Friday, 11 January 2008

Jumaat..

Selalunya bila tiba hari jumaat.. hati mesti rasa seronok kerana sudah sampai ke penghujung minggu.. apatah lagi esok dan lusanya adalah hari sabtu dan ahad.. hari untuk berehat dirumah.. masa inilah seronok sikit terutama.. masa hujung minggu nielah baru nak nampak muka pakwe kat umah.. dia kerja pun belah pagi je.. selepas pukul 9.30 pg.. barulah muncul muka dia.. dan waktu untuk berehat.. dan membeli barang-barang keperluan rumah..

hari ini jumaat tidak jauh beza dengan hari jumaat yang lain.. biasanya bila hujung minggu aku seronok sikit nak masak menu yang sedap2.. terutama nasi lemak.. kalau hari biasa.. nak masak nasi lemak leceh sikit.. so biasa hari sabtu ahad aku suka masak menu yang heavy sikit.. hari ini aku teringin nak makan nasi ayam.. dah lama tak makan.. so tadi terlintaslah nak masak.. esok pagi.. sarapan nasi ayam jelah.. maybe lepas itu akan ku fikirkan menu apa pulak nak masak.. tapi biasanya yang sedap2 sikit..

Hari ini kerja seperti biasa.. bilik utama ada training pulak.. terpaksalah lalu depan staf training bila nak ke bahagian bilik yang lain.. bukan apa.. biasa bila ada training berjalan.. aku tidak digalakkan bergerak atau masuk dalam bilik berkenaan.. tapi kerana tiada jalan lain.. aku terpaksa jugalah lalui bilik training utama.. dan mulalah.. mata-mata mat dan minah saleh mesti terpaku tengok aku duk angkut baldi dan mop.. hehehhe.. kadang-kadang.. ada jugalah mata-mata dari golongan pakistan.. atau india yang pandang aku semacam.. pernah jugalah 2 3 kali ada staf dari golongan tersebut training di tempat aku kerja.. macam tak pernah tengok orang je.. walhal mat n minah saleh lain tu.. kalau jumpa aku.. walaupun aku cleaner.. elok je tegur.. kadang siap ucap terima kasih lagi.. atau tolong tahankan pintu bila aku nak lalu.. bukan apa.. kadang tangan aku penuh dengan barang-barang.. sebelah baldi.. sebelah plastik sampah.. kadang sebelah vakum cleaner dah ler banyak pintu.. kadang kena lalu pintu security.. yang mana aku kena guna pob (seperti tag hitam panjang segiempat).. kadang aku pulak jadi tukang buka pintu.. sebab untuk ke bilik training yang melintasi lif.. nak masuk kena guna pob tadi.. aku siap pegang 1 pob.. John bagi aku simpan supaya senang aku nak keluar masuk pusat training tu..

Hari ini balik dari tempat kerja aku berlarian ke St Enoch shopping centre.. bukan apa aku nak ke kedai bodyshop.. tengah ada sale.. dapat lah beli gift set yang murah2.. 50% dalam 2.50 dan 4pd je.. siap beli perfume oil.. pastu kerana aku ada kad bodyshop.. so aku leh dapat diskaun lagi 10%.. belanje jugalah beli sikit2.. untuk diri sendiri dan adik bongsu aku.. sementara sale nie.. aku pun tengah fikir nie.. mashi nie nak aku beli perfume apa nie.. suh beli tak bagitau lak.. kalau terbaca ler blog aku nie mashi.. ko sound sikit perfume apa ko nak aku beli kan.. senang sikit aku nak belikan untuk ko..

oklah.. time utk rehat.. penat lepas masak dan makan nasi ayam.. esok nanti aku sambung cerita pasal sky dish aku yang kena realignment balik by engineer sky..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin