Sunday 9 November 2008

Jet lag lagik ke?

Aku kira aku takkan terkena jetlag nie.. memandangkan sudah 3 hari aku kembali ke Glasgow masa tidurku masih mampu mengikut waktu disini apatah lagi Jumaat aku telah kembali semula ke CIS.. namun separuhnya aku habiskan dengan makan tengahari di city centre bersama Ann.. lepas tu apa lagik kami pergi berjalan-jalan window shopping memandangkan Ann sedang mencari-cari hadiah X'mas untuk supervisornya..

Semalam sabtu.. hari untuk bermalasan di rumah.. namun mengenangkan hampir kebanyakan barangan mentah sudah kehabisan.. beras,minyak, santan, sayuran dan lain-lain lagi.. maka aku katakan pada pakwe.. kita kena beli barang hari ini.. hampir ke pukul 2 petang aku ke Rite Way dan Asda.. puas jugalah mengangkut barangan tersebut dari kereta..

Sampai kerumah pukul 4 petang.. hari sudah semakin gelap.. aku agak rasa kekok seketika yelah sebab perubahan waktu dan suasana yang cukup berlainan sekali.. seolah baru sahaja aku berada di Malaysia melewati waktu maghrib pada pukul 7++malam.. malah kadang pada waktu itu aku masih diatas berjalan ke sana sini mengunjungi rumah adik beradik dan membeli barangan..bila sampai ke sini.. waktu maghrib pada pukul 4++petang menyebabkan aku seolah buntu seketika.. awal lagi lampu telah dipasang.. pakwe pulak sibuk mengadap notebook.. aku?? duduk depan tv mengadap rancangan demi rancangan.. rasa mengantuk datang pula secara tiba-tiba.. entah kenapa aku terjaga.. ehh aku tertidur depan tv ke.. sah nie aku jet lag sebab masa itu baru pukul 5petang.. so apa lagi aku panjangkan langkah ke bilik tidur.. dan terus terlelap hinggalah ke pukul 3.30pagi nie.. bila aku semak dengan waktu malaysia baru pukul 11.30pagi.. aku tidur sejak pukul 1pagi waktu malaysia.. sah aku jetlag dan jam biologiku masih mengikut waktu malaysia adeihhh.. tak boleh jadi nie aku kena lawan rasa ini..

Rasa seolah rugi pula tidur seharian.. masih banyak kerja yang terbelengkalai.. apatah lagi bila bangun sewal pagi begini mata aku sudah tidak boleh dilelapkan semula.. tapi kalau aku layan mata dan badan aku begini.. mahu lewat petang nanti aku akan tertidur semula.. ahhh.. esok sudah hari Isnin.. sekejap betul hari cuti hujung minggu berlalu.. esok juga aku ada jemputan.. Sejak sebelum aku tinggalkan Glasgow ini jemputan makan hujung minggu pasti ada.. malah bila balik ke Malaysia pula.. hujung minggu pula sibuk dengan urusan kenduri kawin.. makan lagi!!! aduhai.. aku rancang untuk berpuasa minggu depan nie Insyallah.. lagipun waktu maghrib awal.. berpuasa waktu ini sungguh singkat sekali..

Sebenarnya semenjak balik beberapa hari ini aku seolah punya rasa terkilan terhadap beberapa perkara yang tidak sempat aku laksanakan di Malaysia.. entahlah seolah ada sesuatu yang membuatkan aku rasa tidak lengkap.. seolah ada urusan yang belum selesai.. semua perkara itu seolah datang dalam fikiran aku.. dan yang lebih parah menghantui tidur dan mimpi-mimpi malamku.. sudah 3 malam ini aku bermimpi yang bukan-bukan.. aku bangun tidur dengan rasa penat.. penat berfikiran dan penat badan.. seolah aku menangung sesuatu yang cukup berat.. entahlah.. sememangnya ada urusan yang belum selesai.. Namun doaku.. harapanku semoga Allah permudahkan segala urusan keluargaku.. Aku juga mohon kau lindungi keluargaku di Kampung.. apatah lagi melihatkan kesusahan hati mak.. walaupun berulangkali mak pesan padaku..

"ko jangan risau dan fikir sangat pasal keluarga"

Aku?? mana mungkin aku tidak akan risau.. mana mungkin aku tidak akan terusan berfikiran.. mana mungkin aku tidak akan duduk diam.. aku faham pesanan mak itu supaya aku tidak susah hati.. tapi aku yakin mak dan ayah cukup faham aku bagaimana? malah ketika semua dalam hatiku luahkan malam itu.. mak dan ayah mengakui apa yang ada dalam hatiku itulah juga yang ada dalam hati mereka.. hanya mereka malas untuk menyatakannya.. malah ayah sendiri mengakui.. sikap dan kata-kataku itu adalah kata-kata yang sama datang dari hati ayah.. aku mendengar hampir menangis.. sukar rasanya menanggung bebanan anak sulung.. terpaksa menahan hati dan perasaan kerana mak dan ayah, malah masa yang sama perlu juga menahan marah..

Namun sejak semalam aku berkata dalam hati..

"Sudahlah.. redhalah dengan semua yang terjadi.. mana-mana urusan dan kehendak hati yang tidak dapat ditunaikan dan diselesaikan.. aku cuba selesaikan dan terima sedaya mungkin di sini.. yang utama aku dapat kembali ke tanahair menjenguk keluarga.. rasa terkilan itu harus aku buang jauh-jauh"

Hari untuk memulakan langkah untuk meneruskan perjuangan.. masih banyak perkara di sini yang perlu aku selesaikan dan fikirkan.. Insyallah..

1 comment:

azza_irah said...

salam iina..
mg semua nya bjalan lancar...
tenang kan hati..uruskan segalanya satu demi satu..mg dipermudahkan,.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin