Friday, 18 January 2008

Sekolah..

Hari ini aku dapat respon dari 2 orang bekas student aku dulu.. mereka offer aku buat kajian dia sekolah mereka.. satu di sabah dan sarawak.. nampaknya sekolah-sekolah yang aku akan pergi agak berjauhan antara satu sama lain.. tapi ini dikira peluang juga untuk berjalan dan mencari pengalaman.. apatah lagi semua guru besar sekolah berkenaan adalah bekas pelajar aku dulu..

alhamdullilah.. bila dapat respon awal yang amat positif dari mereka... rasa beban nak buat kajian agak lega sikit.. walaupun dah ada sekolah yang sanggup nak menerima kehadiran aku nak buat kajian namun.. masih banyak perkara yang perlu diuruskan.. insyallah.. aku kena buat betul2 sebulan 2 ini.. apatah lagi kata supervisor aku.. 1st year defence aku mungkin akan ditetapkan pada penghujung bulan 2 atau awal bulan 3.. so rasanya selepas selepas viva defence proposal itu nanti.. barulah aku balik untuk buat pilot study insyallah..

oklah.. aku pun nak berehat selepas penat balik kerja.. terasa letih pulak keje ari2..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin