok hehheh.. dah promote gerai nie takde dapat diskaun ke abah.. ke dapat kuih free ke heheheh.. kita jumpa sok ekk insyallah

fajar said...

keikhlasan itu perkara yang terlalu subjektif. bahkan, ikhlas itu di dalam hati. bukan urusan sesama manusia. tetapi, disimpan tulus kerana semata-mata kerana-Nya.

iina said...

Fajar..

betul tu fajar.. ikhlas ini memang terlalu subjektif dan asbtrak.. sukar dilihat dan kadang juga sukar dinilai.. benar hanya allah sahaja yang tahu sejauhmana keikhlasan hati manusia

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin