Friday, 28 November 2008

Hari yang sejuk

"Na.. ko pergi tak?"

"Aku tak pergi"

"Dah aku agak dah!" Perli kawan aku hehehehe

Aku? Senyum sengih jelah walaupun aku tahu dia takkan nampak wajahku.. maklumlah on call kan

Seperti entri semalam telah aku jelaskan sebab musababnya.. bak kata kak ungku kan.. "kalau berat hati tak yah pergi" nie ikut kata akak ler nie kan.. maklumlah pesanan orang muda-muda kan..

Sebenarnya selain dia memang ramai yang bertanya.. kenapa aku tak nak pergi.. Alasan yang sama juga aku berikan 'Sebab pakwe tak pergi..' Biarlah mereka bergembira sambil jalan-jalan makan angin.. dan aku pula bergembira lepak-lepak dan guling-guling kat rumah.. Semenjak aku pulang dari tanahair.. setiap hujung minggu, aku belum lagi berkesempatan untuk duduk lepak di rumah.. ada sahaja agenda setiap minggu.. so minggu ini adalah peluang untuk aku balas dendam tidur dan rehat..

Cuaca sudah bertambah sejuk sekarang ini.. sarung tangan yang dipakai seolah tidak mampu menahan kesejukan yang ada.. Aku mula ingin mencari sarung tangan lain yang mampu tahan sejuk..

Semalam ketika berjalan pulang menuju ke city centre aku ditimpa hujan air batu sekali lagi.. kali ini batuan ais kecil itu menimpa muka dan seluruh badan.. aku tidak dapat mengelak lagi.. ketika merentasi dataran George Square.. ketulan ais kecil itu mencurah-curah turun tanpa diduga.. tiada tempat untuk bersembunyi.. terpaksa jugalah aku harungi hujan itu dengan selamba.. basah kuyup jaket wool dan mafla yang dipakai.. malah sarung tangan kain juga basah bersama.. sejuk angin pula datang bersama air hujan.. sememangnya hujan semalam agak lebat.. agak kerap juga hujan air batu sejak kebelakangan ini.. Musim luruh kali ini seolah tidak ada.. musim sejuk sudah datang seawalnya.. suhu sudah mula 5 darjah atau kebawah.. malah malam hari hingga mencecah -ve darjah.. kini untuk kemana-mana aku jadi malas.. bukan apa.. sebab terlalu sejuk dan hujan yang agak kerap hampir setiap hari..

Esok? Sudah ada perancangan lain yang dibuat oleh pakwe.. Mentang-mentang awek dia tak kemana-mana.. sudah ada beberapa agenda yang dirancang.. Seperti biasa esok adalah giliran kelas pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Malaysia Glasgow.. Memandangkan sebahagian gurunya ke Loughborough, 2 kelas akan digabungkan kerana agak ramai juga pelajar yang tiada... Sebahagian besar murid-murid di kelasku tidak ke sana dan pembelajaran akan diteruskan seperti biasa. Tak mengapalah.. aku lebih rela ke sekolah mengajar anak-anak.. sekurang-kurangnya masa itu dimanafaatkan sebaiknya..

Malah esok aku pun perlu membeli barangan rumah di kedai cina.. stok makanan semakin berkurangan.. Hanya hujung minggu sahajalah masa yang ada untuk membeli itu dan ini keperluan rumah.. dan hanya hujung minggu sahaja masa untuk keluar kemana-mana bersama..

Harapnya esok tidak hujan lagi... dan cuaca juga tidak terlalu sejuk.. Aku sudah tidak tahan sejuk.. terutama dibahagian muka dan tapak tangan yang sering menyebabkan aku kekebasan.. apatah lagi kini kulit wajahku sudah mula terlalu kering.. krim pelembap terpaksa disapu setiap masa.. jika tidak.. pastinya muka akan mengelupas teruk.. inilah penangan musim sejuk.. yang sering aku terpaksa hadapi.. itu belum lagi badan yang agak kering dan perlu disapu losyen setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.. nak atau tak nak harus dilakukan.. jika tidak pasti akan terasa gatal dan jika digaru pastinya berdarah dan meninggalkan bekas..

Semoga ada mentari esok hari.. dan sedikit bahang panas untuk bernafas dan menyelesaikan urusan..

4 comments:

julietchun said...

Amboii, nak guling2 kat umah. Pastikan umah ko takde CCTV, aku tkt gamba ko guling nanti kuar kat intenet,haruuu,hahaha.

azza_irah said...

duk bayang sejuk macamana la ek..
jika d cameron sejuknya wktu pagi rasa nak tarik slimut balik..tambah2 disana yg mmg ada musim sejuk..hehee..

KTS said...

uhhhh... tak dpt bygkan kesejukan kat sana...
kat sini yg suhunya 25 darjah celcius pun aku dah tak thn... rasa malas nak mandi... tu baru ujan... ni plak bila dah bersalji bagai...
eiiiii... kompem sebulan aku tak mandi :D

bagusnya... byk pahala berkongsi ilmu... yg belajar bhs melayu tu org malaysia gak ke??

p/s : kim salam ngan pakwe eh... :D

iina said...

juliet

walaupun aku org technology tapi rumah aku simple je.. tak main ler cctv nie.. cam ko tak biasa guling2.. ko tak letak cctv kat umah ko pun aku dah tau camna gaya ye tau.. muahahaha

azza..

lebih kurg gitu ler tapi lagik sejuk.. skrg suhu dah mula -ve darjah.. alah bisa tegal biasa.. nak tak nak kena biasakan jugalah diri dengan keadaan sejuk nie

KTS

kim salam? salam diterima.. aku tolg jwbkan leh.. camtu ko takleh p obersea ler.. sebab sure bau badan ko muahahhaa. aku tak nak cakap ler kalau dah sebln xmandi tu..

aku mengajar anak2 malaysia, sekolah disini mana ada subjek bahasa melayu dan pendidikan islam.. sebab itulah sekolah malaysia nie kitaorg tubuhkan utk mengajar mereka berbahasa ibunda.. dan pendidikan islam, untuk membantu mereka bila balik ke malaysia dan masuk sekolah semula.. banyak kes budak2 sebelum nie ada masalah kat sekolah.. ini memang amal jariah aku.. sebab dah kira sebahagian tanggungjawab aku.. org lain aku tak tahu ler.. ikut masing2

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin