Thursday 6 November 2008

Suasana pagi yang berbeza

Aku mulakan kerja hari ini.. setelah bercuti selama hampir 2 minggu.. ditambah dengan tidur sejak petang semalam.. melayan rasa letih dan pening kepala penat seharian di dalam penerbangan dari KLIA ke Dubai dan Ke Glasgow..

Hari sudah semakin sejuk.. daunan yang dulunya kuning dan masih memenuhi ranting pokok juga kini sudah berlainan sekali.. kebanyakan sudah mulai kering dan berwarna coklat gelap.. malah ada juga pokok yang sudah hilang daunnya..

Suasana pagi kali ini amat berbeza sekali.. rasanya seolah aku ketinggalan dalam melewati waktu musim luruh ini.. tidak lama lagi akan bermulanya musim sejuk.. bahang sejuk dan dingin sudah mula melanda.. kain penutup leher dan baju tebal kini menjadi pakaian utama.. lama sungguh aku tinggalkan kedua-dua benda utama itu..

Selama 2 minggu di Malaysia.. aku hanya berpakaian ringkas.. t'shirt dan slack.. kadang kala juga berbaju kurung.. malah semasa keluar malam hari fikiran aku melayang jauh ke Glasgow.. betapa meriahnya suasana malam di bandar.. betapa ramainya manusia memenuhi jalanan dan warung makan.. alangkah aku rindu semua suasana itu.. terkenangkan rumah yang ditinggalkan jauh di Glasgow.. terkenangkan segalanya..

Ketika berkereta ke sana sini dari Banting ke Klang ke KL ke Jelebu ke Tg Malim ke Kuala Pilah Ke Bahau ke Gombak.. semua laluan itu mengingatkan aku perjalanan yang pernah aku ikuti semasa berada di Glasgow.. teringat juga rakan-rakan yang ditinggalkan.. namun ingatanku pada urusan keluarga lebih meminta tumpuan maka aku lupakan semua yang aku tinggalkan di Glasgow.. namun dalam pada itu masih ada beberapa orang rakan yang masih sudi menghubungiku semasa aku berada di Malaysia.. dapat jugalah aku khabar berita tentang perkembangan yang berlaku..

Rumah yang ditinggalkan masih perlu dikemas.. masih ada baju yang perlu dibasuh.. masih ada barangan yang masih terletak di dalam beg.. untuk mengemas aku jadi malas.. rasa mengantuk dan letih masih ada.. apatah lagi kini waktu maghrib sudah masuk mulai pukul 4++ petang.. tapi yang seronok kini aku tidak lagi bekerja petang hari.. dan aku masih belum mahu ke CIS.. perlu mengemas dan menguruskan rumah mana yang perlu.. Insyallah esok aku akan ke CIS.. dengar khabarnya ada sahabat baru yang turut menjadi pelajar PhD di CIS.. baru sahaja tiba seminggu.. dan kini ada seramai 5 orang pelajar dari Malaysia yang mengikuti pengajian Phd di CIS.. pastinya meriah lagi level 11 itu..

Nanti akan aku update dengan segala cerita yang berlaku sepanjang aku berada di Malaysia.. Insyallah

4 comments:

cappuccino said...

selamat kembali..selamat pegang mop..selamat kembali ke dunia sejuk beku hehhehe...best x balik mesia?ish2 lagi mau tanya kan..

julietchun said...

Jgn rehat lama2, aku nak tgk gamba2 ko kat Mesia plak.

iina said...

rusdi> hehehhe lagi mau tanya.. best ler.. tapi masa aku tidur kat behrang2020 (umah aku) malam tu aku tak leh tidoooooo... panas oooooo.. terus aku ingat glasgow sejuknya time2 nie.. tensen sat aku.. tak leh bygkan betapa panasnya umah aku tu.. camna aku nak balik mesia sok nie.. waaa..

juliet> insyallah nanti aku upload kedian.. kena edit dulu ler gmbr byk sgt ler

Cikgooden said...

hang ni okey ke tak okey?..dok glasgow ingat mesia...balik mesia ingat glasgow.

aku syak hang masih mabok udara lagi kut..

(fuh...susah aku nak taip ayat ni sebenaqnya...)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin