Tengahari tadi aku berbual dengan seorang rakan baik.. Ketika sedang seronok mengunyah makanan dan menghirup secawan kopi panas.. Dia buka cerita tentang perasaannya dan kisahnya tentang alam study yang kini sedang kami lalui.. katanya ada suara-suara yang begitu mudah menilai dan mengatakan itu ini tentang studynya.. Katanya, rakanku itu tidak cukup fokus dalam studynya.. tidak cukup itu ini.. tidak buat itu dan ini.. malah ada lagi yang dikata tidak mencukupi..
Aku?? Terkejut! Tersentak! Tersedak! Siapakah gerangannya begitu mudah sekali mengatakan dan menilai dengan sebegitu rupanya.. Siapakah juga yang begitu mudah meletakkan satu hukuman begitu senang.. dan siapakah dia pula untuk mengatakan itu sudah cukup.. ini sudah cukup.. tentang sesuatu yang dia sendiri tidak pernah alami dan lalui pun..
Aku menahan diri dan menghela nafas entah berapa kali.. memandang wajahnya yang sayu.. dan mukanya yang muram.. buat aku simpati.. tapi pada masa yang sama aku pun terasa hati jua.. begitu mudah orang lain berkata.. tapi bila tidak mengalami pengalaman itu.. sesiapa pun boleh berkata apa jua.. Jangan mudah menilai sesuatu kalau kita tidak pernah mengalaminya.. dan jangan melihat sesuatu yang senang itu senang dan susah itu susah..
Malah jika pernah mengalaminya juga.. mungkin pengalaman tika kita lalui proses itu sudah tidak sama lagi.. masa, manusia, prosedur, ilmu, sekeliling malah semua turut berubah.. kadang pengalaman masa lampau itu berbeza dengan masa kini.. banyak elemen dan faktor yang menyumbang pada perubahan itu..
Tak usah bercerita tentang sesuatu yang komplek seperti ini.. pernah terfikir tak? Perjalanan pergi balik dari rumah ke tempat kerja hari-hari juga ada pengalaman yang berbeza-beza juga.. hari ini mungkin perjalanannya mudah.. hanya mengambil 30 minit sahaja.. esoknya mungkin jadi 1 jam kerana ada kesesakan jalan raya.. lusa mungkin jadi 1 jam lebih kerana jalan ditutup.. dan tulat mungkin 2 jam.. kerana jalan yang sama dipenuhi dengan banjir kilat.. hakikatnya laluan itu sama.. dari rumah ke tempat kerja itulah jalannya.. tapi melalui jalanan iu setiap hari takkan sama.. dan bukan kita sahaja yang gunakan jalan yang sama setiap hari.. malah beribu lain orang lain menggunakan jalan yang sama.. tapi jika kita tanya pengalaman setiap mereka.. pasti ada cerita yang berbeza.. masa sampai pun berbeza.. walaupun mereka membawa jenama dan jenis kereta yang sama.. Kesimpulannya? Aku pasti anda semua mampu membuat kesimpulan masing-masingkan. Menulis ini juga membuatkan aku menghela nafas beberapa kali..
Cerita yang sama juga aku dengari beberapa hari yang lepas dari adikku yang seorang itu.. pesanan dari rakannya dengan kata-kata 'Pastikan balik dalam tempoh 3 tahun tau' sudah cukup membuatkan hatinya membara.. tak siapa yang nak balik selepas 3 tahun tu.. dan aku juga percaya tidak ada siapa nak duduk sini lama-lama bertahun tak sudah pengajian.. berkata memang mudah.. melaksanakan?? hanya mereka yang telah dan sedang mengalaminya sahaja yang mengetahuinya..
Perkara fokus juga disebut semasa perbualan kami tadi.. mudah kata fokus.. fokus..baca buku.. belajar rajin-rajin.. tapi.. pada aku.. adakah aku tidak cukup fokus?? adakah bila aku tak baca buku itu tandanya aku malas? adakah aku tak belajar rajin-rajin tandanya aku ini tak tahu apa-apa??? Semua itu subjektif.. seperti pernah aku kata dalam entri yang lepas-lepas.. Phd ini satu laluan yang jauh berbeza.. tidak mampu aku jelaskan dengan kata-kata disini.. bagi kami yang mengalaminya.. hanya kami sahaja yang tahu.. peningnya.. pedihnya.. tensennya.. dan segala-galanya.. Namun aku percaya.. dimana ada usaha.. disitu ada jalannya.. susah.. payah... sukar bagaimana sekali pun insyallah.. Kejayaan itu ada.. wujud dan mampu dimiliki dan tidak mustahil sama sekali
Adakalanya.. bila rakan bercerita tentang kekusutan hati atau berkecamuknya fikiran.. cukuplah dengan hanya mendengar dan memberi sokongan.. jangan pula kita kata itu ini.. tak cukup itu ini.. dan bandingkan pula dengan diri sendiri yang pernah melalui satu pengalaman yang cukup berbeza jauhnya..
Lantas aku kata pada rakanku itu..elakkan bercerita dengan mereka yang tidak faham.. dan jika nasihat dan kata-kata yang diberikan itu untuk melemahkan hati.. abaikan kerana kadang mereka tidak alami apa yang kita lalui.. cukuplah yang utama.. kita dan supervisor kita yang tahu bagaimana menilai kerja-kerja kita.. orang lain??? abaikan jelah.. bukan dia yang tahu apa yang kita buat selama ini... dan bukan dia juga yang menilai kita, bila kita menghadapi hari menduduki VIVA di akhir pengajian kita.. dan bukan dia juga yang memberikan kata putus dan muktamad dalam menganugerahkan ijazah Phd itu kepada kita..
Panjang lagi perbualan kami tadi.. menggeleng kepala aku entah berapa kali.. aku terlalu memahami perasaan sahabatku itu.. jika aku menjadi dirinya.. mahu sahaja aku bahasakan semula dengan hujah-hujahku.. tapi bak kata rakanku.. 'Aku malas nak cakap lebih-lebih' emmm.. aku faham sahabat.. aku faham hatimu..
Kita teruskan sahaja tanggungjawab yang terbeban banyak di bahu.. teruskan perjuangan.. teruskan kekuatan akal fikiran.. tabahkan hati.. Insyallah kita pasti melaluinya dengan nikmat kejayaan di penghujung perjuangan kita..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
11 comments:
Buat sahaja apa yang telah menjadi prisip kita...
org mcm ne ade kt mane2 iina..pekakkan telinga jer..usah dilayan..kita yg menanggung bebannye..kita tahu susah senang..rezeki masing2 kan..tawakal dan doa jer..mudah2 org macam ne dibukak kan pintu hati..
Pendekar..
Ya itu benar.. prinsip yang betul dan tidak bercanggah dengan agama seharusnya kita teruskan ;)
rusdi..
tulah betul tu.. memang kat mana2 pun ada.. aku setuju sgt.. tapi bila kena sound camtu bekek gak hati sat.. tapi elok juga dia luahkan pada aku sekurg2 ye dia takdelah tensen sorg2 kan ;)
betul tu kita usaha je sedaya mampu.. insyallah
Manusia ni memang bermacam perangai. Sabar sajalah. Itu lebih baik. Selalu saya motivasikan diri begini; Kalau si polan kata aku begitu begini, jatuh tak bulu roma aku? Tak jatuh walau sehelai pun.
Jadi, lantaklah apa orang cakap, yang penting, apa yang aku buat ni masih dalam laluan yang betul.
Selamat menggenggam Ph. D. Moga-moga berjaya, Insya Allah..
cikgu ein..
begitulah kan.. setiap insan ada perangainya.. kadang memang lemah hati bila kena begitu dan begini.. saya selalu berpegang begitu.. tapi biasalah perempuan kan jiwanya halus dan lebih sensitif.. saya akui sungguh benda2 nie.. walaupun selalu juga buat dek je maleh nak fikir sgt..
Insyallah.. terima kasih atas doa cikgu ein tu ye aminnn
suruh je orang yang bercakap tu study sama dgn awak..baru dia buleh paham kot..kot laa..hehehe
dulu-dulu lagi aku dah pesan kat semua..jangan sekali-sekali tanya study aku camna...bila nak abih/balik...sebab sama macam derang..aku sendiri pun tak tau jawapan kepada soklan camtu..
Mereka hanya pandai berkata, tapi kita yang nak melaksanakannya cukup perit dan pedih. Teruskan perjuangan, jgn sesekali lemah dgn kata2 sedemikian.
SIMPATI... tapi itu jalan yg ko pilih... so, teruskan jek... no pain no gain...
apa yg org kata, biarkan... anggaplah seperti angin lalu...
salam. betul tuh.. xde pon satu pengalaman yg sama walau jalannya sama.. tabahkan hati buat sahabatmu..jangan patah semangat. kamu yg lebih mengatahui jerih payah dan susah senang perjuanganmu itu.. anw selamat berusaha and gud luck!
kak ungku
camno lak nak ajak samo2 study lak.. dah dio pun ikut family dtg sini.. kalau den ado kek situ memang dah suruh dah dio jo yg study muahahha
akuatik..
memang soalan tanya bila nak habis n bila nak balik memang sensitif oooo.. yelah mana kita tau kan.
juliet..
aku syahdu dgn kata-katamu.. seperti seorang panglima wanita yg gagah perkasa dalam memberikan kata-kata.. wa caya sama lu ler.. apa pun thanks byk2 tau aku hargai sgt2
KTS
Bkn soal jln yg dipilih menjadi isu sebab tak jadi soal pun benda tu.. tapi kot ye pun nak nasihat org ke apa ke berpada2 ler jgn lak lelebih lak smpi kata kwn tu tak bgus ler.. itu ler ini ler melampau lak tu
angin kat sini dia tak lalu pergi.. dia suka duk situ pusing2 je ;)
ummul aqeem
tulah pengalaman semua takkan sama.. tapi semua itu jadi pengajaran.. thanks ye aminn really hargainya
Post a Comment