Wednesday, 12 November 2008

Bunyi yang memekakkan

Ketika ingin duduk di kerusi sesampai sahaja ke CIS.. satu bunyi yang cukup kuat tiba-tiba kedengaran.. bunyi loceng kecemasan.. loceng amaran kebakaran.. mulanya aku ingatkan ianya hanya sementara waktu.. makin lama ditunggu makin kuat dan berpanjangan pula..

Apa lagi aku pun mula mencapai jaket dan juga mengambil dompet.. yelah mana tahu kan barangan peribadi begini harus dibawa bersama.. walaupun punya bilik sendiri yang berkunci..

Bukan apa teringatkan kisah seorang sahabat yang sudah aku anggap adik.. kehilangan laptop yang dibawanya dari Malaysia berlaku semasa loceng amaran kebakaran begini.. bezanya kejadian itu berlaku di universiti yang berlainan tetapi masih di Glasgow ini.. Adik itu menceritakan kisah itu terperinci satu persatunya.. simpati aku mendengarnya..

Kejadian itu berlaku semasa loceng amaran kebakaran dibunyikan dan kebetulan ketika itu memang berlaku kebakaran kecil di bangunannya.. Biasalah bila loceng telah dibunyikan.. semua manusia yang ada dalam bangunan itu diarahkan keluar dari situ.. dan lebih malang.. ketika inilah pencuri ini mengambil kesempatan.. Di antara banyak-banyak laptop yang ada di makmal itu.. hanya laptop miliknya sahaja yang dirantai dengan dawai keselamatan pada kaki meja (adik aku nie memang sungguh berhati-hati orangnya.. ambil semua langkah keselamatan) dan nak dijadikan cerita.. laptop itulah yang menjadi pilihan pencuri itu.. walhal masih ada banyak laptop lain yang tidak berkunci dan terbiar di atas meja.. yang boleh dicapai dan dicuri dengan mudah.. kalau nak angkut dalam guni.. tinggal kaut satu baris meja makmal tu dah boleh dapat 5 6 laptop sebab semuanya tak berkunci pun..

Yang peliknya pencuri itu punya masa untuk mengergaji sambungan di antara laptop dan kepala dawai keselamatan itu.. ada masa pulak pencuri itu bawa gergaji kecil dan ada masa juga untuk mencuri..mengeleng kepala aku mendengar cerita adik itu.. memang pencuri nie memilih sungguh.. ada yang senang tak nak pulak.. yang susah itulah yang dia nak.. pulak tu sanggup ambil masa menggergaji pulak tu.. ish.. ish..

Namun yang pasti adik itu dapat duit ganti rugi dari pihak universiti kerana kejadian itu berlaku semasa loceng amaran kebakaran dan ditambah lagi dia juga telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.. cuma sudah ketentuan tuhan.. laptopnya yang satu itu pulak menjadi pilihan hati pencuri itu.. entah dapat ditangkap atau tidak pencuri itu..

Teringat kta-kata adik itu.. "Sekarang nie kalau kena keluar bangunan semasa loceng amaran kebakaran.. saya angkut semua barang-barang saya.. takde dah nak tinggal dalam bilik atau atas meja.. serik kak.."

Betul tu.. akak pun kalau dengar je bunyi loceng kebakaran tu.. semua personal belongging akak bawak sekali dengan akak.. takde dan takleh percaya dah kata tak boleh bawa.. angkut juga.. sebab kalau hilang sapa nak tanggungjawab?

Akak minta izinlah sebab cerita kejadian ini dalam entri kali ini.. bukan apa buat ikhtibar pada semua orang.. sejak medapat tahu cerita berkenaan, setiap kali loceng kebakaran berbunyi pasti aku teringatkan pesanan adik aku yang sorang itu..

Takpelah.. ko hilang laptop dari Malaysia.. ko dapat balik laptop yang ko beli dari UK.. Agaknya nak bagi ko rasa pakai dan beli laptop dari sini kot kan.. dan untungnya ko tak keluar duit sesen pun sebab semuanya ditanggung oleh pihak universiti.. rezeki ko ler.. ada hikmahnya kan.. ;)

Ketika berjalan menuruni tangga dari tingkat 11 ke tingkat bawah.. ramai sungguh yang berjalan keluar.. maklumlah bangunan Livingstone Tower itu 14 tingkat semuanya.. bayangkan bila kesemua manusia di bangunan itu keluar..

Seolah satu lautan manusia yang memenuhi lereng bukit kiri, kanan, depan dan belakang.. ramai sungguh manusia.. dah rupanya latihan kebakaran.. aduhh.. time nie pulak nak buat latihan.. nasib baik sekejap sahaja..

Yang parah bila semua serbu ke pintu lif.. maklumlah bangunan 14 tingkat.. tak kuasa pula aku nak naik tangga ke tingkat 11.. mahu tercabut kepala lutut aku kalau daki tangga tu.. turun laju ler.. nak naik? uihh takde ye aku nak buat exercise yang bukan-bukan pukul 11.15 pagi tadi.. apalagi aku belum sarapan.. energy takde lagi..alasan ;)

Hari ini aku singgah ke Tesco mencari sarapan pagi.. dah 2 hari aku asyik beli sarapan pagi di Sainsbury.. semenjak bekerja pagi aku dah jarang sekali bawa bekal ke universiti.. malah makan pagi pun jarang sekali.. aku kekok makan awal-awal pagi.. sejak zaman sekolah lagi.. sarapan aku dalam lingkungan pukul 9pagi keatas.. kalau pukul 5.30 pagi nak sarapan cukuplah sekadar minum air sahaja..

Dulu cubaan pertama membeli nasi goreng telur dari tesco sungguh tidak sedap sekali.. rupanya aku silap teknik.. sepatutnya dimasak terlebih dahulu di dalam microwave.. nie tidak aku terus makan tanpa dipanaskan terlebih dahulu.. patut ler tak sedap dan rasa separa mentah.. aku silap teknik.. bila baca balik instructionnya.. rupanya perlu dipanaskan di dalam microwave diantara 3-4minit.. selepas itu.. memang seperti nasi goreng yang biasa dimakan.. not bad.. lepas ini ada menu baru untuk aku mengunyah setiap pagi nampaknya.. list sarapan aku pun dah bertambah.. dari sushi, salad fruit, sandwich tuna, sandwich telur, cheese n onion roll dan kini nasi goreng.. semuanya aku boleh dapatkan sama ada di sainsbury atau pun di tesco dengan harga yang berpatutan.. (hari-hari bawa bekal pun kadangkala bosan juga.. sesekali teringin juga makan sesuatu yang berbeza)

Cukuplah entri kali ini.. dari cerita loceng kebakaran sampailah sarapan pagi.. nampak sangat aku bosan giler nie waa... takpe kena fokus.. fokuss.. pokus... pookuss..

3 comments:

Cikgooden said...

nasib baik brg kesayangan kak buka peti ais..kalu tak jenuh nak pikui turunnn..ha ha ha.

isk..isk..macam2 noo..fire drill kat sekolah selalu buat. tapi budak2 buat acuh tak acuh ja..sekali kalu tebakaq betuiii baru tahu ..

pa pa hal pun fokus la...

aku nak start bulan 12 nih..master. kat ukm..pendidikan sejarah...jika aku ada masalah..aku tanya kak..Boleh? (senonya dah mula debo ngaji nih..lama tinggai...he he he.)

kalu tak keberatan, tolong bg email kak.

zura aini said...

bila baca kisah loceng kecemasan dan adik-kawan iina ni nak angkut semua barang, teringat saya masa orientasi kat UM dulu, zaman tu kira teruk kes ragging, letih sungguh, malam tu ramai tidur mati kot, sekali buat latihan kecemasan, dalam mamai, ada yang heret baldi bagai nak bawa turun, ishhh tak boleh lupa, lawak pun ada, tapi sakit hati pun ada kena buli. Ni sakit hati kan ada yang ambil kesempatan, memang tak da rasa kesiankan pencuri ni.

iina said...

cikgu> sebab tu demam ke? Insyallah teman doakan semua selamat nanti.. teman rasa cam mude lagik ler.. sejak bila lak jadi akak cikgu nie muahahah

zany> samalah dulu masa orientasi pun penah gak kena kejut pepagi.. cam sama je kisah kita.. siap kena berdiri kat court badminton dengan kaki sebelah.. ingat balik sakit jiwa pun.. sampai sudah akak2 tu semua budak2 menyampah giler..

tulah kat sini pencuri ambil peluang.. kenalah hati-hati kan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin