Sunday 16 November 2008

Sentuhan hati

Sudah lama aku tidak berjaga lewat malam begini.. selalunya bila masuk sahaja pukul 11 malam.. mata aku pastinya sudah tidak dapat dibuka lagi.. malah juga tidak mampu berkedip.. terasa layu kelopak mata.. tetapi biasanya bila hujung minggu aku merasa satu keseronokan yang tidak terhingganya.. kenapa? kerana aku tidak perlu bangun awal pagi seperti hari-hari biasa..

Malam ini aku tontoni movie lama "Sound of Music" sudah banyak kali aku menontonnya.. tetapi apabila menontonnya sekali lagi.. pelbagai rasa datang kembali.. lagu-lagu yang diperdengarkan dalam movie itu sedikit sebanyak mengimbau kenangan lama.. seronok mendengar semula lagu-lagu lama berkisar tentang muzik, cinta dan sayang terhadap negara.. Namun sebuah lagu yang dilagukan berkisarkan kecintaan terhadap negara membuatkan hatiku sedikit tersentuh.. lantas hati ini teringatkan tanahair.. ya benar bila kita berada di negara orang.. pastinya apa jua perkara yang mengingatkan kita dengan negara.. akan menyentuh hati dan sanubari.. benarlah kata orang.. berada di negara orang.. membuatkan kita lebih menghargai negara sendiri.. seperti juga kata bidalan.. dekat disayang jauh dikenang..

Sememangnya aku teringatkan kali pertama aku pulang ke tanahair.. berbeza rasanya menjejakkan kaki ke negara sendiri setelah sekian lama berada di negara orang.. Tidak dapat aku gambarkan betapa bertuahnya aku menjadi anak Malaysia.. melewati mesin 'autogate' automatik dengan meletakkan passport dan cap jari di mesin automatik itu.. sudah cukup menimbulkan rasa syahdu dan kesyukuran yang cukup tinggi.. ingin sahaja aku sentuh lantai KLIA itu sebagai tanda aku telah kembali ke tanah tumpah darahku.. benarlah kata orang jua.. mengembara ke negara orang.. mampu membuka minda dan meningkatkan kecintaan pada negara.. tapi aku jua pasti tidak semua orang merasakan begitu.. namun terpulanglah.. tepuk dada.. tanyalah selera.. dan tanyalah iman jua..

Sebab itulah.. setiap rakan yang aku temui.. jika mereka punya hasrat untuk keluar negara menuntut ilmu.. aku tidak pernah sekalipun dan Insyallah tidak akan sekali-kali melarang mereka untuk pergi.. pastinya sokongan sahaja yang pasti aku berikan.. pengalaman dan perjalanan serta cabaran itu.. tidak semua orang mampu lalui.. pengalaman yang aku alami tidak mampu aku ceritakan sepenuhnya kepada mereka.. Teringat ketika menyampaikan kuliah kepada anak-anak murid.. pasti cerita tentang suasana pembelajaran.. pengalaman.. cerita ceriti semasa aku lalui di luar negara akan aku selitkan dalam pengajaran aku.. sebenarnya.. seperti mana anda semua baca coretan cerita aku di dalam blog ini.. sama jualah bagaimana aku bercerita dengan mereka tentang kisahku di dalam kuliah suatu ketika dulu.. ya.. memang dari dulu aku suka bercerita.. entah mengapa.. kadang ia datang dengan tiba-tiba.. yang pasti semua cerita aku itu ada makna dan hasrat yang tersirat di dalamnya.. kadang juga ada misterinya.. ada lucunya.. ada seriusnya.. kadangkala aku juga rindu dengan gelak ketawa mereka bila mendengar cerita-ceritaku.. seronok berkongsi cerita.. dan berkongsi rasa.. ahh.. aku rindu dengan mereka jua..

Yang pastinya apabila aku kembali.. mereka semua sudah tidak ada lagi di situ.. pastinya semua sudah bertebaran ke seluruh pelusuk tanahair mendidik anak bangsa.. Insyallah aku percaya mereka mampu menjadi pendidik yang berwibawa.. cemerlang.. terbilang dan gemilang.. Aku yakin..

Teringat pesanan sahabat sebelum aku kembali semula ke UK ini selepas 5 tahun meninggalkan negara ini dulu.. pesanan pertamanya padaku.. sentuhlah tanah yang dipijak apabila tiba nanti.. mintalah restu supaya semua urusan akan datang akan dipermudahkan.. dan berilah salam memohon keizinan sebagai menghormatinya.. dan ya .. aku lakukan sentuhan itu... memang benar ada kelainannya.. seolah terasa kehadiran diterima.. tangan disambut dengan mesra..

Namun aku akan tetap kenang dan hargai.. walau dimana bumi yang ku pijak dan pastinya jua akan ada langit yang dijunjung ..

Hujan emas di negara orang.. takkan sama hujan batu di negara sendiri..

Aku bangga menjadi anak Malaysia.. walau kemana pun aku mengembara.. dan sejauh mana pun aku pergi.. pastinya kakiku akan kembali menjejak dimana darahku tumpah buat pertama kalinya.. di situlah aku dilahirkan.. dan di situlah jua aku memulakan langkahku yang pertama.. dan jika hayat dikandung badan sudah sampai pengakhirnya.. aku jua mahu di situlah jua aku disemadikan.. Insyallah..

9 comments:

azza_irah said...

salam iina..
wl kembalinya iina nnti mereka dah tiada..ilmu yang terserap tetap terus didada mereka...dibawa kemana saja merekamelata mencari rezki mendidik anak bangsa di bumi tuhan ini...

iina said...

Azza

Insyallah itulah yang saya harapkan.. tiada yang lebih baik dari menggunakan ilmu sebaiknya.. dan mendidik dengan ikhlas bertanggungjawab

Mel said...

hi k.ina, sonok balik mesia? Smlm jumpa bg zaidi kt car boot, so br tau k.ina dh blk sini. Hmm, mst byk ole2 dr mesia. Lps ni smbg blk keja2 di sini plak.

iina said...

mel..

balik sonok ler.. tapi penat sebab balik kenduri kwin kan.. bukan sempat nak berjalan2 sgt pun.. dah semggu dah balik.. selalu nmpk megat naik bas pagi2.. ingatkan dia perasan akak hehehe.. sure xperasan ler tu..

keje uihh xyah cite ler mmg byk.. n tgh pening2 nie

Ungku Nor said...

dah balik mesia?
balik cuti ke na??
eceehh..tanya macam la nak jumpa..hehehe

Kaktiny said...

sedih plak aku membacanyer..

tulisan2 ko mmg kerap 'menyentuh hati' aku.. syahdu.. huhuhuu..

julietchun said...

Ko dah kutip byk pengalaman kat sana, balik sini bleh buat buku, dan jgn lupa bagi free kat aku satu:D

iina said...

kak ungku..

dah balik ler baru je.. dah nak 2 mggu dah balik ke glasgow nie.. saya duk ulang alik p seremban tu.. umah mak mertua saya kat jelebu.. bila lalu situ teringat kak ungku yg cute itu kan.. tapi biasa ler malu2 kucing hehehhe.. takpe lainkali ye.. confirm insyallah singgah ye..

Tiny..

saje bagi orang lain baca syahdu gak.. mana aci aku je syahdu kan kan.. kenalah kongsi sama-sama..

Juliet..

hehehhe buat buku ke? ada ke yang nak beli? so ko salah seorang pembaca pertama aku ler kan kan kan.. pastu kena jadi agen promosi aku ler kan kan hehehhe

zura aini said...

sampai kat tempat orang ni, semangat cintakan negara sendiri membuak-buak, bila sampai malaysia, sikit sebanyak mesti nak condemnkan negara sendiri, he, he.....tapi memang betul pun banyak yang lebih bagus sistem negara orang putih ni, apa yang bagus kita adopt balik ke sini.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin