Wednesday 5 November 2008

Failte gu Alba (Selamat datang ke Scotland)

Alhamdullilah.. aku akhirnya menjejakkan kaki semula ke bumi Glasgow..

Gambar ini aku ambil semasa menjejakkan kaki di KLIA pada 23hb Oktober.. masih tergantung kad-kad ucapan aidilfitri

Rasa seolah tidak puas berada di tanahair.. seolah rasa tidak cukup lagi rasa dihati untuk terus bersama keluarga dan juga masih ada beberapa urusan yang tidak kesampaian untuk diselesaikan namun aku telah sedaya upaya menyelesaikan mana yang termampu..

Kepenatan usah dikata lagi.. penat kenduri masih terasa.. itu belum lagi urusan keluarga yang masih berbaki banyak yang tidak dapat aku selesaikan sepenuhnya.. namun aku syukur kepulangan ini turut memberikan aku peluang meluahkan segala rasa hati dan fikiran aku yang telah sekian lama aku simpan dan pendam jauh di sudut hati.. Akhirnya semuanya terpaksa aku luahkan.. terpaksa aku katakan.. terpaksa aku emosi.. cukuplah sekali itu kata-kataku.. harapanku tidak ada lagi dimasa depan.. aku sudah malas.. sudah letih.. sudah tidah mahu lagi memikirkan lagi semuanya.. cukuplah.. mohonku keluargaku sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Apa juga aku syukur pada Allah untuk memberikan aku peluang untuk pulang bersama keluarga walaupun hanya seketika

Sebenarnya kepulangan kali ini pada mulanya aku berat hati untuk pulang.. namun pabila pulang... aku pula berat hati untuk kembali semula ke sini.. mahu sahaja aku lanjutkan tempoh masa di tanahair.. namun aku terpaksa pulang juga memikirkan tanggungjawab dan perkara lain yang turut menuntut kewajipan untuk ditunaikan.. aku pasrah walaupun hatiku terlalu berat untuk kembali ke Glasgow.. aku redha.. cukuplah walaupun hanya 2 minggu sahaja.. aku masih sempat juga bertemu sahabat handai.. walaupun hanya sekejap.. Alhamdullilah terlaksana juga..

Buat Tiny.. akhirnya aku jejak juga kakiku ke rumahmu.. walaupun kita tidak pernah bersua muka.. namun akhirnya kita bertemu juga.. buat Tokma.. saya hanya dapat lalu depan rumah tokma je. nampaklah kolam yang tersergam indah itu.. namun kita sempat juga berbual di telefon itupun sudah cukup buat saya Tokma.. Buat Kak Long.. insyallah ada peluang kita juga.. buat Azza_Irah.. walaupun kiriman itu hanya dapat saya berikan melalui adik azza.. insyallah saya percaya kita akan jumpa juga nanti..

Tidak sangka dalam bersahabat melalui blog akhirnya kita bersua muka juga.. semoga persahabatan ini berterusan dan berkekalan..

Entah mengapa hatiku rindu.. masih rindu.. masih teringat lagi pelukan erat mak.. ciuman mak pada kedua pipi kiri dan kananku.. sempat juga aku minta mak doakan semoga aku berjaya pulang membawa segulung ijazah.. sempat juga mak berpesan padaku..

Sayu.. aku sememangnya sayu.. hatiku sememangnya rindu... masih ramai sahabat yang tidak dapat aku temui.. ada yang dapat aku jumpa namun hanya sekejap cuma.. masa aku benar-benar suntuk dek perlu meluangkan masa untuk menguruskan kenduri.. apatah lagi kesian melihat mak mertua yang tidak dapat bekerja kuat dek kemalangan yang menimpanya..

Namun yang paling utama.. pertemuanku dengan seorang tua sewaktu di tanahair.. secara tidak langsung menjawab beberapa persoalan yang sering bermain dalam fikiranku.. tidak aku sangka disitu aku temui jawapannya.. apa yang aku rasa.. fikiranku turut disebut dan dijelaskan padaku.. malah apa yang turut ada dihatinya turut disebut bersama.. entah mengapa selepas mendengar penjelasan itu.. semua yang selama ini menyerabutkan fikiranku seolah dapat diungkai satu persatu.. hatiku sedikit tenang lenang.. seperti kata pakcik tua itu padaku..

"Anak kena redha.. kena lepaskan.. dan kena terima dengan sabar hati semuanya.."

Kata-kata itulah yang membuatkan aku seolah tersedar dari semua yang membelenggu fikiranku selama ini..

Apa juga.. ketika menjejakkan kaki semula ke bumi Glasgow tengahari tadi.. tulisan ini aku pandang dengan rasa sayu

Failte to Alba (Welcome to Scotland)

Tertulis besar di hampir setiap sudut dinding semasa berjalan kaki menuju ke terminal keluar.. Hatiku berkata.. akhirnya aku kembali semula ke sini untuk meneruskan perjuangan.. meneruskan tanggungjawab.. meneruskan cita-cita.. mengapai impian dan mencapai hasrat.. Insyallah..

Aku telah kembali semula.. Selamat bertemu kembali..

p/s Salam takziah buat keluarga Ida Shafina sahabat karibku zaman sekolah menengah (entri tentang dia pernah aku tulis di blog ini tidak lama dulu) Akhirnya Allah jemput dia dalam bulan syawal.. perkhabaran tentang dia baru sahaja aku terima melalui email dan msg YM.. maafkan aku kerana tidak dapat membalas email dan YM berkenaan kerana tidak berpeluang langsung untuk membuat semakan email semasa berada di Malaysia selama 2 minggu dek kesibukan dengan urusan keluarga. Semoga Allah cucuri rahmat keatas Ida.. tempatkan dia di kalangan orang-orang beriman.. manakan mungkin aku lupa dengan semua kenangan aku dan dia zaman sekolah.. Ya Allah.. kau tempatkan Ida dikalangan mereka yang engkau rahmati.. semoga engkau tenang di sana Ida.. aku tidak pernah bertemu denganmu selepas kita berpisah zaman sekolah.. dan kini aku tidak mungkin akan dapat bertemu denganmu hingga bila-bila.. Namun kenangan antara kita.. persahabatan kita.. suka duka.. sedih gelak ketawa.. akan aku kenang buat selamanya..

10 comments:

Cikgooden said...

yey..kak balik, yey yey..kak balik.


he he he...lama aku tak baca kesah glasgow haih.

julietchun said...

Sibuk btl ye sampai tak jengah langsung blog kawan2. Semoga ko dah dpt jawapan pd setiap persoalan yg ko simpan selama ni. Slmt kembali.

Enche' Adykasyah said...

Amboi.. sedih tue..

aNIe said...

Iina...entah kenapa...akak sayu aje membaca tulisan Iina kali ini...banyak emosi yang tersirat di dalamnya...

Betul kata pakcik tu...

"Anak kena redha.. kena lepaskan.. dan kena terima dengan sabar hati semuanya.."

semoga apa yang dikatakan terus tersemat dihati iina...kerana kata2 itu bukan hanya untuk iina...bahkan pada kita semua...

Al-Fatihah juga buat Ida...semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Ameen...

Takziah juga buat keluarganya...

iina said...

cikgu> :) sorak2 tu ada lompat2 ke ada ler trill sikit

juliet>heheheh.. yelah bz ler tak sempat nak berblog..

Ady> sedih ke? mestilah sedih tinggal keluarga.. pasnie tggu habis study insyallah

Kak Anie> thanks kak.. terima kasih atas ingatan dan doa akak ..

akuatik said...

selamat kembali ke glasgow :)

zura aini said...

welcome back to blogging arena. miss pemandangan hindah glasgow.

Ina Seri said...

na mana gambar kahwin.Tak sabar nak tengok ni.....

Kaktiny said...

aku sedih tak dapat hantar ko kat airport.. huhuhuhu....

tetiba... aku rindu ko weh.. huhuhu...

Unknown said...

Salam Kak,
Saya plan nak pegi glasgow, bole tak bagi email address?

My email add = dorazida@gmail.com

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin