Monday 10 November 2008

Apa? Mengapa? Kenapa?

Isnin kembali lagi.. rasa agak janggal melalui hari isnin hari ini.. setelah 2 minggu Isnin aku lalui di tanahair..

Entah kenapa aku rasa sedikit kelainan.. berbagai rasa datang dalam diri, hati dan fikiran aku.. puas aku cuba ungkaikan kesemua rasa itu.. semua bercampur-campur.. semua rasa seolah bersatu dalam diri aku.. puas cuba aku asingkan satu demi satu.. tapi aku seolah tidak tahu dari mana harus aku mulakan..

Minggu ini bermulanya aku berada di kerusi study di CIS setelah hampir setahun setiap pukul 2.30 petang pastinya aku akan bergerak keluar dari bangunan ini. Mungkin itu jugalah penyebab mengapa aku rasa sedikit asing.. setelah setahun masa petang aku habiskan di tempat kerja.. kini rutin itu sudah tidak ada lagi.. wujud kejanggalan dan keasingan pada ketika ini..

Kegelapan telah datang.. waktu maghrib sudah tiba.. jam baru sahaja pukul 4.39petang.. melihat ke tingkap di sisi yang gelap dan diselang selikan dengan bunyian angin kuat yang menerobos dicelah-celahnya.. mungkin sahaja membangkitkan rasa seram.. tapi apa yang nak diseramkan baru pukul 4.40 petang.. bukannya pukul 12tghmalam..

Aku sedikit bosan.. bukan tidak ada kerja.. ada banyak dan melambak tetapi mood aku yang agak bercampur-campur membuatkan aku sedikit hilang fokus.. hati dan fikiran mula ingat rumah.. mula ingat apa yang perlu aku masak hari ini.. perut juga telah mula menyanyi-menyanyi.. semenjak dari tengahari tadi aku asyik mengunyah tak henti-henti.. sudah 2 gelas air hot coklat jadi santapan aku.. ditambah pula dengan sup sweetcorn mexican style.. kalau berterusan beginilah.. mahu bertambah berat badan aku..

Dulu bila aku bekerja pagi dan petang selalunya aku jarang sekali ingin mengunyah itu dan ini.. mengenangkan perlu bekerja petang hari, selalunya aku sering pastikan perut tidak terlalu terisi.. cukup sekadar dapat menahan lapar seketika.. dan bila pulang ke rumah dek kepenatan bekerja aku pula kurang selera untuk makan.. kadang hanya menjamah ringan makanan yang ada.. kalau ada pun nasi di pinggan sekadar sesenduk kecil sahaja.. kepenatan membatasi selera aku..

Kini.. rutin kehidupan perlu diubah semula.. aku sudah terbiasa aktif bergerak pada sebelah petang hari.. otak aku seolah tepu pada waktu ini.. nampaknya aku perlu merancang sesuatu untuk aku buat pada petang hari.. jika berterusan begini mahu aku isi dengan asyik makan sahaja.. antara yang sangat-sangat aku nak elakkan..

Aduhaii.. leceh betul.. badan pun dah mula semacam rasanya.. entahlah adakah dek perubahan cuaca dan badan kerana baru sahaja pulang dari tanahair.. atau komposisi badan yang sedikit terkejut dari merasa bahang panasnya di malaysia dan secara tiba-tiba mengharungi bahang dingin cuaca di Glasgow.. ahhh.. aku tidak tahu yang mana satunya..

Semuanya ada kemungkinan.. dan aku juga seolah tidak bentah untuk terus duduk dan mengadap pc.. terfikir untuk beriadah.. tetapi dengan cuaca sejuk dan melewati malam hari yang semakin cepat.. timbul pula rasa malas yang bermaharajalela..

Apa? Mengapa? Kenapa? Adakah akan datang jawapannya??

Apa pun aku nak balik.. perlu mencari pelembap muka.. muka aku kini kering teruk dek penangan cuaca dingin..

Mungkin akan aku cari jawapannya ketika window shopping nanti.. itulah dia perempuan.. alahai.. benda-benda yang sejak dulu aku mahu elakkan.. kini aku lalui semula semua ini bila kebosanan datang melanda..

Aku jadi rindu tiba-tiba.. ada kerinduan yang tertinggal jauh di tanahair.. teringatkan ketika rasa bosan dan buntu begini pastinya akan aku temui dia untuk mengisi masa dan luah rasa.. Ini adalah salah satu dari rasa terkilan yang sering bersarang dalam diri aku.. entah kenapa aku rindu.. mulanya aku kira rindu itu tidak ada.. tapi rupanya aku silap.. walau aku cuba tidak melayan rasa rindu itu.. rupanya dalam diam dia datang mengetuk pintu hati aku perlahan-lahan.. dan ya aku jadi rindu ..

Sabarlah hati.. aku perlu terima kerinduan itu tetap kekal di hati.. hanya rasa rindu itu entah mengapa membara kini..

9 comments:

Enche' Adykasyah said...

Kak Iina kat sana mesti tekun yea.. Saya kat sini pun tgh study ni.. dah hampir jam 2 pagi tak tido2 lagi.. Esok pagi keja mcm biasa.. Pengorbanan untuk keluarga juga.. Memang masa tu pada saya sentiasa tak cukup.. Maklumlah dunia dah di pengakhiran ni.. Sejam macam seminit aje.. So, kalau rasa boring2 tu rajin2 la isi masa dgn benda2 yang ada manfaat.. Lama dah tak letak komen.. Sesekali terpanjang lah pulak..

iina said...

Ady

Ketekunan pada peringkat study phd ini amat abstrak maknanya.. ia tidak semudah membaca buku dan memuntahkan semula semua yang telah dibaca dan dihafal.. tekun kadangkala tidak ada.. kadangkala buntu sahaja yang asyik mengundang ketikanya.. tetapi bila sampai masa tekun dan ilham itu tiba memang masa pun seolah rasa tidak cukup..

terasa sungguh bezanya bila mencari sesuatu yang kita sendiri teraba-raba penyelesaiannya.. rasa dah jumpa tapi sebenarnya masih jauh yang perlu digapai..

Brahim Nyior said...

Iina,

Setiap ujian yang kita lalui, ada hikmahnya yang tak terduga.

Allah beri kesempatan pada puan untuk menjejak kaki ke negara orang, ambillah kesempatan menikmatinya, asalkan masih dalam batasan agama dan budaya.

Saya tak punya kesempatan sebegini, biarpun hati melonjak-lonjak teringin ke luar negara..

Kaktiny said...

ko rasa rasa ada tak sekelumit rindu ko kat aku?.. hehehe...

aku rindu kat ko...

perasaan cam ko ni yang buat aku cam nak ikut kata2 adik beradik aku utk tak teruskan niat buat PhD kat ober d sea tuh.. hhuhuhuhuhu..

aku ni lagi kronik bab layanz jiwang blues karat nih.. huhuhuhu

julietchun said...

Mana pegi komen aku weiii? Ko dok teringat kat kg laman lagik tu. Aku dah komen pepagi tadi.

iina said...

Ibrahim> terima kasih atas ingatanti ada peluangnya nantikan utk ke luar negara mana tau kan

Tiny> alah jiwang apasalahnya.. bila lagik ko nak merasa jiwang karat dan peluang untuk berada di negara orang.. kalau asyik ikut kata2 orang sampai bila pun kita takkan dapat buka minda dan keluar dari kepompong hidup yg ada keliling kita.. so heheheh apa lagik sahut ler cabaran aku.. dulu aku pernah cabar kwn baik aku utk study obersea.. dia pun cam ko kejap nak kejap taknak.. mcm2 rasa.. sampailah saat2 akhir.. tapi aku sentiasa bagi sokongan walaupun dia selalu tak yakin dan sentiasa was2.. akhirnya dia p gak ke NZ (mashi aku cite pasal ko nie bukan kutuk tau hehehe)

mestilah aku rindu kat ko.. kalau aku kat mesia sure aku dh ajak ko lepak eheheh.. so jaga diri ko tu k

juliet> manade komen ko tu.. awal2 pg aku bangun check email thru aku ke iphone pun takde.. ke ko salah htr komen kat blog org lain nie..mestilah duk ingat kg.. belum seminggu pun aku baru balik dr mesia nie tau ;)

Anonymous said...

Usaha tangga kejayaan. Kalau boleh postkan gambar-gambar menarik sekitar glosgow untuk tatapan bersama.

iina said...

puterabumi>sudah banyak gambar sekitar glagow yang saya letak dalam blog saya tetapi dalam entri sebelum ini.. belum ada gambar menarik lagi buat masa ini.. tetapi boleh cuba lihat2 entri2 yang telah saya postkan

azza_irah said...

iina..
tabahkan hati..kuatkan semangat...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin