Monday, 28 January 2008

Dinner dengan supervisor

Semalam aku ke rumah supervisor aku George.. berjumpa dengan isteri dia Meg.. ramah sungguh isteri dia dan rumah dia pun cantik dan selesa.

Dalam pukul 12.45 aku dan pakwe keluar rumah menuju ke bus stop.. mulut aku dah mula bebel dah takut lambat bukan apa nak kejar train.. dahlah hanya 1 jam sebuah train sahaja.. singgah kedai ralston.. kedai pakcik tua scottish.. beli bunga untuk Meg.. terus naik bas 66 menuju ke central station.

Tambang train utk 2 orang return ticket dalam 16.30pd.. dan tepat pukul 1.50ptg .. information board tertera train ke Ayr pukul 14.00 ptg akan bertolak di platform 12.. ramai juga manusia yang menuju ke platform berkenaan.. bukan apa sebab sebelum sampai ke Ayr.. train itu juga melalui Prestwick International airport.. airport utama untuk ke europe.. so kebanyakan orang di scotland nie.. apabila hendak melancong ke europe.. kebiasaannya mereka akan menaiki flight di Prestwick ariport.. perjalanan mengambil masa hampir 53 minit.. dan stop pertama adalah Paisley Gibson St diikuti dengan Johnstone, Kilwinning, Irvine, Troon, Prestwick International Airport, Prestwick Town dan akhirnya Ayr.. selepas sahaja hentian Irvine.. aku mula melihat kelibat laut di bahagian kiri train.. rupanya benar telahan ku.. memang Ayr berhampiran dengan laut..

Tiba sahaja di Ayr station.. aku terus telefon rumah George dan Meg beritahu yang George dah tunggu aku di station.. sebelum sampai ke pintu keluar.. aku dah nampak kelibat George sambil melambai tangan.. pakwe pulak sibuk nak ke toilet.. terpaksalah aku tunggu pakwe sekejap sebelum aku jumpa George.. aihh takkan gabra kot.. hehehe.. namun selepas sahaja melepasi pintu keluar bertiket.. salam George terus ku sambut sambil memperkenalkan pakwe kepadanya..

George bawa aku menaiki keretanya dan menuju ke rumahnya.. tak jauh sangat pun dalam 5 minit driving.. memang pekan Ayr ini sungguh tenang dan damai.. lalu lintas pun tidaklah sibuk sangat seperti Glasgow.. sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh laut dan sungai..

Sampai di rumah.. aku terus diperkenalkan dengan Meg.. tinggi juga orangnya.. agak berbeza dengan George yang lebih kurang sedang-sedang sahaja.. tapi sememangnya sepadan.. masuk ke rumah kami diminta untuk buka kasut.. aku senyum sahaja.. sebab aku tahu yang George sering ke jepun.. dan secara tidak langsung budaya jepun menjadi amalan hidupnya sehari-hari.. kami hanya memakai selipar dalam rumah.. biasalah selipar yang biasa kita pakai dihotel.. dan sambil duduk2 makan kacang dan minum jus oren.. lama juga kami berbual.. macam-macam perkara yang disembangkan.. dari silibus math utk scottish school... buku math yang mereka gunakan.. hinggalah ke topik berkenaan dengan budaya.. negara.. hampir berbagai topik.. lagipun aku agak selesa kerana aku tahu George sering berulang alik ke Jepun.. Thailand.. Singapore.. Hong Kong.. untuk urusan seminar.. bengkel dan sebagainya..

selepas itu kami makan malam.. sedap sungguh ikan salmon yang Meg masak.. hanya di grill dalam oven selama 15minit.. dan sos red pepper.. sedap tak dapat aku gambarkan.. selama ini aku tidak pernah suka ikan salmon.. tapi bila meg masak.. aku terus jatuh hati.. mungkin kerana mereka sudah biasa memasak ikan berkenaan dan tahu bagaimana untuk memasaknya.. ikan salmon bagi aku.. nak masak apa pun tak tahu.. lagipun kalau di malaysia ikan salmon itu terlalu mahal.. dia juga hidangkan kentang yang di goreng dan carrot.. memang meg pandai masak.. aku puji abis malam tu..

selepas itu kami berbual semula tetapi bila memandangkan sudah hampir pukul 8 malam aku terus tanya George.. yelah takkan nak duduk lama2.. sebab perjalanan kami pun jauh juga.. selepas naik train kami kena naik bas pula utk balik ke rumah.. tepat pukul 7.45 malam kami berlarian mengejar train ke Glasgow Central.. tak lama sampai ke Prestwick International Airport.. train berhenti agak lama.. hampir 10 minit.. kemudian berhenti lagi di Irvine selama 10 min.. dan Kliwinning selama 15 min.. menurut conductor train.. ada masalah dengan power supply.. emm.. pakwe pula dah mula gelisah sebab nak ke tandas.. aihh time nie pula dia nak ke toilet.. akhirnya dia ke toilet dalam train.. nasib ada heheheh.. tak lama kami terhenti dalam perjalanan antara Johnstone dan Paisley.. kali ini terhenti agak lama hampir 1 jam.. aku dah mula gelisah.. letih dan mengantuk dan sesak nafas.. yelah dalam train.. sudahlah luar sejuk.. berbahang pula dalam train.. pastu ada pulak pakcik sorang yang bising2 mencarut2 dalam train berkenaan.. begang juga dengar.. perkataan F... word entah berulang kali disebut .. hingga conductor train jadi mangsa kena marah.. yelah masalah teknikal.. bukan kita boleh buat apa-apa.. akhirnya driver train mengumumkan.. terpaksa tunggu train datang dari glasgow central untuk tarik train kami ke paisley.. dekat 9.55 mlm.. train kami bergerak ke paisley station.. dan kami diminta untuk turun di situ dan menunggu train yang lain.. nasib baik juga dalam 5 minit.. train lain sampai.. yelah ada 2 train yang delay disebabkan train kami tidak bergerak.. akhirnya.. sampai di glasgow central hampir pukul 10.20 mlm.. ramai sungguh manusia yang sudah menunggu di paltform 12.. yelah kan train delay hampir 2 jam... kebanyakan hendak balik masa itu..

aku dan pakwe pun berjalan menuju ke bustop .. dalam 10 min akhirnya kami naik bas 44 dan sampai ke rumah.. tengok kak khadijah dan anak-anak semuanya dah tidur.. pakwe dan aku pun mula memasak heheheh.. nama je p dinner takkan tak kenyang lagi.. mana tak lapo.. kena stranded dalam train hampir 2 jam.. itu yang balik masing2 semua kelaparan.. masak nasi.. sup ayam dan goreng ayam.. aku tak lalu sangat makan sebab kenyang masa dinner di rumah george tadi pun terasa lagi..

namun aku takkan lupa dengan pengalaman pertemuan antara aku, george, meg dan pakwe.. seronok.. dan aku sukakan suasana pekan Ayr.. dan persekitarannya.. tenang dan damai.. mungkin aku akan ke sana lagi untuk berjalan-jalan.. boleh ke tepi laut.. mungkin satu hari nanti.. insyallah

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin