Thursday 6 November 2008

Majlis Nikah Jai & Midah

Alhamdullilah syukur kepada Allah.. Akhirnya kami dapat melihat dan meraikan majlis pernikahan & persandingan adik kami Mohd Aizal & Siti Hamidah yang berlangsung pada 26hb Oktober 2008 pada hari Ahad pada pukul 12.30 tengahari..

Walaupun masih terasa penat letih dan Jetlag.. kami harungi juga urusan majlis berkenaan dengan termampu.. dalam pening-pening kepala jetlag.. aku masih gagahkan diri membantu mana yang termampu.. hingga sempat juga aku lelapkan mata semasa dalam perjalanan balik dari majlis berkenaan.. penat usah dikata.. ke sana sini tanpa henti.. ada sahaja urusan saban hari.. takde seharipun yang kami dapat rehat tanpa berbuat apa-apa semuanya dipenuhi dengan aktiviti urusan keluarga atau sahabat handai..

Aku paparkan gambar sepanjang majlis pernikahan tersebut..













Akan aku paparkan gambar majlis persandingan di entri yang lain.. perlu diedit semula menggunakan photoshop.. letih den.. ;)

7 comments:

Kaktiny said...

dah selamat ko yer.. AMPUNN.. aku tak dapat pi jumpa ko kat KLIA.. rupanya hantar bapak sedara laki aku tu (yang nak pi mekah tu) kat Kelana Jaya jer.. bukan kat KLIA.. ces ces ces..

apa apa pun.. hadiah utk ko masih dalam simpanan aku.. nanti esok esok ko balik.. aku masih tetap nak bagi kat ko.. dan aku 'berhutang' nak open table utk ko ngan laki ko weh..

sampai jumpa lagi.. salam sayang..

time kasih sudi carik umah aku sampai jumpa.. hihihihi.. time kasih sudi jumpa aku..

iina said...

Tiny

aku cari-cari ko gak kat airport tapi aku tau ko sure ada hal ye.. ko simpan jelah hadiah tu untuk aku sampai aku balik.. nanti ko tambah lagik extra.. open table insyallah.. nanti kita jumpa lagi..

sama-sama.. hati aku dah tergerak nak pergi rumah ko.. sebab itu aku cari juga sampai jumpa.. ko jaga diri.. jangan tensen2.. happy always k

Enche' Adykasyah said...

Wah.. dah boleh jadi wedding photographer dah ni...

Daffodil said...

HEHEHE... ada gak tselit gambo jurugambar nih... jenuh mcari dlm timbunan gambo reramai org! cun! cun!

iina said...

ady> itu gambar dari perspektif akak.. belum nak jd fotograper org lain heheheh

daffodil> heheheh.. ingat takde sapa perasan can cin cun kot.. ;)

mashi said...

weh... ko tak panas ke kat Malaysia..siap pakai selendang lagi..hehe

iina said...

mashi.. biar panas asalkan bergaya hehehhe.. tak panas sgt ler sebab tu aku pakai lgpun pakai kejap pastu duk dlm keta so ok jelah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin